Bunga Kantan selalu ditambah pada kuah Laksa Penang, Asam Pedas dan sebagainya sebagai penambah aroma menyedapkan lagi rasa masakan. Jika mak-mak ada tanam sendiri bunga kantan, ada lebihan bunga kantan di rumah boleh cuba buat Sambal Bunga Kantan yang sedap, garing dan pedas ini. Rasanya yang unik, pasti membuka selera dan boleh dinikmati dengan bubur atau nasi panas.

Berikut perkongsian daripada Puan Mastuty Ramly sebagai rujukan;

“Kali pertama buat.. macam gini ke rupa sambal bunga kantannye. Terjebak tengok tv3 tadi..teringin nak rasa, terus gi cari bahan. Jadi kan malam ni jugak sambalnye.”

Bahan-Bahan:

Bunga kantan dihiris halus
Cili padi ikut rasa pedas sendiri
Bawang merah dalam 10-15biji kecil
Ikan bilis (Digoreng hingga garing)

Rupanya Bunga Kantan Boleh Dibuat Sambal! Sedap, Garing & Pedas

IKLAN

Cara Membuat:

1. Gorengkan bawang merah dan cili padi, setelah layu blend kan (jangan halus sangat).

Rupanya Bunga Kantan Boleh Dibuat Sambal! Sedap, Garing & Pedas2. Kemudian tumiskan kembali bahan yang di blender tadi. Dah naik bau serta minyak masukkan bunga kantan beserta air (saya letak dalam 3 cawan untuk layukan bunga kantan)
3. Masak sampai naik minyak semula, masukkan garam dan perasa secukupnya.
4. Dah naik minyak, matikan api.Last sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng ketika sambal dah sejuk supaya ikan bilis masih lagi kekal rangup.

Rupanya Bunga Kantan Boleh Dibuat Sambal! Sedap, Garing & Pedas

IKLAN

Rupanya Bunga Kantan Boleh Dibuat Sambal! Sedap, Garing & Pedas

Dah siap.
Selamat mencuba!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini: Resepi Sambal Hitam Yang Betul Betul Original, Sebenarnya Cuma Guna 4 Bahan Ini Saja

MW: Jadi buat mak-mak yang nak rasai kesedapan dan keunikan sambal bunga kantan ni, bolehlah cuna sendiri di rumah. Makan dengan bubur atau nasi putih panas, fuhh memang sedap.

Sumber: Mastuty Ramli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI