Ads

“Saya Paling Anti Lelaki Pukul Wanita” – Qadejah Tegas Didik Adik Lelaki Hormat Perempuan

Qadejah

Nama Qadejah atau lebih mesra disapa Cess sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mempamerkan sikap matang dalam mengendalikan pertelingkahan antara dua adiknya.

Video yang dimuat naik oleh ibunya, Datin Seri Nur Shahida di Instagram itu memaparkan Qadejah berusaha meleraikan pergaduhan antara adik lelakinya, Yusoff dan adik perempuan mereka, Raudah.

Apa yang lebih mencuri perhatian bukan sekadar tindakan Qadejah meleraikan pergaduhan tersebut, tetapi cara beliau menasihati adiknya agar menghormati wanita sejak kecil.

Tegur adik supaya tidak memukul wanita

Dalam video tersebut, Qadejah Aliff Syukri dilihat terlebih dahulu bertanyakan kepada Yusoff mengapa dia berasa marah terhadap Raudah.

Selepas mendengar penjelasan adiknya, Qadejah kemudian menegur tindakan Yusoff yang memukul Raudah ketika sedang bergaduh.

Menurutnya, jika seseorang berasa marah atau tidak bersetuju dengan orang lain, perasaan itu perlu diluahkan melalui kata-kata, bukannya dengan kekerasan.

“Kalau awak tak suka, cakap saja dekat Raudah tolong berhenti, saya nak bercakap. Awak tak perlu pukul dia.”

Ads

Tidak berhenti di situ, Qadejah Aliff Syukri turut meminta Yusoff memohon maaf kepada Raudah atas tindakannya.

“Saya paling anti lelaki pukul wanita”

Menerusi kapsyen yang dikongsikan bersama video tersebut, Qadejah menjelaskan bahawa pergaduhan kecil merupakan perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak.

Namun, beliau menegaskan bahawa tindakan memukul, khususnya terhadap wanita, tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang normal.

Menurut Qadejah Aliff Syukri, didikan menghormati wanita perlu diterapkan sejak kecil supaya anak-anak membesar dengan akhlak yang baik.

“Saya memang paling anti lelaki memukul wanita, sama ada salah atau betul.

Ads

“Awak tidak mempunyai tahap kekuatan yang sama dengan mereka, jadi kenapa awak perlu pukul orang yang lebih kecil daripada awak.

“Sebab itu saya memang ajar Yusoff supaya jangan pukul. Awak marah, awak bertindak dengan perkataan, bukan perbuatan,” katanya.

Kenyataan itu menerima pujian ramai yang menyifatkan pemikiran remaja berusia 15 tahun tersebut cukup matang dan wajar dijadikan contoh.

Didikan ibu bapa mula membuahkan hasil

Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida sememangnya sering berkongsi mengenai kepentingan membentuk adab serta akhlak anak-anak dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Malah, menerusi video berkenaan, Qadejah bukan sahaja menenangkan keadaan, malah membantu adiknya memahami bahawa setiap masalah boleh diselesaikan melalui komunikasi yang baik tanpa menggunakan kekerasan.

Pendekatan itu turut dipuji kerana mengajar anak-anak mengawal emosi serta menghormati orang lain walaupun sedang marah.

Netizen puji kematangan Qadejah

Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Rata-rata menyifatkan Cess sebagai seorang kakak yang penyayang, penyabar dan mampu menjadi contoh terbaik kepada adik-adiknya.

Perkongsian tersebut turut membuka ruang perbincangan mengenai kepentingan mendidik anak lelaki supaya menghormati wanita sejak kecil serta mengajar mereka menyelesaikan konflik secara matang tanpa menggunakan kekerasan.

Sumber: Instagram

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

bersalin di rumah

Wanita 32 Tahun Maut Selepas Bersalin Di Rumah, Suami Ikut Tutorial...

Seorang wanita di India meninggal dunia akibat komplikasi selepas bersalin di rumah dengan bantuan suaminya yang dipercayai mengikuti panduan video YouTube.