Ads

Abby Abadi Mohon Doa Terus Sihat & Murah Rezeki, “Dunia Kejam Pada Orang Miskin…”

abby abadi

Abby Abadi mengundang perhatian ramai apabila meluahkan harapan agar terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan iman serta rezeki yang melimpah dalam meneruskan kehidupan.

Di sebalik ucapan penuh syukur itu, pelakon dan usahawan berusia 49 tahun ini turut menitipkan satu ungkapan yang menyentuh hati ramai apabila menyifatkan bahawa “dunia kejam pada orang miskin.”

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story (IGs), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, berterima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan serta memberi sokongan kepadanya.

Bagi Abby, doa yang baik daripada orang sekeliling menjadi kekuatan untuk terus melangkah walaupun berdepan pelbagai cabaran hidup.

Abby Abadi Mohon Doa Terus Sihat & Murah Rezeki, “Dunia Kejam Pada Orang Miskin…”

ARTIKEL LAIN :- Abby Dedah Perkahwinan Dengan Norman Terbina Kerana Lelaki Itu Kecewa Dengan Wanita Lain

Abby Abadi Teruja Ditawar Jadi Duta Produk. Impian Dapat Tubuh Idaman Tidak Mustahil!

Abby Abadi Mohon Doa Agar Terus Sihat Dan Kuat Iman

Menerusi sesi soal jawab “Jom Sembang” di IGs, Abby berkata apa yang paling diharapkannya ketika ini ialah kesabaran, kesihatan dan kekuatan iman dalam menempuh kehidupan.

“Selalu sabar… doakan sihat tubuh badan, kuat iman dan kita semua hidup tidak menyusahkan orang lain ye. Aminnnn! Semoga kita semua murah rezeki dunia akhirat.”

Ads

Dalam satu lagi perkongsian, Abby turut menitipkan doa agar semua dikurniakan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah.

“Yer doakan kita semua bahagia, kaya raya rezeki melimpah ruah… dunia kejam pada orang miskin,” tulisnya.

Abby Abadi Mohon Doa Terus Sihat & Murah Rezeki, “Dunia Kejam Pada Orang Miskin…”
Abby Abadi Mohon Doa Terus Sihat & Murah Rezeki

Ungkapan tersebut pantas mencuri perhatian warga maya kerana dianggap dekat dengan realiti kehidupan ramai yang sedang berusaha mencari rezeki dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

Abby Abadi Jelaskan Perniagaan Sudah Diusahakan Sejak 2015

Luahan itu hadir selepas timbul pelbagai andaian dalam kalangan netizen yang mengaitkan perkongsian kisah hidup Abby di media sosial dengan usaha mempromosikan perniagaan yang diusahakannya.

Menerusi satu hantaran di Threads, Abby menjelaskan bahawa beliau sudah berniaga sejak tahun 2015 dan konsisten mempromosikan produk setiap hari, bukannya hanya ketika namanya menjadi perhatian.

“Saya berniaga dari 2015. Masuk link (pautan), masuk video iklan, buat live (siaran langsung) tiap-tiap hari, tanpa henti!… mana ada sebab isu berbangkit je (sahaja) baru masuk iklan berniaga,” tulisnya.

Ads

Menurut Abby, perniagaan yang dijalankan bukan sesuatu yang baharu kerana ia sudah menjadi sumber pendapatan dan rutin hariannya sejak hampir sedekad lalu.

Sudah Terbiasa Bekerja Demi Menunaikan Tanggungjawab

Dalam perkongsian sama, Abby mengakui dirinya sudah terbiasa bekerja kerana menyedari masih mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.

Beliau turut meminta mana-mana pengguna media sosial yang tidak berminat mengikuti perkongsiannya supaya menyekat sahaja akaunnya daripada terus muncul di paparan mereka.

Pendirian itu memperlihatkan kesungguhannya untuk terus mencari rezeki secara halal tanpa terlalu mempedulikan persepsi negatif segelintir pihak.

Abby Abadi Mohon Doa Terus Sihat & Murah Rezeki, “Dunia Kejam Pada Orang Miskin…”

Ads

Hubungan Dengan Marissa Dania Kembali Jadi Perhatian

Sebelum ini, Abby menjadi perhatian ramai selepas berkongsi ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-21 anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, yang juga merupakan seorang pempengaruh.

Anda mungkin berminat dengan

Abby Abadi Mohon Doa Terus Sihat & Murah Rezeki, “Dunia Kejam Pada Orang Miskin…”
Hubungannya dan Marissa kembali menjadi tumpuan berikutan sambutan hari jadi

Abby turut difahamkan tidak menghadiri majlis sambutan hari jadi Marissa yang diraikan bersama bapanya, Norman Hakim, serta ibu tirinya, Memey Suhaiza.

Bermula daripada situ, hubungan Abby dan Marissa sekali lagi menjadi perhatian umum selepas penyanyi dan bekas anggota kumpulan Elite itu memuat naik beberapa hantaran yang menyentuh mengenai kemelut keluarganya.

Marissa merupakan anak kedua hasil perkahwinan terdahulu Abby bersama Norman. Mereka turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, dan Maria Danisha Hakim, 18.

Terus Melangkah Dengan Doa Dan Harapan

Kini, Abby bahagia menjalani kehidupan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai selepas mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu turut dikurniakan tiga cahaya mata.

Apa juga pandangan yang diterima, Abby dilihat memilih untuk terus bekerja, berniaga dan menyerahkan segala urusannya kepada Allah SWT. Baginya, kesihatan yang baik, iman yang teguh serta rezeki yang halal jauh lebih bermakna daripada melayan setiap kritikan yang datang silih berganti.

Abby Abadi Mohon Doa Terus Sihat & Murah Rezeki, “Dunia Kejam Pada Orang Miskin…”

Luahan “dunia kejam pada orang miskin” mungkin hanya sebaris ayat, namun di sebaliknya tersimpan harapan seorang wanita yang terus berusaha mencari rezeki demi keluarga sambil memohon agar dikurniakan kesihatan, ketenangan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Bapa Pelajar

Luahan Bapa Pelajar Kena Tik@M, Perkataan Maaf Bergantung Dengan Keadaan

Kalau ikutkan rasa sedih dengan apa yang berlaku, namun bapa pelajar perempuan yang ditikam sehingga 16 kali di sebuah sekolah menengah di Banting bersedia bertemu dengan keluarga suspek berhubung kes berkenaan.