Bunga Rampai selalu disediakan ketika majlis kenduri kahwin, diletak di bilik pengantin.Memang harum semerbak dengan bau bunga rampai dalam bilik. Bukan itu sahaja seringkali juga diberikan sebagai cenderahati di majlis-majlis kenduri kendara.

Jika dahulu, anak-anak dara akan bersama-sama ‘rewang’ hiris halus daun pandan untuk dijadikan bunga rampai. Sampai luka-lukalah jari terhiris pisau.

Sebenarnya ada cara mudah untuk buat bunga rampai ni. Tak perlu lagi nak hiris dan mayang halus dengan pisau, malah sangat menjimatkan masa. Iaitu kisar sahaja menggunakan blender kering. Hasilnya memang halus! Bila dah siap, bolehlah dijadikan pewangi semulajadi diletakkan di ruang tamu, bilik tidur mahupun dalam kereta. Memang harum dan wangi je!

Boleh ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Norashikin Mohd Yunus ini sebagai rujukan;

Kebetulan ada majlis perkahwinan, saya kongsikan cara penyediaan Bunga Rampai untuk majlis perkahwinan. Moga bermanfaat untuk semua.

Bahan-Bahan:

Daun Pandan secukupnya
Minyak Wangi
Bunga-Bungaan
Kain
Bekas Bertutup

Buat BUNGA RAMPAI Kisar Halus Guna Blender Kering, Lebih Mudah & Cepat!

Cara Membuat:

1. Potong kecil daun pandan secukupnya.

Buat BUNGA RAMPAI Kisar Halus Guna Blender Kering, Lebih Mudah & Cepat!

IKLAN

2. Kemudian, digunting-gunting kecil dan di blender menggunakan blender kering.

Buat BUNGA RAMPAI Kisar Halus Guna Blender Kering, Lebih Mudah & Cepat!

3. Hasilnya setelah diblender.

Buat BUNGA RAMPAI Kisar Halus Guna Blender Kering, Lebih Mudah & Cepat!

IKLAN

4. Kemudian, gunting halus bunga-bungaan dan dicampurkan dengan daun pandan blender tadi.Guna bunga-bunga yang ada di persekitaran rumah je. Kadang-kadang guna bunga-bunga yang dijual tu juga sebab nak nampak warna warninya lagi. Yang jual macam-macam warna ada. Macam bunga ros kan ada kuning, pink, putih, peach, merah gelap. Jadi lebih banyak variasi warnanya lebih meriah dan cantik dipandangan mata juga.

Buat BUNGA RAMPAI Kisar Halus Guna Blender Kering, Lebih Mudah & Cepat!

5.Inilah hasilnya. Spraykan minyak wangi kesukaan anda, bungkus dengan kain dan diperapkan dalam bekas tertutup agar minyak wangi meresap sebati dengan daun Pandan.

IKLAN

Buat BUNGA RAMPAI Kisar Halus Guna Blender Kering, Lebih Mudah & Cepat!

Tip Ekstra!

  • Bunga Rampai nak tahan lama gaulkan dengan minyak rambut ‘Brylcreem’ yang dulu-dulu tu, lepas tu spray minyak wangi dan bungkus dengan kain letak dalam bekas bertutup. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Ni petua arwah nenek saya buat sebab dia Mak Andam dulu.

Buat BUNGA RAMPAI Kisar Halus Guna Blender Kering, Lebih Mudah & Cepat!

  • Nak lagi sedap campurkan sedikit daun limau purut blend sama. Lagi tahan lama bau dia.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi KASWI PANDAN Lemak Manis Sukatan Cawan, Elok Licin Lembut ‘Bergedik’

Resipi Kuih Seri Muka Pandan TANPA Telur Sukatan Cawan Paling Mudah!

MW: Menarik juga idea ni. Memang memudahkan kerja dan jimat masa bila kisar halus daun pandan guna blender kering. Tak perlu nak hiris dan mayang halus daun pandan lagi. Jari jemari pun tak luka.

Sumber: Norashikin Mohd Yunus

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI