Senangnya buat Kek Coklat sendiri guna resipi ni.Hanya perlu adun semua bahan-bahan dalam blender, kacau sebati dengan tepung dan kukus selama 45 minit. Siap! Tak perlu pakai mixer dan kalau tiada oven pun tak jadi masalah.
Bukan apa, bila buat sendiri memang puas hati, jimat banyak dan boleh makan banyak kali. Bila hari jadi anak-anak bolehlah buat kek coklat ni.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Elisya Maisarah ini, memang cukup mudah.
Kek coklat kukus, Kalau nak beli tak larat nak beli, buat sendiri je la boleh makan banyak kali. Resepi dekat bawah.
Petai. Ramai yang suka dan ramai juga yang mungkin tak suka kerana baunya yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kenapa petai berbau busuk dan kuat ye?
Menurut info yang dimuatkan di dalam lawan web Hello Doktor, petai boleh menyebabkan bau tak menyenangkan kerana kandungan asid amino yang terkandung di dalam biji petai yang mengandungi unsur sulfur.
Eii! Tak sukalah…busuk!”
Mungkin kita dah terbiasa mendengar kata-kata begitu. Biasalah, selera orang tak sama. Ada yang suka ada yang memang takkan sentuh langsung. Alasan kerana tak tahan dengan baunya yang kuat dan ‘busuk’. Bila makan, mulut pun boleh berbau, kencing pun bau. Tak selesa. Tapi petua orang lama, makan dengan kulitnya boleh kurangkan sikit baunya. Pernah cuba?
Dahulu ia adalah ulaman kampung dan dimakan oleh orang kampung. Tapi kini, ramai orang bandar yang menggemarinya bahkan kaum lain pun suka. Misalnya sambal bilis petai dan ambal udang petai. Fuh!
Bila bertanya pada penggemarnya, kata mereka, apa saja masakan berasaskan petai mesti sedap. Bahkan, dimakan mentah, direbus, dijeruk atau dibakar untuk dijadikan ulaman pun dah mampu buat kita makan nasi bertambah-tambah.
Apa pula khasiat yang terkandung di dalamnya ye? Petai atau nama saintifiknya parkia speciosa juga terdapat di negara-negara lain seperti Thailand dan Indonesia. Antara khasiat petai dari sudut kesihatan:
Mencegah Anemia Anemia adalah sejenis keadaan yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti berikut:
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti ini, mungkin anda boleh cuba makan petai sebagai salah satu langkah alternatif selain daripada ubat.
Membantu menstabilkan tekanan darah Untuk pengetahuan anda, buah ini sangat tinggi dengan kandungan potasium namun rendah garam. Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah.
Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
Membantu menyelesaikan masalah kegemukan Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Institute of Psychology di Austria, didapati bahawa individu yang stres dengan pekerjaan akan mengambil makanan ringan seperti coklat, keropok dan kerepek lebih banyak.
Menerusi penelitian yang dibuat terhadap 5,000 orang di sebuah hospital, saintis mendapati bahawa orang yang obesiti adalah terdiri daripada golongan pekerja yang banyak menerima tekanan di tempat kerja.
Jadi, adalah dicadangkan supaya individu yang kerap stres makan makanan tinggi karbohidrat seperti petai setiap dua jam sekali untuk membantu menyelesaikan masalah kegemukan.
Membantu meningkatkan kebolehan kognitif Menurut kajian yang dilakukan di sebuah sekolah di UK, pelajar yang makan petai pada waktu sarapan dan makan tengah hari, didapati boleh menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran dengan lebih mudah.
Persoalannya, bagaimanakah buah ini boleh memberi kesan kepada kebolehan kognitif individu? Jawapannya adalah pada kandungan potasium yang sangat tinggi. Antara kebolehan kognitif yang dikatakan boleh ditingkatkan ini adalah kebolehupayaan untuk memahami serta belajar sesuatu yang baharu.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan. rata-rata mereka mengatakan akan berasa lebih baik selepas makan buah ini.
Ini disebabkan oleh kandungannya mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.
Buah ini mengandungi kalium yang terlalu tinggi dan mungkin boleh memberi kesan kepada degupan jantung yang luar biasa serta berisiko membuat ia terhenti secara tiba-tiba sahaja!
Kesimpulannya, tiada masalah untuk kita mengambilnya. Cuma, sila lebih berhati-hati dengan kadar pengambilannya bagi menggelakkan kesan negatif kepada tubuh badan anda ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sedapnya kalau dapat makan pulut lemak mangga. Lagi sedap bila rasa lemak pulut itu bercampur dengan rasa masam manis mangga yang telah masak. Fuh! Memang sedap tidak terkata.
Resipi untuk buat pulut lemak mangga ini mudah sebenarnya. Apa yang penting, kita tahu bagaimana untuk masak pulut tersebut.
Pulut yang sedap dimakan adalah pulut yang tidak terlalu lembik dan mudah disenduk setelah masak. Lemaknya pula mestilah secukup rasa, kan?
Apa rahsia hendak buat pulut cantik dan tidak melekat setelah masak?
“Jom makan pulut lemak mangga. Baru siap ni,”
Nota:
Pulut susu = santan paras pulut sahaja
Pulut biasa=santan lebih sikit dari pulut
Beras pulut cap rambutan cantik. Beras nya sebijik sebijik
3 jenis beras pulut yang berbeza. Tetap sebijik sebijik
Tak nak campur beras biasa pun tak mengapa. Tapi kurangkan sukatan air.
Campur beras biasa sebab nak bagi pulut nampak cantik berkilat dan tak melekat disenduk bila digembur.
1 cawan beras pulut
Segenggam beras biasa
1 1/3 cawan santan
½ sudu teh garam
Sebiji Mangga yang telah masak – dipotong cantik
Sedapnya kalau dapat makan ikan pari bakar yang dibakar bersama dengan sambal tumis. Lagi sedap kalau ikan bakar itu dimakan dengan nasi panas. Nak makan begitu sahaja pun boleh.
Cara buatnya tidak susah. Paling penting kena siapkan dahulu sambal untuk dibakar bersama ikan pari tersebut.Melalui perkongsian Erma Azizie ini, sambal ikan pari bakar ini agak pedas. Bagi yang tidak makan pedas bolehlah kurangkan cili.
Dan kalian ada pilihan samada hendak membakar ikan tersebut di dalam oven atau guna sahaja kuali pemanggang ajaib jika ada.Setelah siap bolehlah dihidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam.
2-Blend (kisar) bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi.Ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua yang dah blend tadi sampai garing. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun kunyit. okay… Sambal dah siap…
5-Ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang. Kemudian ambil sambal letak sikit atas daun pisang. Letak ikan dan selepas itu letak lagi sambal. Kemudian balut ikan pari dengan aluminium foil.
6-Akhir sekali, bakar ikan pari sampai masak, Boleh bakar guna oven. Aku guna pemanggang ajaib sahaja. Siap!
MW: Siapa suka makan ikan bakar bolehlah cuba buat resipi ini. Kalau tak suka ikan pari, bolehlah tukar kepada ikan lain. Dan kalau tak mahu pedas, boleh kurangkan cilinya. Selamat mencuba!