Peria memang memiliki rasa pahit yang mungkin menyebabkan ramai yang kurang mengemarinya. Namun, bagi yang mengetahui khasiatnya pasti akan tetap memakannya. Terdapat petua bagaimana hendak mengurangkan rasa pahitnya. Antaranya dengan cara merendamnya terlebih dahulu di dalam air garam.
Apa pun, ia sebenarnya sedap kalau kena cara memasaknya. Ha..kali ini dikongsikan resipi Peria Crispy Salted Egg. Selalunya kita dengar udang salted egg (telur masin), sotong salted egg. Sekarang jom kita try peria yang dimasak dengan salted egg pulak. Sedap tau!
RESIPI PERIA CRISPY SALTED EGG
BAHAN-BAHAN:
1kg Peria
Air garam (½ sudu besar garam halus + 1 liter air)
Cuci bersih. Potong sedikit bahagian hujung atas dan bawah. Potong kepada beberapa bahagian kecil dan seterusnya keluarkan empulur peria.
Potong nipis-nipis, seeloknya guna slicer. Kemudian rendam di dalam air garam sekitar lima minit. Ketepikan. Setelah itu, toskan air, cuci. Sediakan air untuk merebus dan rebus peria tadi hingga air mendidih. Anggaran sekitar lima minit. Angkat dan tapis. Lalukan di bawah air paip dan rendam seketika. Ketepikan.
Masukkan semua bahan untuk bancuhan tepung crispy tadi ke dalam satu mangkuk dan gaul sekata. Setelah itu, masukkan peria ke dalam adunan.
Dalam masa yang sama, panaskan minyak. Apabila minyak betul-betul panas, tabur peria ke dalam minyak. Berhati-hati kerana minyak ini akan membuak berbuih-buih. Bila buih makin kurang bermakna ia telah ranggup. Angkat dan tos minyaknya. Ulangi proses hingga selesai.
Untuk membuat kuah salted egg, panaskan mentega seketika dan tumis bawang putih, daun kari dan serbuk salted egg. Kemudian tambah cili padi jika suka pedas.Setelah itu, masukkan peria yang telah digoreng crispy tadi dan gaul sekata. Boleh tambah sedikit perasa serbuk lada putih dan gula jika perlu.
Selamat Taraaa…Siap resepi Peria Telur Masin ala Sis Hanny.
Mak-mak yang ada anak kecil dan suka sangat buat sup bebola, memang wajib mencuba resepi bebola ayam homemade di rumah. Bukannya tak boleh beli di kedai, cuma bila buat sendiri ini mak-mak lebih puas.
Cara nak membuatnya pun, teramatlah mudah. Cubalah resepi yang dikongsikan oleh Parmiati Binti Suyudi (Atie – Yatie) ini. Ada panduan video nak bagi mak-mak lebih faham.
Bahan Bebola Ayam (Chicken Ball)
200 gram isi ayam
4 ulas bawang putih
Serbuk lada sulah dan lada hitam
1 sudu makan garam halus
1/2 gelas kiub ais
1 biji putih telur
Bahan Bawah Ini Ditapis Ya
1/2 cawan tepung ubi (tepung tapioca)
2 sudu makan tepung gandum
Secubit baking soda dan baking powder (secubit je tau)
Buatnya Macam Ini
1. Kisar ayam dan bawang putih.
2. Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam serta garam ikut cita rasa.
3. Masukkan putih telur dan kiub ais.
4. Campurkan bahan tapis dan kisar halus.
5. Pakai sarung tangan dan bentukkan bulat-bulat bebola ayam tu.
6. Kemudian, rebuslah bebola ayam ini sampai timbul. Bila dah timbul itu tanda dah masak.
Cara Betul Simpan Bebola Ayam Nak Bagi Tahan 6 Bulan
√ Sebaik selesai merebus, masukkan dalam bekas dan tutup kemas. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku.
√ Bebola yang dah siap direbus itu tak perlu direndam dalam ais jika mahu disimpan dalam peti beku.
√ Jika nak terus dimakan, anda boleh rendam dalam air berisi ais untuk kekalkan kekenyalannya.
√ Bebola ayam ini boleh tahan sampai 6 bulan jika disimpan dalam peti sejuk bahagian beku.
Video : Step By Step Resepi Bebola Ayam
Kisar Semua Bahan, Jadikan Doh, Mudah Nanti Nak Bulat-bulatkan
Selepas Dibulatkan, Rebus Sampai Bebola Ayam Timbul
Jika Mahu Terus Dimakan Boleh Rendam Dalam Air Berisi Ais Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Kekenyalan Bebola
Sumber/Foto/Video : Parmiati Binti Suyudi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim hujan beberapa hari ini menyebabkan ramai yang sedang diuji menghadapi banjir serta ditempatkan di pusat penempatan banjir sementara. Kebiasannya menu yang paling mudah dan cepat disediakan namun sangatlah sedap ialah lauk sambal sardin. Jika selalu perlu menggunakan cili kisar, sebenarnya boleh gantikan dengan serbuk cili juga. Memang sedap!
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini;
Hari ini saya masak lauk sambal sardin. Mana-mana ikan dalam tin je panggil sardin. Sebenarnya masak ikan mackerel. Teringat suasana mengharungi banjir besar di Kuantan, Pahang sewaktu ketika dahulu.
Saya sekeluarga bersama beberapa jiran ditempatkan di rumah tumpangan, jadi hari pertama tu memang masak sardin je la. Takde cili kering apatah lagi blender, jadi saya guna serbuk cili babas je untuk menumis. Pertama kali cuba masak guna serbuk tu waktu banjir tu la, hasilnya memang sedap sangat, makan pula beramai-ramai.
Harini saya nak cuba masak guna serbuk cili sebab teringat-ingat rasa dia dikala harini dengar perkhabaran beberapa daerah di Pahang mula dinaiki banjir. Doa saya semoga semuanya selamat dan banjir tidak berlarutan.
Bahan paling mudah disediakan dan cepat.
Bawang Merah
Bawang Putih
Serbuk Cili
Sardin
Serbuk Kunyit
Asam Keping
Cili Padi
Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Cili hijau tu biarkan je, saya campak akhir sekali ke dalam masakan.
Bancuh serbuk cili dengan air. Pastikan betul-betul sebati ya.
Panaskan minyak masak dan tumis hirisan bawang. Ni kalau ada hirisan halia ni lagi wangi ni.
Masukkan bancuhan serbuk cili dan 1 sudu serbuk kunyit. Kacau sehingga pecah minyak.
Dah pecah minyak, boleh masukkan ikan dari dalam tin. Masukkan sedikit air untuk lembap dan 1 asam keping. Biar masak lama sikit untuk hilang hanyir ikan. Akhir sekali perasakan dengan garam. Saya campak cili hijau untuk rasa picit-picit masa makan dengan nasi nanti.
Siap, dihidangkan bersama telur dadar dan ulam pucuk bayam brazil.
MW:Sewaktu musim banjir, ditempatkan di penempatan sementara sememangnya lauk sardin ini adalah ‘penyelamat’ yang cukup mudah disediakan dan sedap dimakan dengan nasi panas. Boleh ikut tip dan resipi yang dikongsikan agar sambal sardin lebih sedap.
Kek buah boleh dikukus atau pun dibakar. Terpulang pada cita rasa si pembuatnya. Namun, ramai juga yang gemar ia dikukus. Kata mereka, kek ini lebih moist (lembap) bila dikukus berbanding dibakar di dalam oven. Sekali lagi, selera masing-masing.
KEK KUKUS ATAU BAKAR
Hari raya Aidiladha tak lama lagi. Mungkin ada yang rancang nak buat kek buah. Boleh cuba kek buah kukus yang pakai sukatan cawan. Jadi, yang tak ada penimbang di rumah, jangan risau. Guna cawan je.
Kek buah lembap ini, makin lama dikukus, ia akan jadi tambah moist dan sedap! Selain itu, perisa oren boleh diganti dengan oren sunquick. Selamat mencuba!
1 cawan buah-buahan kering 1 cawan kismis 1 cawan mentega/marjerin 1 cawan gula pasir 1/3 cawan air panas 2 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1/2 sudu teh baking powder 1 sudu makan cuka makan 1/2 sudu teh esen vanilla 1/2 sudu teh perisa oren (optional) 3 biji telur
JOM IKUTI CARA MEMBUAT KEK BUAH KUKUS:
Cuci 1 cawan buah-buahan kering dan 1 cawan kismis kemudian rendam dengan air biasa selama 15 minit. Ayak 2 ½ cawan tepung gandum bersama ½ sudu teh baking powder dan ½ sudu teh soda bikarbonat. Toskan air buah-buahan kering dan kismis yang telah direndam tadi. Masukkan 1 cawan gula pasir ke dalam kuali dan buka api kecil.
Biarkan sehingga separuh daripada gula menjadi perang, barulah masukkan 1/3 cawan air panas. Bila gula dah cair sepenuhnya, masukkan 1 cawan mentega dan buah-buah kering tadi. Kacau sedikit dan biarkan selama 5 minit. Selepas 5 minit, kacau rata semua bahan dan tutup api.
Lepas tutup api, boleh terus masukkan tepung yang telah diayak tadi dan kacau hingga sebati. Masukkan 1 sudu makan cuka makan dan kacau lagi.
Kemudian pukul 3 biji telur sehingga sedikit berbuih. Masukkan telur ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan ½ sudu teh perisa oren dan ½ sudu teh esen vanila. Kacau hingga sebati.
Sediakan loyang, guna yang saiz 7” x 7”. Lenser dengan butter dan alaskan dengan baking paper.
Masukkan dengan senduk dan ratakan adunan sehingga ke tepi loyang. Balut loyang dengan plastik food wrap supaya nanti air kukusan tak menitis ke ata kek.
Kukus dengan api sederhana selama 2-4 jam. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Kek buah yang dikukus lebih lama akan lebih moist. Siap!! Boleh lah bawa balik sebagai buah tangan pada hari raya haji nanti. 🙂
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...