Kuih Onde-Onde Bijan atau lebih dikenali Kuih Bom memang ramai yang suka. Rasanya sedap lembut kenyal dan inti manis lemak kacang hijau. Nak buat kuih ni memang mudah, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Namun yang selalu jadi masalah bila waktu nak menggoreng kuih ni. Salah caranya, kuih ni mudah meletop-letop dalam minyak panas di dalam kuali.

Puan Liza Rahman ada kongsikan resipi dan tip untuk membuat kuih onde-onde bijan ini agar tak meletop dalam kuali.

Berikut perkongsian tersebut;

“Hari ni nak share pulak resepi kuih bom @ onde-onde bijan”

Bahan-Bahan:

1/2 cawan Tepung gandum
2 cawan Tepung pulut
1 sudu besar Gula
1 sudu kecil Garam
(Air secukupnya…jangan lembik sangat atau keras sangat macam kita buat buah melaka. Kalau terlembik masukkan tepung pulut dan gandum ya)

Bahan Inti:

2 cawan Kacang hijau
(Kacang hijau rebus hingga kembang kemudian tapis buang air)

1 cawan Kelapa parut
2 cawan Gula merah
1/2 cawan Gula putih
(Atau ikut kemanisan masing-masing)
Masak dengan secawan air dan daun pandan.

Cara Membuat:

1. Masak air gula, bila air gula mendidih masukkan kacang yang dah direbus dan kelapa parut.

2. Bila dah agak kering masukkan segengam tepung gandum, masak hingga kering.

IKLAN

3. Bila sejuk boleh bulat-bulatkan supaya senang nak masukkan nanti.

Jangan Tunggu Minyak Panas, API Perlahan, Goreng Onde-Onde Bijan Tak Meletop Dalam Kuali!

Tips:

Bila dah siap bulat-bulatkan dan salut bijan, masukkan dalam peti ais sekurang kurangnya 1/2 jam.

Jangan Tunggu Minyak Panas, API Perlahan, Goreng Onde-Onde Bijan Tak Meletop Dalam Kuali!

IKLAN

Jangan Tunggu Minyak Panas, API Perlahan, Goreng Onde-Onde Bijan Tak Meletop Dalam Kuali!

Jangan Tunggu Minyak Panas, API Perlahan, Goreng Onde-Onde Bijan Tak Meletop Dalam Kuali!

Masa nak mengoreng, masukkan minyak kemudian masukkan terus onde-onde ke dalam minyak. Jangan tunggu minyak panas, API perlahan aja dalam 5 – 10 minit.Lepas tu baru kuatkan sedikit api dan goreng hingga garing supaya tak meletop dalam kuali.

IKLAN

Jangan Tunggu Minyak Panas, API Perlahan, Goreng Onde-Onde Bijan Tak Meletop Dalam Kuali!

Selamat mencuba.

Baca Lagi Di Sini:

3 Langkah Mudah Buat Popia Wonder Cheese Viral, Kudapan Krukk Krukk Paling Senang & Sedap!

MW:Begini rupanya tip tak nak bagi kuih onde-onde bijan ni meletop-letop sewaktu kita goreng. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Liza Rahman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI