Jika selalu kita buat roti telur, roti sardin dan sebagainya untuk sarapan pagi anak-anak, apa kata cuba buat ‘Gilgeori Korean Street Sandwich’ ini pula. Negara Korea memang terkenal dengan pelbagai makanan tepi jalan. Nampak sungguh menyelerakan namun, memang ragu-ragu dengan status halalnya. Jadi bila ada resipi yang kita boleh buat sendiri memang puas hati.
Boleh cuba resipi ‘Gilgeori Korean Street Sandwich’ yang dikongsikan oleh Puan Hariyanti M Saleh ini. Nak buat makan sendiri boleh, nak buat niaga pun boleh sangat.
Gilgeori Korean street sandwich
harga: 2,500 KRW = RM 9
10 minutes recipe
Inti macam murtabak,tapi makan dengan roti bakar dan butter. Comfort food, sedap oooii. Lagi sedap dari jenama Sub-way . Orang tak suka sayur pun makan menjilat jari dan pinggan.
Sesuai untuk yang nak kejar masa dan untuk diniagakan. Boleh makan bila-bila masa. Selamat mencuba!! Resipi pada gambar. Saya TAK jual.
Roti Gardenia kahwin korea memang mantap. Sedap dimakan sambil “fefeeling” korea masa WFH ni.
Kat korea kita tengok tepi je, tak berani nak beli ..gray area (halal haram). Balik Malaysia buat sendiri.
video gerai tepi jalan korea:
Step 1 : Pukul 1 biji telur bersama sedikit gula dan garam . Tambahkan daun bawang, carrot dan kobis yang dihiris halus .
Tips derhaka: Boleh tambah cili, bawang dalam telur. Boleh juga letak lauk ayam . Kat korea xletak ayam , dorang letak “ham” .Sebab nak makan tengahari saya letak ayam, kalau breakfast saya tak letak.
Ads
Boleh juga guna Sosej Ramly ayam atau daging…meatball etc.
Step 2: Goreng ayam dulu. Settle.
Kemudian, panaskan sedikit butter, masak telur macam telur dadar. Bentukkan 4 segi kalau rajin boleh fit cantik dengan roti.
Tips derhaka: Untuk resipi ni saya perasakan ayam dengan white pepper+tepung bistari, goreng bersama bawang merah. Ayam boleh goreng atau bakar sesuka hati ( contoh: blackpaper, kunyit,gochujang, teriyaki, sambal ayam,ayam masak merah, masak kicap etc).
Butter agak mahal kat Malaysia, peniaga boleh tukar dengan Margerin/ Planta .
Ads
Step 3: Bakar roti dan sapukan butter. Susun telur dan ayam diatas roti. Perasakan sesuka hati (sos, mayonese). Tak letak pun x apa dah sedap. Kalau budget lebih letak cheese. Akhir sekali satukan roti atas dan bawah.
Kalau kat korea, lepas sapu butter, peniaga akan tabur gula banyak2 atas butter (macam apom balik dimalaysia). Itu membuat lebih karamel dan ketagih..
Ads
Pesanan ikhlas: Kurangkan manis dalam makanan/minuman, tambahkan manis dalam senyuman.
Resipi kuih bingka labu boleh dimasak dengan lebih mudah dan cepat menggunakan air fryer. Harum semerbak satu rumah dengan bau lemak manis labu. Kuih bingka labu yang dibakar dengan menggunakan air fryer juga lembut teksturnya.
Jika mak-mak berhajat nak buat kuih bingka labu, boleh cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Eniza M.Salim ini. Hasilnya cantik dengan permukaan atas yang garing. Nak masaknya pun mudah sangat!
Resipi Bingka Labu, Bakar Guna Air Fryer
RESIPI BINGKA LABU
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula(boleh guna gula perang)
2 biji telur
1 cawan labu( yang telah di rebus + lenyek)
2 sudu kecil majerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan santan
Sedikit bijan
Beberapa titik pewarna kuning( optional)
Bau Sedap, Lembut, Lemak Manis
Cara membuat:
Kisar semua bahan di atas, kecuali bijan.
2. Tuang ke dalam acuan loyang yang telah di sapu marjerin. Taburkan bijan.
3. Bakar dalam air fryer. Suhu 160 darjah celcius selama 25 minit. 5 minit akhir, tambah suhu 180 darjah celcius untuk dapatkan bahagian atas yang garing.
4. Bergantung pada air fryer masing-masing, jika dicucuk dengan lidi tapi masih belum masak, tambahkan lagi masa membakar dan rendahkan suhu.
Nota: Resipi ini menggunakan santan kotak kara 200 ml cukup untuk 1 cawan
Guna loyang 6′ (bergantung kepada saiz air fryer)
Telur mengandungi protien yang tinggi dan cukup mudah disediakan. Boleh dikatakan telur merupakan bahan wajib yang mesti ada di dapur. Macam-macam menu boleh disediakan dengan telur ni.Rupanya walauun mak-mak sekadar nak menyediakan telur goreng mahupun telur rebus, ada caranya yang tersendiri barulah hasilnya telur jadi sempurna.
11 kesilapan ini mak-mak perlu elakkan ketika masak telur.
1. Tak Guna Non-Stick Pan
Non-Stick Pan atau kuali tak lekat ini merupakan peralatan yang mak-mak perlu guna untuk masak telur. Ia memudahkan kerja menggoreng telur, sama ada nak buat telur goreng atau telur dadar, terutama ketika mahu menterbalikkan atau mengangkatnya. Malah tidak perlu menggunakan minyak atau sedikit sahaja minyak yang diperlukan. Belilah non-stick pan yang berkualiti dan jaga dengan baik. Jangan pakai senduk atau sudip besi tau! Tercalar pula nanti.
2.Pecahkan Telur Terus Dalam Kuali
Untuk membuat telur dadar atau telur hancur yang terbaik, telur putih dan kuning perlu dihancurkan dan dikacau sebati.Jangan pecahkan telur terus ke dalam kuali dan lepas tu baru kacau. Salah tu! Jadi pecahkan dulu dalam mangkuk, kacau sebati dan barulah dimasukkan ke dalam kuali.
3.Tak Guna Mentega
Kalau nak dapatkan telur hancur atau telur dadar yang sedap, cantik dan berkrim, mak-mak perlu gunakan mentega. Ini kerana rasanya lagi sedap dari menggunakan minyak biasa. Tapi janganlah pakai sebuku pula. Berpada-padalah.
4. Kuali Terlalu Panas
Nak hasilkan telur yang sempurna kena tahu gunakan kepanasan yang sesuai. Jangan gunakan api yang besar dan menyebabkan kuali jadi terlalu panas sehingga berasap-asap. Untuk memasak telur hancur atau telur dadar yang sempurna memadai gunakan api yang perlahan. Jangan tergesa-gesa menggunakan api yang besar. Ia mungkin akan mengambil masa lebih lama, tapi hasilnya gerenti jadi lebih baik.
5. Tak Kacau Telur Dalam Kuali
Untuk hasilkan telur hancur yang cantik dan sempurna, telur perlulah selalu dikacau sambil goyang kuali tersebut. Barulah telur tidak hangit dan berkerak.
6. Masak Terlalu Lama
Ini juga antara kesilapan yang ramai selalu buat. Telur hancur yang paling sedap dan dimakan jika ia masih lembut dan lembik. Jika terlalu masak ia jadi kering dan keras.Jadi bila telur hancur macam dah hampir masak, tutup api. Nanti haba yang tertinggal akan memasak telur tersebut dengan sendirinya.
7.Pecahkan Telur Terus Dalam Air
Untuk buat telur carak (poached egg) pula, caranya pastikan telur dipecahkan didalam mangkuk dahulu baru lah dimasukkan ke dalam periuk berisi air mendidih. Ia bukan apa bagi memastikan telur masih dalam keadaan baik dan kuning telurnya tidak pecah. Barulah dapat poached egg yang sempurna!
8. Kuali Tidak Cukup Panas
Ini jugak satu kesilapan ketika menggoreng telur. Bila kuali tidak cukup panas, ia akan menyebabkan telur tersebut menyerap minyak dengan lebih banyak. Sekaligus membuatkan telur jadi berminyak-minyak dan tak sedap dimakan.
9. Guna Telur Segar Untuk Telur Rebus
Mungkin ramai yang fikir, lagi segar telur itu, lagi elok. Sebenarnya ia bergantung kepada teknik masakannya. Untuk memasak telur carak (poached egg) , memang perlukan telur yang sesegar mungkin tapi untuk telur rebus pula, telur yang lama lebih senang untuk dikupas.
10.Tak Letakkan Telur Rebus Dalam Air Sejuk Sebaik Siap Direbus
Bagi memudahkan telur senang dikupas kulitnya, jangan biarkan telur yang telah dimasak terendam dalam air panas sebaliknya buang air didihan tersebut dan rendamkan dalam air sejuk. Setelah itu kupas telur dengan segera, hasilnya telur lebih mudah dikupas dan permukaannya juga licin dan cantik.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...