Rupanya mudah je jika mak-mak nak buat sendiri aiskrim perisa Kacang Merah di rumah . Rasanya kacang merahnya yang manis dan lemak berkrim dimakan sejuk memang sedap melungsur ditekak lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Musim raya ni, selain hidangkan menu-menu raya seperti rendang, lemang, ketupat, mak-mak boleh sediakan aiskrim kacang merah ni sebagai pencuci mulut, pelengkap hidangan.
Berikut perkongsian resipi Aiskrim Kacang Merah oleh Nur Atikah yang mak-mak boleh cuba sendiri dirumah.
BAHAN A
200gm gula pasir (kalau rasa tak suka manis sangat boleh kurangkan)
3sudu besar susu tepung (tak kisah brand apa)
350ml air
BAHAN B
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
50ml air
-campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.
BAHAN C
80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan)
500ml santan pekat atau susu cair 2 tin (ika pakai susu cair je).
250gm kacang merah dalam tin dilecek (lagi banyak kacang lagi sedap apa-apa jenama tak kisah, jenama Rex pun sedap, nak rebus kacang merah sendiri pun boleh)
Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap (ika letak sirap je sikit sebab nak bagi warna aiskrim cantik)
Daun Pandan bagi wangi
Paling penting jangan lupa letak garam secukup rasa bagi rasa lemak.
Ads
Cara-Cara Membuat:
1.Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.
2.Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai mendidih. Masukkan bahan C. Bila mendidih, matikan api.
3.Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim malaysia pun tak pe, ika pakai plastik aiskrim je sebab senang nanti tetamu datang boleh hidangkan.
Ads
4.Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.
Mudah je mak-mak boleh buat kan.Asyik makan kuih raya & lemang je time raya, apa kata sesekali beri kelainan sikit buat tetamu yang datang hidangkan aiskrim homemade kacang merah ni.
Rupanya masak sambal udang sedap lain macam bila gunakan Cili Kerinting Indonesia. Bukan apa selalunya bila kita tumis sambal menggunakan cili kering, sesekali boleh cuba kelainan guna cili Kerinting indo ini pula.Ramai yang mengakui kesedapannya memang menjadikan sambal lebih lazat. Ia tak berbau dan tak berapa pedas.
Kisahnya kalau kawan-kawan datang mai rumah, sis memang suka masakkan sambal udang. Sampai one of my friends cakap, awat sambal udang ko sedap lain maciam sampai balik rumah aku dok teringat.
Takdak rahsia apa pun, cuma kalo masak sambal sis suka pakai Cili Indo fresh yang panjang-panjang.Cili ni kepedasan dia tahap sederhana, ngam-ngam pedasnya dan rasa pun memang sedap.
Harga mahal sikit laa, biasa kat pasar sampai RM40 sekilo. Kadang sis kirim kat jiran yang meniaga dia dapat murah sikit dalam RM30 sekilo. Lama boleh pakai sekilo tu sebab cili ni ringan, biji pun kurang, buat sambal memang mantap.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang suka masak sambal, boleh cuba kelaianan guna Cili Merah Indo ni. Memang lain macam, luar biasa sedapnya rasa sambal bila guna cili ni.
Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari.Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.
Nak buat pulut kuning ada banyak teknik dan cara memasaknya.Namun jika salah cara buatnya pulut kuning tak tahan lama dan mudah basi. Buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Maz Samad ini sebagai rujukan.
Tips Pulut Kuning tahan lama tidak mudah basi.
Persediaan:
1.Rendam beras pulut dengan air sejuk.
2.Masukkan garam kasar 2@3 butir.
3.Rendamkan Asam keping bersama beras pulut.
4.Rendam sekurang-kurangnya 6 jam.
5.Pastikan sebelum direndam wajib dibilas atau dikosek sehingga hilang air keruh.Kosek hingga air jernih.Baru direndam
6.Semasa rendam bubuh sekali 2 sudu kunyit serbuk.
Kaedah Kukus Beras Pulut:
1. Kukus Pertama
Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak masak dan dikukus selama 10 minit.
2. Air Kukusan
Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru diletakkan pengukus beras pulut.Letakkan 3@4 helai Daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.
3. Semasa Mengukus
Step kukusan Pertama 10 minit. Rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2
Step kukusan Kedua 20 minit, pulut dicampur bersama ;
1/2 cawan Minyak @ Magerin
Pewarna Kuning Telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
4. Beras Pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak @ magerin bagi berkilat pulut kuning tersebut. Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi naikkan lagi seri pulut tersebut.
Pulut kuning akan nampak sebiji-sebiji bila dihias.Tidak perlu risau walaupun pulut kuning nampak berbiji tapi tekturnya sangat lembut.
Cara saya,sekiranya ada yang kurang tepat di pihak anda itu cara anda.
MW: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat buat mak-mak yang berhasrat nak buat pulut kuning sendiri di rumah atau nak dibuat niaga. Paling penting tahan lama dan tak mudah basi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Buat mak-mak peminat kuih tradisional Putu Bambu, kini ada cara mudah untuk buat kuih ini. Jika selama ini acuannya adalah menggunakan batang buluh, tapi menerusi perkongsian Azila Abdullah, cara yang lebih mudah menggunakan acuan kuih lompang. Namun begitu salah satu tip yang dikongsikan agar putu bambu ini ‘menjadi’,jangan tekan padat pada adunan tepungnya.Musim sejuk-sejuk ni, makan panas-panas mesti bertambah sedap!
Berikut antara perkongsian resipi wanita ini;
“Petang ni kita try buat putu bambu..Alhamdulillah jadi.sebelum ni buat tekan kemain kuat lagi.Rasa tepung je..kena 3biji kenyang”.
Bahan-Bahan:
2 cawan Tepung Beras
1 cawan air
Sedikit Gula merah
Daun pandan
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Masak air dalam periuk letak daun pandan dan garam.Apabila garam dah sebati, air dah panas, bau pandan pun dah naik padamkan api.
2.Dalam bekas yang lain, letak tepung beras, masukkan air yang dimasak 13 sudu besar.
3.Gaul tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.
4.Ayak tepung guna penapis yang lubang dia agak besar. Penapis kecik susah nak ayak.
5.Dah siap, masukkan sikit tepung tadi dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi sikit.
6.Kukus selama 15 minit.
Tip Ekstra!
Tudung periuk tu letak kain untuk elakkan wap air masuk pada acuan kuih.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...