Kudap-kudap paling laris setiap kali raya, banana crispy yang dibuat daripada pisang tanduk terpilih. Haaa… lagi menarik, kali ini Puan Sutera Ayu akan bongkar macam mana nak hilangkan pahit ditekak kalau buat kerepek pisang tanduk.
Nah, jemput godek petua pilih pisang…
Raya dah nak tiba. Hari ini saya kongsikan resepi banana crispy, sesiapa nak buat sempat lagi. Boleh buat makan kudap-kudap masa raya.
Cara-cara semua ada dalam video dan gambar.
Bahan-bahan:
Pisang tanduk pilihan (pisang fresh)
Air garam
Minyak masak untuk menggoreng
Ads
Disini saya tidak ada menggunakan bahan pewarna atau serbuk kunyit.
Saya hanya masukkan air garam sahaja, kalau kita bubuh kunyit maka rasa original pisang akan hilang. Kita akan rasa tekak pahit bila bubuh kunyit.
Ads
Boleh guna pisang fresh dari ladang atau beli kat kedai.
Tip Pilih Pisang Tanduk Yang Betul-betul Tua
Warna kulit hijau kekuningan, kalau ada bintik-bintik hitam tuh tanda pisang yang dah betul-betul tua. Maknanya isi pisang akan berwarna sedikit oren. Jadi kalau goreng kerepek ada rasa lemak-lemak manis.
Tip Supaya Pisang Tetap Segar
Basuh pisang sebelum kita kopek, basuh kulit dia sampai bersih.
Dah bersih baru kita kopek pisang guna pisau.
Ads
Lepas kopek, pisang kita masukkan dalam plastik, dah susun rapi dalam plastik kita masukkan dalam peti ais. Saya buat macam ni supaya pisang tetap fresh.
Dan getah pisang akan hilang, ketahanan pisang dalam peti ais ni boleh tahan 2 /3 malam.
Sebab kalau pisang yang betul-betul tua, kita letak kat luar dia akan cepat lembut. So kalau pisang dah lembut semestinya tak boleh kita buat kerepek. Tapi kalau kita kopek awal-awal dan simpan dalam peti ais, pisang tidak akan lembut dan tetap fresh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam meniti penghujung bulan suci ini, tarikh keramat 25 Ramadan ternyata mempunyai makna yang tersendiri buat Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid,39. Tarikh inilah penyatuan jiwa beliau dan suaminya, ahli perniagaan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff,48, sekaligus menoktahkan kehidupan bermadu dalam kamus kehidupannya.
Ketika ini, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ini bersama suami dan madunya Datin Bahazanariah Baharudin,47 atau Datin Nana, menikmati menunaikan umrah sekaligus merasai kemanisan beribadah ditanah suci di 10 malam terakhir. Lebih istimewa, ia bagai mengimbas memori manis saat disatukan, pernikahan yang telah hampir setahun didirikan, juga dilakukan di tanah suci mekah pada Jun tahun lepas.
Dato’Nurulhidayah mungkin antara wanita bertuah dalam kehidupan bermadu.keikhlasan dan keakraban bersama madunya yang dianggap ‘kakak’ seringkali dipamerkan di laman sosial. Baru-baru ini, wanita ini ada berkongsi luahan perasaan terhadap kebahagiaan kehidupan bermadu yang dilalui sempena tarikh keramat 25 Ramadan, bergelar isteri sekaligus menjadi ‘adik’ kepada madunya.
This date. 25th Ramadan. A date to remember. Tarikh yang menjadikan saya seorang isteri sekali lagi setelah kematian suami. Tarikh keramat yang menjadikan saya sebagai isteri ke-2 seorang suami dan ‘adik’ kepada seorang wanita dan isteri.Apa yang saya tidak tahu, hikmah disebalik kematian, Allah menggantikan saya dan anak-anak dua insan mulia yang sudi mengambil saya sebagai sebahagian dari hidup mereka. Begitu jugak anak-anak suami dan isterinya yang menerima adik-adik tiri sebagai adik mereka dan sebahagian dari hidup mereka.
Allah Maha Besar! Sesungguhnya saya tidak menyangka akan menjalani kehidupan sebagai wanita yang bermadu! Dia Maha Mengetahui disebalik jodoh ini. Perkahwinan ini menjadikan saya wanita yang lebih bertanggungjawab dan ingin mempelajari agama Islam secara lebih mendalam dan istiqomah dalam setiap kejadian.
Bukan semua wanita bermadu bernasib baik seperti saya dan Kakak. Saya menjadikan kakak sebagai rujukan terbaik untuk lebih mengenali suami. Saya kira, setelah setahun Kakak telah mengenali saya luar dan dalam.
Alhamdulillah kehidupan bermadu tidak seburuk yang disangka andainya kita meletakkan agama, AlQuran n Sunnah sebagai panduan. Suami berpesan, bukan harta dunia yang kita kejarkan, Al Quran perlu didekati kerana ia menjadi peneman dan sahabat kita dikubur nanti sementara menunggu dibangkitkan semula.
Alhamdulillah dan saya amat bersyukur dengan perkahwinan ini. Semoga kisah kami sama-sama dijadikan pengajaran untuk kita melalui pengalaman perkawinan yang manis tidak kira samada perkahwinan berpoligami ataupun tidak, setiap perkahwinan perlu seorang nakhoda yang baik sebagai pemimpin keluarga serta pendamping mereka, isteri yang menjadi penenang jiwa. Inshaa Allah. One year and counting.. I love US, Lillahitaala ❤️
Mingguan Wanita mengharapkan semoga keluarga ini menjadi contoh buat pasangan lain yang sedang melalui poligami dalam perkahwinan.Kehidupan bermadu tidak semestinya pahit. Betul acuan dan ‘imam’ adil dalam memimpin, menjadikan kehidupan bermadu ini lebih manis.
Kemeriahan raya semakin terasa, ramai mak-mak dah mula cari resipi yang mudah-mudah untuk buat biskut atau kuih raya. Apa yang penting mak-mak perlu kreatif dalam buat kuih raya ni.Guna bahan yang paling minimum, paling jimat masa dan bajet.
Jika ada lebihan roti, yang tak habis dekat rumah tu, jangan lah dibuang bolehlah manfaatkan dengan mencuba resipi Biskut Roti Coklat Nestum yang dikongsikan oleh Lia Marsom ini. Hanya guna 3 bahan je, cuma perlu potong, bakar dan celup-celup je dah boleh dapat sejenis biskut raya yang sedap!
“Biskut roti coklat nestum paling meletop, setakat sebalang 10 minit dah licin, tak sempat hidang pada tetamu”.
2 buku roti gardenia
1 kilo coklat Beryl’s
1 kilo instant cereal nestum
1.Potong roti kepada 3 bahagian kemudian belah 2 bahagian.(1 keping roti boleh dapat 6 keping).
2.Bakar roti yang dah dipotong sehingga rangup selama 15-20 minit suhu 190 ikut oven masing-masing boleh rasa dulu kalau belum ranggup bakar lagi.
3.Cairkan coklat ikut kaedah double boiler tambah 2 sudu butter supaya senang nak celup roti.
4.Gaul roti dalam coklat, angkat dengan penyepit satu-satu salutkan dalam nestum.
5.Gaulkan dan salut roti dengan nestum sampai tertutup semua, angkat dan susun dalam tray.
6.Masukkan dalam peti ais dalam 15 minit,coklat dah keras terus masuk balang.
Siap! Selamat Mencuba!
Mudah kan, daripada biarkan roti terbuang, bolehlah mak-mak cuba buat resipi ini. Potong, bakar dan celup-celup je, boleh dapat sejenis biskut raya yang senang dan sedap!
Sesungguhnya apa juga pesanan, nasihat dan teguran daripada seorang ibu adalah kata-kata keramat yang wajar seorang anak patuhi. Dengarlah nasihat seorang ibu, kerana disitulah terletaknya keberkatan dan doa demi kebaikan seorang anak.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih DR MAZA terkenal dalam menyuarakan pandangan yang lantang berkaitan sesuatu isu.Sering melontarkan pandangan yang bernas dalam menegur apa juga perkara yang dirasakan perlu ditegur. Baru-baru ini, viral gambar pertemuan DR MAZA bersama Tun Mahathir di Pejabat Perdana Menteri. Hasil pertemuan tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi, antaranya kemungkinan penglibatan Mufti Perlis ini dalam memegang jawatan politik.
Rupanya, perkara tersebut menimbulkan kerisauan buat bonda tersayang DR MAZA sendiri. Ibu Mufti Perlis ini, berharap agar anaknya tidak sama sekali melibatkan diri dalam arena politik dan terus kekal dengan jawatan mufti.
Suatu awal pagi ibu saya telefon. Selepas saya bertanya khabar terus ibu saya ‘masuk tajuk’ tanpa intro:
“Mak harap jangan pegang jawatan politik. Buat apa duduk bawah telunjuk orang lain. Mak suka macam sekarang. Apapun terpulanglah”.
Saya jawab: “Kenapa tiba-tiba risau?”.
Jawab beliau: “Takpalah, terpulang”. Saya diam sahaja.
Titah ibu melebihi segala titah makhluk yang lain. Kalau ada pandangan lain, kena balik mengadap sendiri dan pujuk.
Beberapa hari lepas DYMM Raja Perlis juga berkata pada saya:
“Kalau jadi orang politik, penerimaan orang terhadap pandangan agama yang diberikan akan ada prasangka yang lain”.
Saya orang biasa. Hidup sebagai rakyat marhaen. Tidak bergaya pun nak jadi pemimpin politik. Apapun, kepada Allah penentu segala urusan.
norzihan_jPandangan & teguran dari seorang ibu ada hikmahnya. Nasihat beliau dari hati nurani kasih sayang seorang ibu pada anaknya yang beliau nampak baik buruknya hidup dalam dunia politik. Pada pendapat saya, @drmaza_official fokus dalam bidang yang bersangkut paut dengan ilmu keagamaan. Negara kita memerlukan intelektual-intelektual yang dapat membantu memberi maklumat, nasihat & teguran pada institusi yang terlibat secara langsung. Semuga sampai hasrat ibunda tercinta.
abd.fazirBetul kata bonda Dr tu. Sekarang boleh kritik mana-mana parti yang buat salah.. Papepun tetap sokong DR dan doakn Dr Semoga dipermudahkn urusan dunia dan akhirat..Ilove u Dr… Mencintai ulama itu kerana sebab merekalah pewaris Nabi.
dekna_ctNasihat terbaik dari seorang ibu..alhamdullilah…
2aa1sk Betul sangat cakap Ibu. Doa Ibu adalah segala-galanya, selamat dunia akhirat.
aaleeyahkareemNasihat Ibu dr.Maza itu adalah do’a yg trbaik buat anaknya.
rohayahismaonSemoga @drmaza_official akan menegur sekiranya ada berlaku pencanggahan dalam agama..no need to be a politician..sekarang pun kami sangat menghormati pandangan dato.
rexaa_sportcrew Saya suka bila kamu bebas dari mana-mana partipolitik, saya suka bila kamu mengkritik semua parti politik dan saya suka bila kamu sampai kan ilmu kamu dalam keadaan saya anggap kamu bukan ahli politik atau ikut telunjuk ahli politik.
syamsul.azuarBetter ustaz kekal sebegini. Boleh tegur mana-mana pihak tanpa ada sebarang agenda peribadi. Juga menjadi sumber rujukan sesiapa sahaja.
nikhazardHarap Dr. MAZA x masuk politik… tak kira pemimpin siapa yg salah, Dr. MAZA dapat menegur sebaiknya dan memberi pandangan tanpa prejudis dan taksub mana-mana parti.
ririnasjhadSaya berpandangan berbeza pula. Semua ibu mahukan keselesaan bagi anak mereka. Namun jika sebagai pendukung agama kedudukan kita sekarang telah mencapai keselesaan, bermakna kita diperlukan ditempat lain. Kerana mendukung agama adalah perjuangan seumur hidup. Selesa, tiada di dalam kamus seorang pejuang. Semoga Allah menggerakkan hati Dr memilih yg terbaik utk Dr, sekeluarga dan saudara-saudara sesislam atau bakal islam. Amin.
hafahamzahSaya harap @drmaza_official menimbang dari sudut masalih & mafasid di atas sebarang pelantikan jawatan politik, lebih-lebih lagi demi masa depan Islam, dakwah sunnah & ummah secara keseluruhannya. Kalau bukan Dr MAZA, siapa lagi?
ezad_amBerdakwah banyak cara dr,dan masuk dalam politik pun salah satu cara untuk dr menarik orang lain ke jalan kebenaran,kerana sebelum ni dr disekat dalam menyampaikan dakwah dan video dr dan ilmuan lain hanya di youtube,mungkin dengan cara ni,dr boleh bawa kebenaran dengan lebih meluas..kebenaran pada orang diluar sana lebih ditonjolkan, saya berpendapat dr harus lebih kedepan unutk membawa lebih ramai ke jalan kebenaran , saya tahu dr boleh…wallahu ta’ala a’lam.
Mendengar kata-kata, nasihat dan pandangan daripada seorang ibu biasanya adalah yang terbaik. Kerana dalam pesanannya terselit doa dan harapan dalam menentukan kehidupan terbaik buat seorang anak. Apa-apa pun, semoga Dr MAZA membuat pilihan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara tercinta.