Ads

Aktiviti Menyelam Bertukar Jadi Tragedi, Wanita Malaysia Meninggal Dunia Ketika Selam Skuba Di Bali

Aktiviti Menyelam
Aktiviti Menyelam

Kisah seorang wanita Malaysia yang melakukan aktiviti menyelam bertukar jadi tragedi selepas dipercayai berdepan situasi arus kuat ketika selam skuba di perairan Crystal Bay, Desa Sakti, Bali, Indonesia, semalam.

Aktiviti Menyelam Bertukar Jadi Tragedi

Aktiviti Menyelam Bertukar Jadi Tragedi, Wanita Malaysia Meninggal Dunia Ketika Selam Skuba Di Bali

Wanita yang dikenali sebagai Siti Nuraini Rusidi, 40, itu dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi yang berlaku pada 11.10 pagi waktu tempatan.

Rakan yang mahu dikenali sebagai Firdaus berkata, mangsa bukan penyelam baharu sebaliknya memiliki sijil Rescue Diver (penyelam penyelamat) dengan rekod lebih 50 log selaman, selain sudah tiga kali menyelam di lokasi yang sama.

Memetik laporan media tempatan BaliNews, mangsa memulakan aktiviti rekreasi itu bersama seorang juruselam, kapten bot dan beberapa penyelam lain di sekitar perairan berkenaan bermula 8 pagi.

Ads

Difahamkan, tanda-tanda awal masalah kesihatan mangsa mula disedari oleh juruselam Eugenius Franciso Ray, 33, ketika mereka tiba di lokasi selaman pertama di Manta Bay.

Wanita Malaysia Meninggal Dunia Ketika Selam Skuba Di Bali

Aktiviti Menyelam Bertukar Jadi Tragedi, Wanita Malaysia Meninggal Dunia Ketika Selam Skuba Di Bali

Juruselam terbabit dilapor melihat mangsa batuk dan meminta pengesahan mengenai tahap kesihatannya. Bagaimanapun, mangsa menegaskan beliau masih mampu meneruskan aktiviti tersebut sehingga selaman di Manta Bay selesai.

Ads

“Ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi selaman seterusnya di Crystal Bay, mangsa sekali lagi ditanya berkenaan keadaan kesihatannya, namun tetap mahu menyertai aktiviti selaman di situ,” lapor portal berkenaan yang memetik sumber.

Keadaan dilaporkan bertukar cemas setibanya di Crystal Bay apabila kumpulan penyelam terbabit berdepan dengan situasi arus laut yang sangat kuat, menyebabkan tiga daripada mereka dihanyutkan sebelum mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Aktiviti Menyelam Bertukar Jadi Tragedi, Wanita Malaysia Meninggal Dunia Ketika Selam Skuba Di Bali

Ads

Berita mengenai insiden terbabit mula tular di Malaysia selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna di platform Threads.

Anda mungkin berminat dengan

Sementara itu, keluarga mangsa yang dihubungi setakat ini enggan mengulas lanjut berhubung kejadian kerana masih terkejut.

Insiden terbabit kemudiannya mendapat perhatian di Malaysia selepas kisah kejadian itu dikongsikan seorang pengguna di platform Threads.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Perbezaan Usia

Perbezaan Usia 33 Tahun Bukan Halangan, Sofea & Pak Lan Sudah...

Perbezaan usia mungkin menjadi perhatian ramai, tetapi bagi Sofea dan Pak Lan, perjalanan hampir sedekad bersama menjadi bukti bahawa kehidupan rumah tangga mereka mempunyai cerita tersendiri.