Ads

Abby Abadi Luah Isi Hati Di Hari Jadi Ke-18 Maria Danisha, “Semudah Ini Melupakan Mama…”

abby abadi

Abby Abadi luah isi hati di hari jadi ke 18 Maria Danisha, “semudah itu melupakan mama…

“Terima kasih menjadi anak Mama untuk 18 tahun ini.”

Demikian pembuka kata pelakon Abby Abadi di instagramnya ketika menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-18 anak perempuannya, Maria Danisha Hakim.

abby abadi
Abby Abadi dan Maria Danisha
Abby Abadi luah rasa kecil hati

Menerusi perkongsian di Instagram, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, mengakui berat hati untuk menulis ucapan tersebut berikutan perasaan terkilan yang sedang dilaluinya.

“Tak tahu nak tulis apa sebab hati Mama dah hilang rasa sebenarnya. Tapi Mama nak Baby tahu. Dari dalam perut, dari korang kecil Mama jaga anak-anak Mama bagai menatang minyak yang penuh.

“Makan mewah, tempat tinggal selesa, berjalan sana sini, pakai baju cantik-cantik walaupun Mama ini ‘tak berapa ada’ pun sebenarnya,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Abby turut meluahkan rasa kecil hati apabila merasakan hubungannya dengan anak-anak semakin berubah selepas mereka meningkat dewasa.

“Bila dah besar anak-anak semudah ini melupakan Mama, semudah itu. Kalau Mama yang melahirkan pun dibuang macam itu saja, apatah lagi Abahnya, ada pun seakan tiada dibuatnya,” katanya.

Ads
Abby abadi
Hampir 12 tahun Abah bersama Mama, tolong Mama tanggung makan minum, rumah yang jadi tempat kita berteduh, beli hadiah mahal-mahal, akhirnya pun seakan tak wujud- Abby Abadi

Abby turut menyebut mengenai suaminya, Muhammad Faizal Zakaria atau Jai Ezzany, yang menurutnya sudah hampir 12 tahun bersama dan banyak membantu menguruskan keperluan keluarga.

“Hampir 12 tahun Abah bersama Mama, tolong Mama tanggung makan minum, rumah yang jadi tempat kita berteduh, beli hadiah mahal-mahal, akhirnya pun seakan tak wujud.

“Maaflah bukan nak mengungkit, tapi kali ini biar tahu. Mama jadi begini sebab makan hati,” luahnya.

Pada masa sama, bekas anggota kumpulan Elite itu turut mengimbau kembali pengalaman ketika mengandungkan Maria Danisha dan tempoh yang dilaluinya sebelum berpisah dengan bekas suami, Norman Hakim.

Abby abadi
Abby Abadi menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-18 anaknya, Maria Danisha Hakim.

Menurut Abby, ketika mengandungkan anaknya itu, dia tetap meneruskan rutin mencari rezeki meskipun berdepan beberapa cabaran dalam rumah tangga ketika itu.

Ads

“Dari awal Baby dalam perut, sembilan bulan Mama bawa perut ke sana ke sini, cari rezeki, Baby hanya ada Mama sahaja.

“Berbulan-bulan orang itu tak balik-balik, tidur pejabat dia. Sampailah kena dan akhirnya bercerai tapi Mama maafkan segala-galanya sebab Mama masa itu penat sangat. Penat sangat-sangat. Tak terluah dengan kata-kata,” tulisnya.

Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 sebelum berpisah pada 2008. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Walaupun mengakui berasa kecil hati, Abby tetap memilih untuk menitipkan ucapan hari lahir kepada Maria Danisha selagi diberi kesempatan.

Ads

“Berat juga rasa hati nak wish sebab tahu akan jadi cerita lain. Sebab kecil hati sangat-sangat. Tapi tak apalah, Mama wish juga selagi masih ada nyawa ini.

Anda mungkin berminat dengan

“Maafkan Mama tak mampu jadi Mama yang baik, Mama yang hebat, Mama yang kaya untuk anak-anak hidup senang-lenang,” tulisnya.

Mengakhiri perkongsian tersebut, Abby turut menitipkan pesanan kepada anaknya untuk meneruskan kehidupan dan menjaga diri.

“Di umur Baby yang ke-18 ini, lupakan Mama terus tak apa. Teruslah hidup bersama Puppy dan Momok itu ya. Semoga kekal hingga ke Syurga Firdausi.

Abby abadi
Norman Hakim meraikan hari lahir Maria Danisha bersama anak-anak tanpa kehadiran Abby Abadi dalam majlis ini

“Kalau Mama, Abah sakit ke, meninggal jangan datang tau. Uruskan sahaja kehidupan sendiri. Pesan Mama untuk yang terakhir kalinya,” tulis Abby sebagai penutup kata.

Sedikit info, di saat Abby meluahkan kata-kata ini di media sosialnya, Norman Hakim dilihat meraikan hari lahir Maria Danisha bersama anak-anak di mana dirinya menghadiahkan sejambak besar bunga wang buat anak ketiganya itu.

Apa pun, di dalam Islam, kedudukan seorang ibu cukup tinggi dan dimuliakan. Dalam sebuah hadis sahih, apabila Rasulullah SAW ditanya siapakah yang paling berhak mendapat layanan dan pergaulan yang baik, Baginda menjawab, “Ibumu,” sebanyak tiga kali sebelum menyebut, “Ayahmu.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim itu menjadi antara pedoman yang mengingatkan tentang besarnya penghormatan serta ihsan seorang anak terhadap ibu bapa.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Aktiviti Menyelam

Aktiviti Menyelam Bertukar Jadi Tragedi, Wanita Malaysia Meninggal Dunia Ketika Selam...

Kisah seorang wanita Malaysia yang melakukan aktiviti menyelam bertukar jadi tragedi selepas dipercayai berdepan situasi arus kuat ketika selam skuba di perairan Crystal Bay, Desa Sakti, Bali, Indonesia, semalam.