Mudah je sebenarnya nak buat Popia Wonder Cheese ni, hanya dengan 3 langkah yang senang nak buat dah boleh jadi kudapan yang sedap untuk anak-anak. Sesuai sangat kalau buat waktu pergi berkelah ke, tengok movie dengan anak-anak dirumah ke, atau dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Mak-mak mesti kena cuba resipi Popia Wonder Cheese ni, gerenti tak sedap & anak-anak suka. Silap-silap tak sedar makan habis sebalang.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Fatihah Aziz;
“Hari ini kali ke 3, buat lagi kudapan krukk krukk paling senang dan sedap! Popia Wonder Cheezee.Kalau beli makan tak puas. Jadi kita buat sendiri jelah boleh buat selalu.
Bahan-Bahan:
1/2 paket kulit popia (digunting & dicarik-carik)
4 sudu besar serbuk cheese
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula
Ads
Cara-Cara Membuat :
1. Kisar semua bahan (kecuali kulit popia).
2. Goreng kulit popia dgn minyak secukupnya. Goreng hingga naik keperangan.
Ads
3. Tabur dan gaul rata serbuk yang dikisar pada kulit popia.
(Nak senang gaul dalam bekas dan goncang perlahan-lahan).
4. Siap!Popia wonder cheezee kudapan mudah siap untuk dimakan.
Baju sekolah kain putih memang susah nak jaga apatah lagi untuk kekalkan ‘keputihannya’ lebih-lebih lagi baju sekolah anak-anak yang tengah lasak dan aktif. Memang kena ada extra baju sebab setiap hari perlu ditukar ganti.
Tetapi kali ini mak-mak boleh hilangkan kotoran degil pada pakaian dengan cara guna sabun mandi ketul saja.
Siapa sangka sabun jenama paling murah ni berkesan untuk menghilangkan kotoran degil‼️
Tak perlu lagi guna clorox nak hilangkan kotoran degil. Dah la mahal, menghakis dan menipiskan kain pula tu.
Dengan kos serendah rm2.70 sahaja, untuk satu set buku sabun fruit tale mak-mak boleh parut sabun tu dan simpan dalam bekas. InsyaAllah tahan seminggu-dua.
Boleh hilangkan kotoran pada baju sekolah, kasut sekolah, baju kemeja tanpa perlu disental. Kotoran degil hilang serta merta.
1. Wajib guna sabun fruit tale.
2. Parut dulu sabun fruit tale dan simpan dalam bekas. Supaya lebih jimat.
3. Tuang air panas dalam besen.
4. Letak serbuk fruit tale dalam besen.
5. Biarkan hingga larut. Guna sudu kayu nak larutkan.
6. Rendam baju dalam besen tdi semalaman.
7. Tengok hasil tak perlu sental. Kotoran degil hilang selepas bilas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bukan mudah sebenarnya untuk kembali bangkit mengumpul kekuatan dari kegagalan.Cabaran dan dugaan yang dihadapi adakalanya mampu membuatkan diri rasa cukup lemah, mematahkan semangat dan menghilangkan keyakinan diri. Wanita ini pernah salahkan takdir dan rasa diri tidak berguna suatu ketika dahulu tatkala diuji dengan kegagalan dalam perniagaan.Tidak mahu berterusan keadaan demikian, wanita ini kembali mengumpul semangat berjalan terus tanpa menoleh kebelakang.
Perkongsian perjalanan hidup dan kecekalan mengharungi pahit getir dunia peniagaan oleh Azila Mahmood ini, wajar menjadi inspirasi buat wanita lain yang sedang alami detik sukar dalam perniagaan.
Berapa ramai orang yang Kak Ila lihat sangat lemah ketika ini. Mereka hilang semangat yang pernah mereka ada satu ketika dulu. Macam tak percaya kan?
Akan ada satu ketika kita hilang keyakinan pada diri sendiri. Tengok cermin dan langsung tak bangga pada diri.
Benar, dalam hidup sentiasa akan ada fasa. Fasa-fasa yang berlainan dan dilengkapi dengan cabaran dan dugaan yang berbeza.
Sabar. Perkataan yang mudah nak ungkap. Tapi sejauh mana boleh sabar?
Pada zaman susah, family semua tahu keadaan Kak Ila. Mama lah yang akan bagitahu adik beradik yang lain. Semua nampak risau. Semua suruh cari kerja.
Yela, siapa tak risau tengok adik sendiri makan bercatu. Dahla baru ada anak selepas 4 tahun berkahwin. Memang diorang tak konfiden tengok tahap kewangan kami.
Semuanya kerana memilih bidang berniaga. Hidup makin susah. Walaupun suami kerja di Jabatan Audit Negara, tapi gaji dia pun habis gara-gara kena bayar hutang. Takda siapa sokong kami berniaga dah. Segulung Ijazah mula dipersoal?
Kenapa tak guna?
Belajar tinggi tinggi tapi hidup susah. Sampai orang tua mula mempertikai. Pergila kerja. Akak Bronis paham. Orang tua manalah sanggup tengok anak hidup dengan hutang yang keliling pinggang.
Bank call tak henti henti.
Tak cukup dengan call kami, diorang call abah dan juga opis suami. Malu masa tu memang dah takda. Takda pilihan. Terpaksa hadap.
Diluar Kak Ila nampak kuat sekali. Depan keluarga memang takkan tunjuk. Kami masih hidup bahagia walaupun kesempitan hidup.
Namun, tipula kekuatan ini tak pernah hancur. Sesekali tembok besar kesabaran ini roboh juga. Kewarasan akan hilang sebentar.
Bilik tengah dirumah ini menjadi saksi. Raungan Kak Ila. Menyalahkan diri, menyalahkan takdir. Menyalahkan suami. Menyalahkan semuanya. Semangat masa tu dah jadi macam debu dibawa angin.
Hilang.
Kenapa hidup aku susah macamni? Kenapa aku tak pernah senang? Apa salah aku? Apa dosa aku? Soalan soalan macam orang takda agama akan keluar masa tengah meraung. Berkali kali suami ketuk pintu.
“Bukalah pintu ni sayang, abang nak masuk.”
Selepas tenang, akak bronis buka pintu dan suami akan masuk bilik bersama Aisyah yang masih baby. Suami mula memujuk. Sabarlah sayang, ini dugaan hidup kita. Janganlah jadi macamni. Abang tak sanggup nak tengok.
Namun pujukan pun takkan mampu menenangkan hati yang tengah hancur. Hancur menahan sabar sekian lama.
Sabar ketika melihat susu anak hanya bertahan untuk malam ini sahaja tapi taktau nak korek duit kat mana untuk beli susu keesokan harinya.
Sabar ketika tuan rumah datang depan pagar rumah minta duit sewa yang dah tertunggak 3 bulan.
Sabar ketika anak yang masih baby demam panas sebab naik kereta yang aircond rosak dan tak mampu baiki.
Sabar ketika kereta habis minyak masa bawa anak pergi klinik ketika masih dalam pantang.
Sabar ketika setiap kali bawa mama abah naik kereta dan terpaksa lari bila jumpa polis sebab setahun pakai kereta tak bayar roadtax.
Sabar ketika melihat mama dan abah kesempitan wang tapi langsung tak mampu nak tolong.
Allah.
Allah.
Allah
Tenung wajah sorang sorang. Wajah suami. Wajah ibu bapa. Wajah anak. Rasa sungguh tak berguna. Rasa sangat sangat gagal dalam hidup. Kenapa aku tak mampu bahagiakan manusia manusia yang paling aku sayang dalam hidup.
Kadang soal pada suami. Maaflah abang kawin dengan isteri yang takda kerja tetap. Kalau abang kahwin dengan perempuan yang bekerja, pasti hidup abang tak susah macam ni.
Suami macam biasa. Tak pernah sikit pun merungut. Tak pernah sikit pun menyesal. Tak pernah terdetik sedikit pun abang menyesal berkahwin dengan sayang.
Lepas puas meraung. Lepas puas menangis. Terus tido dan lupa semua.
Esoknya bangun macam biasa dan sambung berfikir bagaimana mahu jadi usahawan berjaya. Itu saja yang ada dalam kepala setiap masa.
Bila dah waras, doa pada Allah. Ampunkan aku Ya Allah. Aku tak mampu. Aku penat. Tolong aku Ya Allah. Aku redha Allah ujian ini. Pasti Kau mahu ajar aku sesuatu. Tapi Ya Allah, kesabaran aku makin mengecut dan kekuatan aku makin hilang. Tolong aku Ya Allah. Kalau Allah tak tolong kuatkan aku, aku pasti rebah.
Untuk memujuk diri, Kak Ila selalu akan pandang orang yang lebih susah. Akak Bronis akan cakap. Alhamdulilah. At least aku ada rumah untuk berteduh. Rumah batu. Aku siap ada TV LCD.
Aku ada suami dan anak yang baik. Serta kedua dua belah keluarga yang cukup sempurna. Mama abah serta mertua yang sayang kami. Banyak ja Allah bagi ni. Takkan nak mengeluh lagi.
Bila fikir macam ni terus rasa kuat. Rasa relax.
2 tahun selepas itu. Alhamdulilah. Allah tak kejam. Allah tak zalim. Allah uji sekejap saja. Tak sampai 2 tahun pun. Tapi sebagai manusia biasa memang rasa lama. Rasa macam azab sangat. Itu baru 2 tahun saja Allah nak tengok.
Barangkali kerana tak pernah hilang keyakinan pada Allah, dan sentiasa sabar harungi segala ujian yang tak terjangkau, kini Allah kirim pelangi.
Kini akak sedar. Tak mudah menjadi seoang dewasa. Hidup takkan pernah terlepas dari ujian. Kadang hidup terasa tenang seperti laut yang luas. Kadang laut bergelora dan ombak menghempas. Semua ni takkan berhenti. Inilah kehidupan.
Kini kami dah keluar daripada kesusahan. Pengalaman lepas membuat kami lebih menghargai setiap rezeki yang Allah bagi.
Dapat beli susu anak untuk sebulan terus.
Allah, syukurnya rasa!
Dapat beri keselesaan pada anak. Rumah dari ruang tamu sampai ke bilik ada aircond. Tak perlu berpanas lagi sayang.
Dapat bawa mak abah pergi bercuti dengan selesa tanpa perlu lari dari JPJ lagi.
Dapat hantar mak abah pergi Umrah. Hadiah dari Allah yang terlalu bermakna.
Dapat beli barang dapur untuk sebulan tanpa perlu bercatu.
Allah.
Banyak lagi rezeki yang Allah bagi.
Kalau Allah tak uji dulu, mungkin kami takkan pernah harga setiap nikmat yang Allah bagi.
Pada kami, semua sebab ihsan Allah. Allah terlalu baik. Allah tarik sedikit nikmat sebab nak kami belajar. Kini Allah beri rezeki untuk kami lebih bersyukur dan lebih sabar.
Bijak mengatur perjalanan hidupnya dan terbukti ini satu kejayaan Neelofa apabila syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) mengumumkan pelantikan selebriti usahawan terkemuka tanah air dan selayaknya beliau digelar Ikon Wanita Muda Berjaya di Malaysia.
Malah agak menjadi inspirasi buat wanita lain untuk terus berusaha dan maju kehadapan apabila membaca tulisan Nur Liyana Farahin yang mengupas tentang jatuh naik Noor Neelofa Mohd Nor dalam dunia bisnesnya sehingga beribu netizen kongsi statusnya di laman Facebook miliknya…
Berita mengejutkan ramai apabila Neelofa baru sahaja diumumkan menjadi salah seorang board of directors bagi syarikat penerbangan tambang murah gergasi, AirAsia sebagai independent non executive director.
Bermakna beliau tidak perlu bekerja sebagai staff tetapi hanya menerima elaun sahaja.
It’s a win win situation yang mana kita boleh lihat betapa bijaknya Tony Fernandes dan team berfikir bagaimana pengaruh Neelofa boleh memberi impak positif kepada bisnes penerbangan ini.
Kalau jadi duta tak boleh maksimunkan influence, tapi kalau dah jadi shareholder agak agak macam mana?
Bayangkan muka Neelofa mengiklankan AirAsia non stop, lepas tu Neelofa pula selalu promote AirAsia dalam instagramnya. Bila tengok AirAsia je pasti ingat Neelofa.
Yes, influence beliau sangat besar. Bayangkan saja, brand gergasi seperti Swarovski dan Lancome pun sanggup bayar jutaan ringgit untuk menjadikan Neelofa sebagai duta mereka. Kenapa?
Apa saja yang Neelofa pakai, semua orang nak pakai sehinggakan menjadi trend dan dijual pengusaha bisnes.
Andai jam atau gelang Neelofa pakai, pasti akan jadi top selling product sehinggakan ada fake product.
Segala tudung Neelofa gayakan, pasti akan menjadi ikutan.
Itulah seberapa besar influence Neelofa dan jawapan kenapa syarikat international ini sanggup membayar beliau.
Kejayaan demi kejayaan luar biasa yang tercipta salah satunya dengan jualan tudung milik jenama beliau, Naelofar Hijab mencecah jutaan ringgit. Tahun lepas je dah RM200 juta.
Saya tak kisah berapa juta dia mampu buat kerana banyak juga brand tudung lain yang power tapi saya sangat kagum dengan bijaknya Neelofa ambil peluang dan ruang kerana itulah basic nak jadi usahawan berjaya.
Bijaknya Neelofa yang membuatkan saya kagum, beliau memang betul betul ‘berisi’ bukan sekadar menjadi artis cuma untuk mencipta nama.
Bayangkan, setiap drama lakonan atau filem yang Neelofa berlakon pasti beliau manfaatkan untuk tujuan promosi tudungnya, pasti ada limited collection yang akan direlease bersempena watak lakonannya dan pasti akan laku macam goreng pisang panas!
Ini membuktikan Neelofa bukan artis kosong yang hanya kejar ‘fame, famous and instant cheap marketing’ sebaliknya disetiap penglibatan Neelofa dalam bidang lakonan, pasti ada strategi marketing bisnes yang mantap dan padu.
She’s different, she attacks with organized plans.
Everything must be related to the strategies to market the product and branding. Yup, she did a really great job.
She’s brilliant and super genius or else she won’t make it to the FORBES list under 30! Nak masuk FORBES bukan senang tuh. Itu satu pencapaian luar biasa. Muda pula tu.
Malaysia patut ada ramai orang muda berpengaruh seperti Neelofa dan Vivy Yusof. They are top influencers in Malaysia.
Ramai akan kata, alaah. Neelofa dan Vivy Yusof tu anak orang senang, bolehlah berjaya.
Habistu kalau kita ni anak orang senang, ada effort macam dia ke atau bersenang lenang dengan harta mak ayah. Boleh berjaya macam dorang ke? Gitu.
Bukan semua bisnes Neelofa buat berjaya. Ingat tak dulu, bisnes abaya, contact lense, kasut dan skincarenya kurang mendapat sambutan and everything turns upside down dengan jualan tudung beliau.
Itu pointnya, Neelofa pernah juga tak berjaya sebelum bisnesnya menjadi gila gila!
Saya bukan taksub dengan mereka tapi saya yakin ramai lagi anak Malaysia, muslim akan naik seperti mereka. Doakan Fara akan jadi salah seorang usahawan yang berjaya dan FURAIHA menjadi bisnes yang maju. InsyaAllah.
Maybe you’ll never become a ‘Neelofa’, but surely you can be a better you. Get up now because comfort zone kills you on the very first second.
Good job girl, super proud. Told ya this girl is really something. Memang beauty with brain.
I think that this post deserve a share. Thank you.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai yang suka minum Spanish Latte dan order less sugar dengan niat nak kurangkan minum manis. Haaa... jangan ingat minum kopi cara itu selamat walau sudah minta zero sugar.