
Isi Kandungan
ToggleBerintikan keju, donut cheese ini memang rasanya cukup padu. Macam biasa, kelebihan rasa donat memang pada orang yang rajin uli dan pandai buat doh.
Jadi untuk mudahkan kerja mak-mak yang minat makan donut, anda patut cuba resepi yang dikongsikan Puan Hamizah Zakaria ini…
Bahan-bahan:
3 cawan Tepung gandum
Planta 1 sudu besar
Garam sikit
Cheese slice
Cara Buat Donut Cheese:
Yis sepaket ( rendam yis bersama air suam setengah cawan, air suam dan gula 1 sudu, kacau dan tutup bekas) biarkan 20 minit.
Ramas tepong bersama planta dan garam sampai jadi seperti serbuk roti.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air yis hingga menjadi doh hingga tak melekat.
Biarkan dalam bekas Dan tutup selama 30 minit.
Dah Kembang. Tumbuk-tumbuk dengan tangan bagi angin keluar. Dan buat acuan ikot kreativiti masing-masing. Saya buat bulat-bulat jer. Masukkan cheese kat tengah-tengah (lipat jadi 4 segi).

Dah siap boleh goreng (api kena panaskan dulu sebelom goreng)
Tabur lah gula aising. Atau chocollate cair.
Siap!
Nota:
Kalau yis yang baik ia akan berbuih kalau tiada tinda kbalas bermaksud yis dah rosak. Pastikan masukkan gula pada air suam juga.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikut Saranan WHO, Tidak Mahu Kes Meningkat Jika PKP Ditamatkan Awal

Isi Kandungan
ToggleSetelah mengambil kira pandangan semua pihak dan seperti diduga, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April akan datang. Dalam ucapannya Perdana Menteri sempat meluahkan rasa bimbangnya kepada cucunya yang bersekolah.
Beliau merasakan tentu orang lain juga berperasaan sedemikian dan ingin PKP diteruskan demi keselamatan anak-anak. Sekurang-kurangnya bila tempoh PKP yang telah memasuki fasa ketiga dilanjutkan, anak-anak berada di depan mata dan di bawah pengawasan ibu bapa.
Langkah melanjutkan PKP adalah mengikut saranan WHO dan pihak berwajib tidak mahu kes meningkat semula jika PKP ditamatkan lebih awal seperti yang berlaku di negara-negara lain.
PKP Dilanjutkan Ikut Saranan WHO
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April bagi mengawal penularan dan memutuskan rantaian wabak Covid-19.
Pengumuman dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini.
Katanya, lanjutan itu perlu berikutan situasi semasa negara yang masih memerlukan petugas kesihatan memerangi penularan wabak.
“Tindakan ini juga adalah selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan PKP terlalu awal.
“Seperti mana yang berlaku di beberapa negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila PKP ditamatkan,” katanya.
PKP Fasa Ketiga
Malaysia menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan memasuki fasa ketiga selepas berakhirnya fasa kedua pada 14 April.
Muhyiddin berkata, meskipun unjuran dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang PKP hampir sebulan lalu menyaksikan pengurangan kebolehjangkitan Covid-19, situasi itu tidak boleh diambil mudah.
“Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan.

“Malah usaha mencegah wabak mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti punca penularan wabak,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Jika PKP berakhir sekali pun pasti mak, ayah masih mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang dengan keselamatan anak-anak. Oleh itu, ayuhlah kita bersama-sama menjaga kebersihan diri dan patuh dengan arahan PKP untuk tempoh empat belas hari akan datang.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Dah Rezeki, Pengunjung Tak Putus Ke Pasaraya Rosyam Nor, Katanya Harga Barang Lebih Murah

Isi Kandungan
TogglePelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor melangkah setapak lagi dalam dunia perniagaan. Pasaraya ST Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur ini menjadikan beliau satu-satunya pelakon yang ada bisnes pasaraya di negara ini.
Sekitar awal Jun 2018, pasaraya yang beroperasi 24 jam ini sudah dibuka kepada pengunjung. Ramai pengunjung yang seronok berbelanja di sini. Sebabnya bukan saja harga barangannya dikatakan berbaloi dan sesetengah barang lebih murah, jika ada rezeki berjodoh mereka dapat merakam kenangan bersama aktor kesayangan, Datuk Rosyam Nor.
Sebelum pasaraya ini dilancarkan lagi, pengunjung dah beri sambutan yang hebat. “Terima kasih kepada yang datang support. Terima kasih juga tegur teguran untuk perbaiki kelemahan.”
“Apa pun harap semua suka dengan konsep pasaraya 5 stars tapi harga borong dan barangan basah yang segar. Pada sesiapa yang belum singgah, saya menjemput ni. Datang la.” ulasnya di laman instagram miliknya.
Operasi 24 Jam Mudahkan Pengunjung
Ada juga ulasan pengunjung yang berkongsi rasa gembira shopping barang di sini. Katanya, sebab ia dibuka 24 jam jadi memudahkan mereka membeli barang untuk keperluan yang terdesak. Di sini juga terdapat barang makanan basah yang ‘rare’ seperti sotong kurita dan king crab.
Satu lagi yang menarik, pasaraya berkeluasan 13 unit lot kedai ini menawarkan perkhidmatan dan suasana dalam kedai yang selesa kepada pengunjung.
Dalam temu bual Datuk Rosyam bersama Astro Awani beliau memaklumkan nama pasaraya ini diambil bersempena usahasama dengan syarikat Sri Ternak.
Dunia bisnes sudah sinonim dengan aktor hebat ini. Sebelumnya beliau pernah menceburi bidang pertanian menerusi projek tanaman nangka madu J33 dan durian belanda. Malah penerbitan drama di bawah produksinya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd terus beroperasi sehingga ke hari ini.
Kata minat Datuk Rosyam di instagram lagi, “Tak susah pun nak datang ke pasaraya ini, cuma waze ST Rosyam Mart.” Ada juga yang berhasrat nak berkunjung ke pasaraya ini dengan harapan dapatlah nanti berselfie dengan owner iaitu Datuk Rosyam Nor sendiri.
Pelanggan Kongsi Apa Yang Best Di Pasaraya Rosyam Nor

Sumber/Foto : Instagram iamrosyam , mohdnazidsaleh, astro awani,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tolong Ayah, Sakit Ayah”, Budak Lapan Tahun Meninggal Disengat 65 Tebuan

Isi Kandungan
ToggleKalaulah kesakitan yang ditanggung si anak boleh diambil-alih bapanya, sudah tentu bapanya rela daripada mendengar rintihan anak yang tidak mampu menahan kesakitan. Disengat seekor tebuan sekali pun terasa bisanya, apatah lagi 65 ekor.
Pasti kesakitan yang dialami Nur Nazihah Mohd Sabri sudah tidak tertanggung lagi apabila dia kerap merintih sakit. Bapanya sendiri tidak mampu menahan sedih dan terus menangis apabila setiap kali teringatkan rayuan anaknya yang tidak mampu menahan sakit.
Merintih Sakit Buat Bapa Turut Menangis
“Tolong ayah, sakit sangat ayah kakak dah tak tahan ayah, tolonglah ayah,” itu rintihan Nur Nazihah Mohd Sabri yang membuatkan bapanya sering menangis apabila teringatkan rayuannya itu.
Nur Nazirah yang berusia lapan tahun, murid Sekolah Rendah Kebangsaan Ketengah Jaya 2, Dungun disengat tebuan Jumaat lalu ketika bermain di kawasan semak berhampiran rumahnya di FELDA Kerteh 4, kira-kira jam 3 petang.
Adiknya Yang Turut Disengat Stabil
Bagaimanapun, adiknya Muhammad Azib, 6 tahun yang turut disengat tebuan dilaporkan stabil dan kini menerima rawatan di hospital yang sama.
Bapanya, Mohd Sabri Mohd Nor, 41, berkata ketika kejadian dia sedang membaiki dapur rumah ibunya di Bandar Paka manakala isterinya, Rohayu Mat Lazim, 39, tinggal di rumah bersama lima anaknya.
“Saya dimaklumkan kedua-dua anak termasuk seorang kakak mereka berusia 11 tahun serta dua rakan mereka bermain di situ dalam jarak 50 meter dari rumah saya.
“Muhammad Azib yang dalam kesakitan berlari pulang memberitahu ibunya bahawa Nazihah diserang tebuan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Kerteh 4.
Mulanya Masih Sedar & Dikejarkan ke Klinik
Lantas, isterinya berlari mendapatkan anaknya itu sebelum menghubungi dan memberitahu terdapat banyak sengatan di badan Nazihah.
“Saya ingat itu sengatan lebah dan bila isteri memberitahu ada beberapa kepala berwarna hitam dan besar melekat di baju Nazihah, saya tahu itu tebuan dan meminta isteri segera mengejarkan ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.
“Saya bergegas dan sebaik sampai di Klinik Kesihatan, keadaan Nazihah masih sedar dan tidak putus-putus merengek sakit yang amat, “jelasnya.
Tak Sanggup Melihat Kesakitan Yang Ditanggung
Menurutnya, dia sungguh terkejut selepas melihat banyak kesan sengatan di dada, perut dan tangan kanan anaknya itu yang dianggarkan melebihi 50 sengatan.
“Saya sering menangis dan tak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung Nazihah dan saya hanya mampu meminta Nazihah bersemangat kuat menahan kesakitan itu.
“Nazihah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke HSNZ dan sepanjang jumaat dan sabtu Nazihah masih sedar.
“Bagaimanapun, sejak malam tadi, dia semakin lesu dan tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal di depan saya,” katanya.
Mohd Sabri berkata, dia sering menasihati anak-anaknya supaya tidak bermain di kawasan semak di situ kerana sebelum itu dia telah terjumpa satu sarang tebuan.
“Selepas sebulan lebih, saya dapati sudah tiada tebuan di dalam sarang itu dan tidak menyangka tebuan itu membuat sebuah lagi sarang di kawasan anak saya disengat,” katanya.
Tambahnya, anak-anaknya itu tidak pernah bermain jauh dari kawasan rumah kerana dia sering memantau dan menasihati mereka tidak bermain di kawasan berbahaya sepanjang masa.
“Apa boleh buat, saya perlu reda dengan apa yang berlaku, kerana setiap perkara yang berlaku itu sudah ditentukan Allah,” katanya.
Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Kerteh 4&5 kira-kira jam 11 pagi tadi.

Baca Juga Di sini:
Saat Mak Ayah Sakit, Sudilah Sebagai Anak Merangkul; Menjaga Kami
Ada Sebabnya, Biar Anak Sakit JANGAN Mak Yang Sakit!
Bomba Jalankan Kerja Musnahkan Sarang
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Paka, Mohd Rezuan Adnan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, pihaknya telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menjumpai sarang terbabit sebesar sebiji bola sepak.
“Itu tebuan biasa dan bukan tebuan tanah dan pihak kami akan menjalankan kerja memusnahkan sarang terbabit dengan segera,” katanya.
MW: Semoga keluarga adik Nur Nazihah Mohd Sabri tabah menerima ujian ini. Al-Fatihah.
Sumber/ Foto: Berita Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI