Kuih sagu antara kuih tradisional kesukaan ramai orang. Bahan-bahan nak buat kuih ni pun tak banyak. Cuma bila salah cara yang sebenar nak membuatnya, memang tak jadi. Kuih sagu ini akan jadi keras dan berbiji putih. Perlu tahu biji sagu tak boleh dicuci dengan kasar, tak perlu cuci banyak kali dan perlu direndam secukupnya. Malah jika selalu biji sagu yang telah direndam dikacau atau kuali, rupanya hanya perlu dikukus sahaja, barulah jadi.

Mak-mak yang nak buah kuih sagu ini lembut, kenyal dan wangi boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nanie Shaffiee ini sebagai rujukan. Gerenti jadi ikut cara yang dikongsikan.

“Alhamdulillah..sepanjang seminggu lebih mak duduk umah kak nanie. 2 kali mak request nak makan kuih sagu ni..mak kata dulu-dulu dia buat tak pernah jadi. Mesti putih sagu tu tak hilang-hilang walaupun kacau atas dapo sampai lengan sado.”

Jom sesiap nak try buat..ikut gambar step by step ya. Jangan derhaka tau. Guna sudu makan..loyang kak nanie size 9 inci ye. Pandai-pandai la agak-agak. Kot loyang kecik, buat 2 loyang, tak pun buat separuh sukatan jek. Dah tengah kukus boleh la buat keja lain ek. Nak basuh kain ke, nak basuh pinggan ke..jangan pergi tido sudah. Resepi sama pernah niaga dulu-dulu”.

Bahan-Bahan:

1/2 kilo Sagu
12-13 sudu makan gula pasir
Pewarna merah/ sirap ros
Air secukupnya
Kelapa Parut
secubit garam

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

Cara Membuat:

  1. Cuci biji sagu jangan kasar-kasar tau..cuci manja-manja je gitu. Cuci jangan banyak kali, nanti kekurangan kanji/kanji hilang. Lepas tu rendam sagu air agak-agak macam dalam gambar ya. Lebih kurang 1/2 inci atas sagu sementara nak tunggu sagu kembang. Pi panaskan pengukus siap-siap jangan dok termenung pulak.

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

2. Lebih kurang 10 minit sagu akan kembang camni. Dah tak nampak dah air yang kita rendam tadi.

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

IKLAN

3. Masukkan gula lebih kurang 12-13 sudu makan atau sesedap rasa ditekak masing-masing la senang.Rasa la nanti tahap manisnya tu. Kak nanie rasa tak tau banyak mana nak dapat ketepatan manisnya yang tekak kak nanie nak.

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

4. Selepas itu, letak la pewarna..kak nanie suka letak Sirap Ros. wangiiiii..sedapppp. Suka hati ler nak merah banyak mana. Jangan merah makngah sangat udah lerr..kang tak tertelan kang.

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

5. Kak nanie suka guna sirap brand nih.

IKLAN

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

6. Kacau rata-rata. Ini la rupa selepas campur gula dan sirap. Kira dah secukup rasa lah ni.Bila kita kacau, nanti akan nampak airnya. Air pun banyak gitu je. Jangan dibuang airnya tu. Jangan pandai-pandai tambah air gak, kang terlembik kak nanie tak bertanggungjawab.

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

7. Selepas itu, letak dalam loyang. Kak nanie takde tambah air dah ya. Air tu yang awal-awal kak nanie rendam sagu. Tapi tengok keadaan sagunya juga la. Air paras-paras sagu, masih nampak sagunya. Loyang tu kak nanie gris dengan minyak sikit, nipis-nipis je.Tujuan supaya tak melekat..haaa..pastu kukus la lebih kurang 30 – 40 minit gitu. Sampai putih sagu hilang la senang..kang cukup 40 minit tak hilang-hilang putihnya kak nanie lak disalahkannya. Dah tengah kukus boleh la pi sidai kain ke, sapu rumah ke, siram pokok Bunga ke, jangan pegi tido sudah.

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

IKLAN

8. Tadaaaaaa…gini la kejadiannya.Setengah kilo ngam-ngam dengan loyang kak nanie.Loyang korang kak nanie tak tau ya. Pastu tunggu la sejuk dulu baru potong. Jangan panas-panas korang potong.Haaaa..apa lagi..pi cepat-cepat buat satgi boleh ngapppp.

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

9. Dah sejuk bolehlah dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut (kelapa parut tu kak nanie tambah secubit garam, gaul rata-rata dengan sudu dan kukus sekejap seminit dua..jangan lelama. Tujuan untuk kelapa tahan lama dan tak cepat basi) Taraaaa..kuih sagu buatan air tangan kak nanie yang kasar.

Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

Info Ekstra!

  • Cuci sagu tak boleh kasar, nanti sagu hancur. Kemudian tak boleh cuci banyak-banyak kali. Nanti kanji sagu hilang, bila masak kuihnya akan jadi keras.
  • Sagu direndam untuk memudahkan proses memasak supaya biji-biji putih sagu semua hilang bila siap dimasak dalam jangka masa tak lama.
  • Kacau dalam kuali boleh tapi kebarangkalian untuk sagu nampak jernih semua susah. Mesti akan nampak putih tu. Putih-putih tu maksudnya sagu tak dapat kembang habis.

Cuba buat ikut resepi ni ya. In Sha Allah jadi. Alhamdulillah dah ramai sahabat-sahabat yang mencuba dan jadi.

Baca Lagi Disini: Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman

MW: Semoga perkongsian resipi kuih sagu ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut cara dan langkah yang dikongsikan ni, pasti jadi. Kuihnya lembut, kenyal, wangi dan sedap!

Sumber: Nanie Shafiee

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI