Tak dinafikan bahan-bahan yang berkualiti mempengaruhi rasa, kelembapan dan kesedapan kek yang kita buat. Terutamanya jenis dan kualiti butter atau mentega yang digunakan. Seeloknya jika nak jadikan kek bertambah sedap, gunakanlah butter yang ‘mahal’ sikit, mempunyai kandungan  bahan-bahan yang lebih berkualiti.

Jika mak-mak selalu buat cheese cake yang plain(kosong). Boleh cuba tambah filling pula untuk bertambah sedap dan menaikkan seri kek.

Boleh cuba resipi “Kek Butter Cheese Blueberry” yang dikongsikan oleh Puan Ct Noriezan ini.

“Tajuk kek ni “Kek Butter Cheese Blueberry” panjang nau nk nyebutnya. Alhamdulillah… Kejadian yang sangat sempurna..”

Kek Butter Cheese Blueberry, Nak Lebih Sedap Guna Butter Mahal Sikit

IKLAN

Bahan-Bahan:

250g butter anchor (ape-apa brand pon tak kesah) nak sedap pakai la yg mahal sikit
250g cheese tatura
1 1/4 Cawan gula kastor
2 1/4 Cawan tepung naik sendiri
1/3 Cawan susu full cream
3 biji telur A
Esen vanilla (sis pakai butter vanilla.. 1 umah bau wangi)
Filling blueberry secukupnye

Cara Membuat:

1.Panaskan oven 180°c dan gris loyang 9×9 dengan shortening
2.Pukul butter + gula + Esen vanilla sehingga berkrim. Kemudian masukan telur satu persatu dan pukul lagi sampai sebati.
3.Masukan cheese pukul sebati dan masukan susu full krim tadi.Pukul lagi sehingga sebati.
4.Akhir sekali masukan tepung yang telah diayak dan pukul lagi.
5.Masukan adunan tadi 2 atau 3 senduk ke dalam loyang dan ratakan.
6.Kemudian letak blueberry filling menggunakan sudu kecik.(dot dot)
7.Masukan lagi adunan tadi dan ulang sehingga habis.
8.Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam atau sehingga masak.

Kek Butter Cheese Blueberry, Nak Lebih Sedap Guna Butter Mahal Sikit

IKLAN

Selamat Mencuba!

Kek Butter Cheese Blueberry, Nak Lebih Sedap Guna Butter Mahal Sikit

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Set Suhu 180° 25 Minit!
Cheese Cake Gebu 4 Bahan, Senang Buat & Confirm Jadi!

MW: Bagi mak-mak yang suka Cheese Cake, boleh cuba buat nanti di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Penting beli butter yang mahal sikit, lebih berkualiti dan sedap  rasanya.

Sumber: Ct Noriezan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI