Bagi mak-mak peminat popia basah, lebih berbaloi dan puas hati sebenarnya bila buat sendiri. Berbanding kulit popiah goreng yang boleh dibeli dan ada dijual di pasaran, kulit popia basah ni kena buat sendiri. Sebelum diletak inti seperti udang kering, sengkuang dan lobak merah serta dicicah dengan sos pekat.

Buat Kulit Popia Basah Kena Guna Tangan Lenserkan Doh Dalam Kuali

Namun nak buat kulit popia basah tak mudah, kena gunakan tangan dan lenser doh dalam kuali cepat-cepat. Kulit popia yang sempurna haruslah nipis, tak koyak dan tak hangus.

Bagi mak-mak yang nak buat kulit popia basah, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Nornaim Keng ini.

“Lega siap jugak akhirnya. Dari petang tadi bawak ke malam. Semalam 2kg tepung, arini 5kg tepung. Ini untuk jualan dalam group saya. Kulit popia, bukan senang nak buat..rasa dari buat ni baik lenggang kulit crepe. Ini kena guna tangan lenserkan dalam kuali. Kena cepat-cepat buat. Harap-harap sedap la ye untuk group sy nanti..ade ke peminat popia basah? buat sendiri kulitnye baru puas hati kan.”

IKLAN

Resepi saya takde sukatan tau, sebab buat banyak..ni anggaran.

Bahan-Bahan:

1kg tepung gandum
3biji putih telur
Garam sedikit
5-6sudu besar Cuka
Air paip

Cara Membuat:

1.Satukan tepung gandum + putih telur + garam.
2.Air paip + cuka satukan dalam bekas.
3.Tuang perlahan-lahan dalam adunan tepung tadi.
4.Masa tuang air tu gaul ni kena agak-agak tau. Tak boleh lembik.Kena adunan tu agak pekat.
5.Perap 2-3jam untuk dapatkan hasil kekenyalan kulit tu.
6.Gune kuali Non stick dan panaskan kuali.
7.Alihkan kuali ke dapur sebelah untuk lenserkan.(lenserkan doh tak boleh kuali atas api nanti kulit tak jadi)
8. Ambik segenggam doh, lenserkan membulat..ikut suka nak besar mana kulit tu.
9.Api jangan kuat ye. Buat sampai habis.

IKLAN

Buat Kulit Popia Basah Kena Guna Tangan Lenserkan Doh Dalam Kuali

Siap! Selamat Mencuba.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:Penjual Kongsi Tip Popia Sira Sambal Kekal Rangup Cantik Berkilat!

MW: Macam ni rupanya nak buat kulit popia basah. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti lebih puas hati dan terjamin kebersihannya .

Sumber: Siti Nornaim Keng

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI