Air Fryer memang banyak kegunaannya. Buat mak-mak yang ada Air Fryer dekat rumah boleh cuba resipi Burnt Cheese Cake yang sangat sedap ini. Mudah je nak buat, kisar semua bahan masukkan dalam loyang, set suhu 180° selama 25 Minit. Siap!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Rizal KingRiz ini sebagai rujukan;
“Penangan AF memang power. Cheese cake hari tu abang bagi MIL rasa. Mak mertua abang ni dah 30 tahun lebih buat segala macam jenis kuih muih untuk tempahan. Risau juga abang.”
“Semalam MIL datang cakap sedap sangat cheese cake hari tu! Apalagi abang pun dengan pantas terus ke kedai beli lagi bahan. Abang buat dua biji terus.”
Ok bila buat dua biji berturutan abang dapat keputusan macam ni:
1. Kalau blend sambil campur satu demi satu bahan akan beri tekstur kek yang lebih cantik.
2. Loyang non-stick membakar dengan lebih cantik berbanding loyang di alas baking paper.
3. AF yang dah preheat perlu menggunakan suhu yang lebih rendah.
4. Walau macam mana burnt sekalipun kulitnya, isi di dalam kek tetap sedap.
Kesimpulannya walau apa jenis AF pun guna, tetap boleh buat cheese cake yang sedap ni.
1. Blend campuran satu persatu sehingga semua bahan lembut dan sebati.
Ads
2. Sapu butter di dalam loyang untuk elak kek melekat.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang 6”.
4. AF dengan suhu 180° selama 25 minit.
Dah siap masak, biarkan kek sejuk secara semulajadi. Kemudian simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kek yang dah sejuk mudah dipotong dan lebih sedap bila dimakan.
Ads
Pesan abang: Bukan brand AF yang penting tapi kerajinan yang menentukan
Info Ekstra!
Tak perlukan baking paper, terus curah adunan ke loyang. Sapu butter untuk tak bagi melekat.
Kek yang dah masak tarik keluar daripada Air Fryer biar sejuk suhu bilik.
Kerabu maggi Thai, hidangan yang cukup popular dan viral sebelum ini. Rasanya masam manis dan pedas membuatkan sesiapa pasti akan kecur air liur, lagi-lagi kalau dibuat untuk keluarga.
Tak perlu bahan yang banyak dan cara penyediaannya pun sangat mudah. Tak hairanlah, kerabu manggi thai ini pun cukup digemari oleh kanak-kanak juga. Maklumlah ada maggi kan.
Kalau nak makan kerabu maggi thai mesti akan pesan di kedai siam. Dah tentu-tentu rasanya tak ‘lari’. Tapi nak buat kat rumah pun boleh juga sebab bahannya mudah didapati.
Kali ini boleh cuba resipi kerabu maggi thai versi Khairul Aming yang cukup popular ini. Katanya, mengidam nak makan dan buatlah sendiri. Nak buat pun senang sangat.
Kerabu Maggi Thai Versi Khairul Aming
Bahan:
2 paket maggi siam Serda
Sotong, udang bebola ikan dan ‘seafood’ lain.
Limau nipis
Daun ketumbar
Bawang besar
Cili
Sos ikan
Gula kabung/gula
Pes cili thai
Cara Membuatnya:
1. Rebuskan udang, sotong (seafood) dan lauk pilihan lain. Rebuskan sekejap saja dan jangan terlalu lama.
.
2. Kemudian, rebus 2 paket Maggi Siam Serda. (Wajib guna brand Serda ebab jenama lain tak jadi)
.
.
3. Dalam mangkuk lain, tuangkan 1 paket perencah Maggi Siam ke dalam pinggan dan perahkan 1 setengah biji limau nipis.
.
4. Tambahkan dengan 1 sudu sos Ikan
5. Masukkan juga setengah sudu Thai Chili Paste
.
6. Tambah setengah sudu Gula Kabung Thai, boleh juga guna gula biasa. Kacau sebati.
.
7. Kemudian, masukkan sedikit air rebusan seafood tadi dan kacau sebati.
8. Akhir sekali, masukkan maggi yang dah direbus tadi dan tambahkan dengan bawang besar, cili padi dan seafood.
.
9. Siap dan sedia dimakan.
.
Mingguan Wanita : Wahhh, kecur air liur tengok Khairul Aming makan. Rasanya masam manis dan pedas memang betul-betul sedap dan ‘kick’.
Sedapnya makan Sambal Bilis Kering ‘Salted Egg’ ini dengan nasi putih atau bubur panas-panas, memang membuka selera. Malah boleh dijadikan ‘lauk kecemasan’ kalau tak rajin nak masak dekat dapur. Mudah sangat!
Jika beli sambal kering ni memang boleh tahan harganya malah kuantitinya pun agak sedikit. Lebih jimat dan puas hati makan sebenarnya jika buat sendiri di rumah. Malah uniknya bila ada letak serbuk telur masin. Secukup rasa sambal kering ni rasa pedas manis masin. Nak buat jual pun boleh sangat, boleh tambah pendapatan. Yang penting ‘gerenti’ sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zainor Shima Ihsan ini. Anggaran buat untuk sekilo, boleh dapat dalam bekas balang sederhana.Bau wangi, rasa manis masin pedas.
Dah lama tak masak stail ni. Biasa masak sambal basah ikan bilis untuk nasi lemak.Lauk sambal ikan bilis kering ni menjadi favourite saya dan kami sekeluarga. Paling best anak bawak lauk ini balik asrama.
CikMa nak share resepi sambal bilis kering salted egg. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering? Ala-ala macam sambal ikan bilis garing Che Nor. Jom kita kongsi resepi sambal ini. Makan dgn nasi panas atau bubur nasi bersama telur goreng sarang pun sodap. Sesuai untuk bekalan tambahan bila nak travel jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau tak rajin nak masak lauk-lauk yang lain. Wow..ummphh cer gini.
Resepi sambal bilis garing/kering salted egg.
Bahan-Bahan:
500 gram cili kering kerinting pedas@ cili kering besar tak pedas. Nak mix cili pun ok je. Terpulang mana yang suka pedas.
500 gram ikan bilis kopek
Bawang goreng segera.
Gula halus/gula pasir ( dikisar) agak-agak dalam 1-2 senduk.
Garam bukit. ( pilihan)
Serbuk cheese. ( pilihan)
2 ketul kuib ayam- brand maggie.
Serbuk secukup rasa- brand maggie.
Serbuk salted egg-brand bestari.
Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam.
Cara Membuat:
1. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Gunting kecil-kecil. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.Cili kering bau hangit nanti tak sedap sambal tu.
Kemudian guna hand blander atau blender kering rempah. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus.
2. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
Dah siap dikisar ikan bilis goreng guna hand blender.
Bahan-bahan cili kering /ikan bilis kasar/halus yang sudah siap kisar.
3. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
4. Masuk kan cili kering blender, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak).Masa gaul sebati guna api kecil je. Sentiasa gaul dalam 5 minit gitu. Pastu tutup api. Biarkan sejuk.
Bahan-bahan sebelum digaul. Yang putih tu gula pasir yang sudah dikisar. Lagi bagus guna gula halus.
5. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejuk kan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
6. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg.
7. Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan.
Saya buat untuk sekilo, dapat dalam bekas balang sederhana.Bau wangi tau.. rasa manis masin pedas.
Info Ekstra!
Jangan guna gula sepaket atau cili kering sikit sangat. Karang manis meleting pulak sambal ikan bilis ni. Agak-agak ikut sesedap rasa tekak masing-masing nak masin manis pedas.
Saya guna cili kering yg jenis BESAR dan TAK PEDAS. Anak-anak dan suami x tahan pedas huhuhu..
Mingguan Wanita: Sedapnya Sambal Garing ni makan dengan bubur atau nasi panas. Bukan apa menu sambal simple macam ni, boleh boleh buat makan bertambah-tambah.
Resipi agar-agar milo, bukan setakat anak-anak saja suka makan, orang tua pun sama. Tak perlu hiasan lain pun, milo saja pun dah cukup sedap. Makan sejuk-sejuk.
Tapi tak semua ‘terror’ nak buat resipi agar-agar milo ini. Salah cara boleh terlembik atau kurang air pun boleh terkeras pula. Nampak simple tapi kena tahu asasnya.
Kali ini Ina Anizaina kongsi resipi agar-agar milo paling simple dan mudah untuk mak-mak buat pada anak-anak.
Pakat mai masak agar-agar milo yang teramat simple ini. Anak-anak memag suka makan, cuma mak-mak saja rajin atau malas untuk membuatnya.
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali (25g)
4 cawan besar air
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 cawan milo + 1 cawan air panas (larutkan bahan ni)
Secubit garam halus
Caranya:
1. Basuh agar-agar tali buat seketika. Tos.
2. Kemudian, masukkan semua bahan bahan.
3. Biarkan ia mendidih.
4. Boleh masukkan susu atau gula ikut rasa yang diinginkan.
5. Biarkan ia mendidih seketika.
6. Masukkan ke dalam bekas.
7. Apabila agar-agar sedikit suam, barulah masukkan ke dalam peti ais.
.
Agar-agar ini, banyak jenis. Kalau sukatan air tak tepat, sukar untuk dapatkan agar-agar yang sempurna. Kalau agar-agar kita tepat sangat, terlembik atau terkeas, untuk buat lain kali dah boleh adjust sukatan air nanti.
Mingguan Wanita : Anak-anak memenag sukalah kalau perasa milo atau coklat, sekejap saja dah boleh habis ni. Selamat mencuba.
Setahun suami keluar khuruj, isteri kongsi rasa seperti bercinta semula tapi versi halal. Bila kita meletakkan keyakinan tinggi kepada Allah, kita akan sentiasa yakini...