Rupanya lobak merah pun boleh dijadikan snek yang sedap dan sihat. Bagi anak-anak yang suka makan snek tapi payah nak makan sayur, mak-mak boleh cuba buat ‘Carrot Chips’ ini di rumah.Bakar garing dalam oven, atau guna air fryer pun boleh. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah.

Boleh cuba resipi Carrot Chips yang sihat dan senang nak buat ni daripada Puan Noraliza Alwi sebagai panduan;

“Ok. Hari ni saja nak share idea untuk mak/mak yang pening bila anak asyik nak snek..nak snek. Resepi mudah buat carrot chip sihat untuk anak. Guna Air fryer pun boleh, 3 bahan saja.”

“Resepi Carrot Chips Mudah”

Bahan-Bahan:

Lobak Merah – ikut suka banyak mana
Minyak Zaitun
Garam sedikit sahaja

*Mesti ada peeler ya dirumah nak senang kerja.

‘Carrot Chips’ 3 Bahan, Bakar Garing Guna Air Fryer Pun Boleh!

IKLAN

Cara Membuat:

1. Basuh bersih carrot.
2. Bolehlah ‘peel’ carrot dengan agak tebal.
3. Cuba elakkan dari terputus-putus.
4. Dah siap peel, gaul sama garam dan renjis sikit dengan olive oil.

‘Carrot Chips’ 3 Bahan, Bakar Garing Guna Air Fryer Pun Boleh!

Bakar pada suhu tinggi 250C selama 20 minit.
Siap bakar garing boleh kunyah-kunyah macam potato chip.

IKLAN

Owh ya chip ini pun baby friendly sebagai finger food mereka.

‘Carrot Chips’ 3 Bahan, Bakar Garing Guna Air Fryer Pun Boleh!

IKLAN

Selamat mencuba!

Baca Lagi Disini:
Kerepek Labu Rangup Lemak Manis, Kena Jemur Sekejap Baru Goreng!
Kentang Goreng Rangup, Kudap-kudap Buat Anak Yang Jenis Suka Makan Kerepek

MW: Mudahnya nak buat carrot chip ni guna 3 bahan je. Sesuai untuk anak-anak yang payah makan sayur, mak-mak boleh cuba buat snek sedap ni.

Sumber: Noraliza Alwi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI