Siapa yang suka tengok mukbang? Video yang memaparkan tentang orang-orang yang suka makan dan sekaligus membuatkan kita pun terliur bila melihat mereka makan. Rasa sedap saja.

Biasanya video mukbang ini cukup popular dan orang selalu membuat video makan-makan ini adalah di kalangan orang Korea, Thailand dan Jepun. Sampaikan kita pun fikir, makanan apa yang mereka makan ini.

Malah, makanan yang biasa kita tengok, sushi, salmon mentah, siput, udang yang digandingkan dengan sayuran atau makanan tradisional mereka, kimchi. Manakala bagi orang thailand, mereka gemar makana udang mentah, ulam-ulaman, mihun dan sebagainya.

Salah satu yang menjadi tarikan, selain ulaman dan kimchi, tteokbokki juga dijadikan salah satu hidangan yang cukup popular di Korea.

Tteokbokki ini diperbuat daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. Sesetengah orang ada yang panggil tteokbokki sebagai teokbokki, ddeokbokki, topokki dan dukboki.

Rupa-rupanya, kita pun boleh buat tteokbokki ini di rumah. Bila ras terliur dan ingin rasa macam mana keenakkan tteokbokki ini, bolehlah cuba di rumah. Bahan yang digunakan pun senang diperolehi. Seperti apa yang dikongsikan oleh Wawa Ariffin ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Karipap Sedap, Rangup! Cuba Ikut Resipi Buat Inti Kulitnya Ini!

Resipi Bancuhan Goreng Pisang Sedap, Serdak Halus Rangup Krup Krap!

Info Lebih Menarik DI SINI

Masukkan Lauk Tambahan

“Suami saya tak nak makan nasi malam-malam. Jadi, saya buatkan tteokbokki. Resipi paling senang dan bahan-bahan pun memang dah ada kat rumah. Letakkan fishball, fishcake dan telur lagi sedap.

IKLAN

“Sosnya pedas tak? Jawapannya pedas tapi pedas yang manis dan rasa nak makan dan nak makan lagi . So, sos cili tak perlu letak banyak sebab korean sos tu sudah pedas, brown sugar nak letak terpulang sebab saya suka manis.Rice cake ni tak rasa apa-apa sebab itu perasanya pada sos itu.

Bahan & Cara Membuat:
1 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air
Garam dan air.

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiBancuh semua sekali dalam bekas.

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiUli sampai jadi doh.

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiGelek dan uli tebal. Potong ikut kesesuaian.

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiLepas potong tadi gelek kecil-kecil dan potong ikut saiz yang nak.

IKLAN

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiSementara itu panaskan air dalam periuk, apabila mendidih, masukkan semua yang dah dipotong tadi dalam periuk. Bila dah terapung tu maknanya dah masak. Angkat dan toskan.

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiJadi gini kejadiannya !

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti Nasi

Ini bahan sosnya.

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiTumis bawang dulu

IKLAN

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiMasukkan semua sos tadi

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiAir rebusan tadi jangan di buang, masukkan sedikit dan bahan tadi.

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiLetak gula

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiLetak minyak bijan

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiMasukkan tteokbokki tadi.

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiEasy peasy lemon squeeze.

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti NasiSiap.

Tteokbokki, Resipi Paling Senang Dan Mudah. Hidangan Ala Mukbang Pengganti Nasi
MW: Sesiapa yang tak nak makan nasi, bolehlah gantikan dengan tteokbokki ini.

Sumber: Wawa Ariffin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI