Kuih Tepung Gomok Inti Kelapa, Makan Sekali, Nak Lagi! Cubalah Buat

Kuih tepung gomok atau kuih gomok abu adalah kuih tradisi resipi orang lama dari Terengganu. Buatnya tak susah. Macam buat kuih buah melaka sahaja.

Boleh Cuba Resipi Kuih Tepung Gomok Atau Kuih Gomok Abu Yang Dikongsi Oleh Mariatul Khibtiyah Di Dalam Grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM).

Resipi Kuih Tepung Gomok Atau Kuih Gomok Abu

Makan sekali nak lagi. Tak cukup 2 – 3 biji. Sekali makan tak reti nak stop. Siapa suka buat kuih gomok abu atau kuih tepung gomok inti kelapa bersalut tepung beras sangai?

Atas permintaan, saya share resipi cara ibu saya buat ye. Doakan ibu bapa saya sentiasa sihat selalu.

Kuih Tepung Gomok Inti Kelapa, Makan Sekali, Nak Lagi! Cubalah Buat

Bahan Inti

1 biji Kelapa parut muda
Gula melaka @ nis’san- ikut kemanisan
Gula – kalau kurang manis, tak boleh nak gentel
2 sudu tepung beras pulut @ gandum

IKLAN
Cara Buat Inti

Semua bahan-bahan ini dicampur dan dikacau di dalam kuali sehingga kering dan boleh digentel. Bila sejuk, gentel sebesar ibu jari.

Artikel Berkaitan:
Ikut Resipi Ini, Buah Melaka Tak Basi, Tahan Sampai Pagi Esok!

Bahan Untuk Bahagian Luar / Doh

1 bungkus tepung pulut.
Air pandan
Air kapur sedikit
2 cawan tepung beras – disangai

IKLAN
Cara Buat

Kuih Tepung Gomok Inti Kelapa, Makan Sekali, Nak Lagi! Cubalah Buat

Uli doh macam nak buat ondeh-ondeh atau buah melaka itu. Setelah siap, masukkan tepung inti ke dalam doh. Sama macam nak buat buah melaka. Jangan tebal sangat. Selepas siap, bolehlah rebus dengan cara sama buat buah melaka itu.

Kuih Tepung Gomok Inti Kelapa, Makan Sekali, Nak Lagi! Cubalah Buat

IKLAN

Siap direbus, boleh angkat. Tos sekejap. Tak perlu tunggu kering. Terus golekkan dalam tepung beras yang telah disangai itu.

Nota: Untuk bahagian luar, biasanya orang lain guna tepung kacang. Tetapi saya guna tepung beras yang disangai dulu. Rasanya tak sama ye. Nampak remeh, tapi bila makan, awaklah Juara! Sebab itu orang panggil kuih gomok abu, bila makan putih seput la kat mulut!

Selamat Mencuba !

Sumber: Mariatul Khibtiyah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI