Kuih karipap disukai ramai. Karipap itu sedap jika mempunyai inti kentang yang banyak serta kulit yang tidak terlalu tebal dan apabila digoreng, rasanya rangup apabila dimakan.
Setiap orang ada resipi dan cara membuat kuih ini. Jika kalian hendak membuat karipap yang boleh disejuk beku atau frozen, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh wanita ini.
Boleh Cuba Resipi Dan Cara Buat Karipap Perkongsian Intan Iman Di Dalam Grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM).
RESIPI INTI DAN KULIT KARIPAP
“Assalamualaikum semua. Hari ni saya share cara saya buat karipap dari inti hingga ke kulit karipap ye. Silakan semua share. Ilmu milik Allah”
BAHAN-BAHAN INTI KARIPAP
2 kg kentang (Kupas, Hiris dan rebus dengan garam)
Segenggam Bilis (kisar)
10 biji cili (kisar)
3 sudu kerisik (kisar) – optional
5 biji bawang putih (kisar)
2 biji bawang merah (hiris)
1 senduk rata serbuk kari
2 tangkai daun kari (optional)
Daun sup (hiris)
CARA BUAT INTI KARIPAP
1- Kupas kentang, hiris dan cuci bersih sebelum direbus. Anggaran kentang 2.5kg hingga 3kg.Rebus bersama garam sehingga empuk dan toskan.
2-Tumis semua bahan-bahan kisar termasuklah bawang merah dan serbuk kari. Masukkan juga daun kari, garam, gula dan perasa.
Ads
3-Setelah bahan tumisan wangi dan kari sudah masak masukkan kentang yang siap direbus tadi. Gaul sebati. Tambah air jika perlu. Setelah siap, anggaran inti setelah masak seberat 3kg.
1kg tepung gandum
1 biji telur
4 sudu susu pekat
1 sudu kecil Garam
100g minyak masak
100g margerin
400g air /secukupnya
CARA BUAT KARIPAP
1-Campur semua bahan kecuali air. Gaul sebati.
Ads
2-Tambahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan tidak lekat di tangan. Uli sehingga sebati. Anggaran doh setelah siap diuli seberat 2kg.
3- Bulatkan kecil-kecil dan dapat lebih kurang 80 biji.
4- Leperkan sedikit dan gelek doh tadi. Gelek kulit jangan tebal untuk dapatkan kulit karipap yang rangup dan masak sekata. Kelim karipap ikut saiz yang kita nak.
Ads
6- Untuk yang belum mahir boleh tekan saja keliling guna garfu. Boleh sapukan air sebelum tekan doh guna garfu. Tekan kuat untuk elak terbuka.
7-Karipap sudah siap.
8- Siap goreng separuh masak untuk frozen atau sejuk beku.
9- Hasil siap goreng sepenuhnya. Karipap sedap dimakan panas panas.
Punyalah sedap dan senang nak buat Roti Goreng Cadbury Meleleh ni patutlah viral. Resipi mudah ini perkongsian daripada Puan Sitjua Jua di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) yang mencecah hampir 44,000 ‘shares’ hanya dalam masa 3 hari. Cara nak buat pun cukup mudah hanya guna 3 bahan. Apa yang pasti ia sangat sedap, garing diluar dan coklat cair meleleh didalam. Ia sangat sesuai dibuat waktu minum petang mahupun sarapan pagi untuk keluarga.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Roti goreng cadbury meleleh.Sesuai untuk minum petang dikala poket tebal. Kepada yang berdiet sila hindarkan dari resepi ini.Selamat mencuba”
Bahan-Bahan:
Coklat Cadbury
Roti Potong
Cawan plastik (Untuk tekap)
Minyak
Cara Membuat:
1. Sediakan sebungkus roti dan sepapan coklat cadbury.Saya guna hazelnut.
2. Potong cadbury macam ni, letakkan di tengah-tengah roti.
3. Ambil 1 lagi roti ditindih di atas coklat tadi, kemudian ambil cawan sila tekapkan! Pastikan ditekap kuat sehingga 2 keping roti tersebut bercantum ya.
4. Haaaa sampai jadi comel macam tu.
5. Buat sampai habis ya! Beratur semua utk terjun ke dalam kuali .
6. Pastikan minyak panas ya.. kalau tak nanti roti serap minyak, tak perlu goreng terlalu lama.
7. Haaaa cukup sekadar begini.
Cair Meleleh
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
MW: Buat mak-mak peminat coklat boleh cuba resipi mudah dan sedap ni. Anak-anak pun gerenti suka. Bolehlah bawa bekal ke sekolah atau untuk hidangan minum petang buat keluarga.
Biskut Sarang Semut antara biskut lama orang dulu-dulu. Rasanya berlemak, lembut berderai memang menjadi pilihan ramai sewaktu hari raya. Namun ada cara mudah untuk pastikan tangan kita tak sakit sewaktu menekan doh. Boleh guna penapis teh sahaja.
Tip ini yang dikongsikan oleh Puan Nur Aifa Nuryang merupakan pembuat Biskut Sarang Semut sendiri, dalam menghasilkan biskut yang dibuat niaga.
Benda boleh buat sendiri, kenapa nak kena beli?
Biskut Sarang Semut Tanpa Telur
Bahan A:
60g mentega
40g gula aising
1tsp esktrak vanila
Bahan B (satukan dan ayak)
60g tepung gandum
40g tepung kastard
1 tsp baking powder
1.Satukan Bahan A dan kacau dengan senduk kayu cuma bagi sebati je.
2.Tambah Bahan B dan gaul sampai jadi doh.
3.Tak perlu keraskan dalam peti sejuk untuk parut, terus tekan pada penapis teh, tak sakit tangan.
Penapis macam dalam gambo ni saya DIY sendiri. Guna kain net dan ring penegang kain (tool nak jahit sulam).
4.Lepas habis tekan semua baru ceduk masuk dalam papercup.
5.Masukkan penuh-penuh sebab lepas bakar dia akan turun.Tapi jangan risau bila masak masih nampak tekstur berderai-derainya.
6.Tabur coklat rice atau edible manik warna warni.
7.Bakar ikut oven masing-masing.
Info Ekstra!
Kain net dan ring ni boleh beli kedai bunga/kedai jahit. Kain net ni biasa orang buat balut telur rebus bunga telur. Semeter RM2,3 je. Ring ni ikut saiz, saiz kecik RM3,4 yang besar dalam RM7. Boleh je besar ke kecik, ikut selesa.
Nak sedap pakai mentega pure (Anchor, scs, golden churn, etc) dan pakai vanilla ekstrak bukan esen vanilla. Nak lagi menarik tambah pewarna kuning telur sikit masa kacau bahan A.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat Biskut Sarang Semut tanpa telur yang mudah. Tak perlu parut doh, hanya perlu tekan pada penapis teh sahaja, tak sakit tangan.
Sedapnya makan Nasi Dagang Terengganu.Biasanya orang kawasan Pantai Timur, Nasi Dagang ni antara menu wajib hidangan pada pagi raya. Jadi jika nak kelainan Hari Raya nanti, selain menu raya seperti ketupat, lemang dan rendang boleh juga mak-mak masak Nasi Dagang Terengganu ni. Nasi beras pulut beraroma dimakan bersama gulai Ikan Aya atau dikenali Ikan Tongkol disamping Acar Timun.
Perkongsian resipi daripada Puan Ina Zuerina ini boleh dijadikan panduan. Mudah je!
“Na na na Nasi Dagang kite request dari En hubby….hubby cakap sdp…macam makan kt kedai.”
Resepi Nasi Dagang Terengganu
Bahan-Bahan (Nasi):
4 cawan beras
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
2 inci halia
Cara Membuat:
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap.
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-haluas. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.(Nak tahan lama kukus lagi sekejap)
7. Boleh dihidangkan.
Bahan-Bahan (Gulai Ikan Aya) :
Rebus Ikan bersama beberapa asam keping,cuka dan juga garam.
Jangan buang air rebusan.
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram…saya pakai babas je sebab takde
1 liter santan
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka
10 biji cili padi
sedikit garam
Cara Membuat:
#saya buat tumis dulu bahan-bahannya.
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kerisik, asam keping dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang direbus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.