Ayam goreng boleh dikatakan menu paling mudah disediakan dan menjadi kegemaran anak-anak. Makan dengan nasi lemak, nasi goreng atau nasi putih sahaja pun dah cukup. Jika selalu kita goreng ayam dengan garam dan kunyit sahaja, boleh cuba resipi ayam goreng yang dikongsikan oleh Puan Nor Hairiyah Hassim ini. Lebih menarik dan sedap dengan perapan bawang putih, halia dan serbuk kari yang digunakan.
Berikut perkongsian resipi tersebut.
Resepi Ayam Goreng Favorite Anak-anak
Anggaran 1 ekor ayam:
Bahan-Bahan:
Bawang putih dan halia seperti dalam gambar
1 biji telor
1 sudu besar serbuk kari
5 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air sejuk
sedikit pewarna merah/oren (saya suka oren)
garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan-bahan, adunan tidak terlalu pekat/cair.
2. Kalau cair tambah je tepung jagung.
3. Perapkan ayam bersama dedaunan kari.
4. Sedia untuk digoreng sehingga keperangan.
Buat sendiri je la Susu Pisang.Yang pastinya lebih sedap, berkhasiat guna pisang sebenar.Minum segelas pun, dah kenyang sangat.Tak payah nak pergi Korea cari susu pisang yang famous kat sana tu. Nak beli pun mahal! padahal boleh je buat sendiri. Senang dan lebih jimat!
Yang bestnya minum masa breakfast, boleh kenyangnya sampai ke petang.Paling penting, fuh serius sedap, tak rasa muak langsung!Ikut resipi ini.
Bahan-Bahan:
2 biji pisang (saiz besar)
*2 sudu besar gula perang/ madu (*guna gula perang sebab madu kebetulan dah habis) Tak letak pun boleh.
2 gelas Susu segar
Badam rangup (nak senang beli je dah siap kemudian cincang)
*Esen pisang (optional) sebab memang dah ada kat rumah ni..sayang tak guna. Kalau tak letak pun boleh.
Cara Membuat:
1. Cincang badam rangup dan masukkan dalam blender.
2. Masukkan susu segar dan semua bahan-bahan lain, kisar sampai halus.
Siap! Sedia untuk diminum.
Info Ekstra!
Badam tak hancur sangat pun takpa. Ikut citarasa. Badam tu yang buat susu rasa lebih berlemak.
Lagi sedap simpan peti sejuk kejap, minum sejuk-sejuk.
‘Ulunthu Vaday’ merupakan snek tradisi dari Selatan India. Ia dibuat dari urad dhal iaitu kacang Dal Putih. Snek ini rasanya cukup sedap berlemak dan ia garing diluar namun lembut gebu di dalam.Selalunya disediakan pada majlis dan perayaan penting bagi kaum India. Boleh makan macam tu sahaja atau bersama pelbagai jenis Chutney.
Adunan ‘Ulunthu Vaday’ agak lembik tapi bukan cair atau terlalu berair. Memang agak sukar untuk membentuk adunan jika menggunakan tangan. Namun ada tip untuk buat ‘Ulunthu Vaday’ tanpa melekat-lekat di tangan, tak comot malah elok donut.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Umi Mimi Yusry ini.
Alhamdulillah..sekali cuba menjadi. Dah cuba try test.Ada bakat tak??
Tak perlu comot-comotkan tangan dan bentukkan donat.
1 biji bawang besar dipotong dadu
4 tangkai daun kari
3 tangkai daun ketumbar dihiris sedang halus
3-4 tangkai cili padi hiris halus
1 sudu lada hitam bulat,tak perlu dipecahkan
2 sudu tepung beras
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Kisar halus kacang Ulthu yang telah direndam tadi. Letak 4-5 sudu besar air sahaja, tak boleh lebih nanti lembik.
2.Satukan semua bahan-bahan dan kacau dalam 5 minit.
3.Kemudian masukkan pula dalam ‘piping beg’ untuk membentuk donut.
4. Mula-mula, celup penapis besi dengan minyak biasa. Jangan minyak panas, kalau tak nanti tepung melekat. Kemudian, barulah buat bentuk gegelang atau donut pada penapis tersebut.
5.Setelah itu, masukkan ke dalam kuali dengan minyak panas dan goreng seperti biasa sehingga kekuningan.
6. Inilah hasilnya.
Selamat mencuba.
Sila kongsi untuk manfaat bersama.
Info Ekstra!
Saya guna setengah pek kacang Ulthu, boleh dapat -+35-40 biji.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika nak buat kuih ‘Ulthu Vadey’ sendiri di rumah,tanpaa perlu comotkan tangan dan elok cantik macam donat boleh ikut tip yang dikongsikan ini.
Bunga kantan ini penyedap dalam masakan. Menambah aroma dan rasa sedap pada lauk pauk yang dihasilkan. Bunga kantan yang dah kembang, banyak kelopak.. sedap ditumis kering jadikan sambal bunga kantan.
Lagi nikmat, bila dimakan dengan nasi panas. Puan Azlin Aziz, berkongsi cara hasilkan sambal dengan kelopak bunga kantan.
Resepi Sambal Bunga Kantan, Guna Kelopaknya
Ambil bunga kantan yang dah kembang tu.
Buang bahagian hitam, rosak atau mana-mana bahagian yang tak elok.
Kopek satu persatu kelopak bunga kantan tu.
Akan jadi macam ini.
Rendam dalam air. Basuh dan toskan.
Bahan-bahan ini akan di kisar halus.
Tumis bahan-bahan kisar sampai garing dan naik bau.
Masukkan bunga kantan.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masak sehingga sambal jadi hampir kering.
Siap!
Makan dengan nasi panas-panas.. lagi enak!
Manfaat Pokok Bunga Kantan
Kredit foto : impiana.my
Pokok bunga kantan ini dikatakan boleh menghilangkan bau badan terutama untuk wanita yang baru bersalin.
Caranya; ambil beberapa bahagian batang pokok kantar segar. Potong pendek-pendek, tumbuk sampai lumat. Rebus bahan tadi sampai mendidih. Bila dah sejuk, rendam dalam air mandian.
Biji Pokok Kantan
Hilangkan rasa kurang bermaya.
Caranya; tumbuk biji pokok kantan sampai lumat. Toskan untuk dapatkan airnya saja. Campurkan dalam segelas air suam. Minum waktu pagi. Amalkan untuk keberkesanan.
Bunga Kantan
Berkesan untuk awet muda pada wajah.
Caranya; bunga kantan jadikan ulam-ulaman. Boleh makan begitu saja (selepas dibersihkan) atau direbus.
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...