Pekasam Daging Homemade Guna 3 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng

Bagi penggemar daging dan banyak stok daging bolehlah mencuba untuk membuat pekasam daging. Pekasam daging ini sedap dimakan dengan nasi panas. Tak kiralah waktu tengah hari walaupun malam, lauk kampung ini pasti akan membuka selera penggemarnya.

Perkongsian dari pemilik akaun Facebook MissAishah Omar boleh dijadikan panduan.

Menurut MissAishah Omar atau nama sebenarnya Aishah Omar, cara-cara membuat pekasam daging ini adalah hasil air tangan ibunya Baayah binti Yunus.

Berikut Adalah Bahan-Bahan Dan Langkah Demi Langkah Cara Membuat Pekasam Daging.

Bahan-bahan

Daging – ambil bahagian isi sahaja

Garam kasar – agak-agak, jangan banyak jangan sikit (kalau pek RM1 itu pun tak habis guna suku plastik)

Beras

Sedikit air

Artikel berkaitan:

Tak Sangka Rupanya Mak-Mak Boleh Juga Buat Pekasam Guna Ikan Laut
Cara Mudah Rebus Telur Kupas Kulit Isi Tak Lekat Cantik Kejadiannya

IKLAN
Cara Buat

Pekasam Daging Homemade Guna 4 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng

1-Daging dipotong kecil. Basuh dan toskan. Masukkan lapisan garam dulu. Lepas itu susun daging yang sudah dicuci. Kemudian masukkan garam. Buat lapisan demi lapisan, garam-daging-garam. Setelah siap lapisan garam dan daging itu, akhir sekali tabur garam di bahagian atas. Peram daging selama 3 hari.

Pekasam Daging Homemade Guna 4 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng

2-Sementara itu, boleh buat proses sangai beras. Cuci beras dan toskan. Sangai beras sampai perang.

Tip: Bagi memastikan bau pekasam sedap apabila mahu digoreng, pastikan semasa beras disangai hendaklah beras itu kena betul-betul berwarna perang. Kalau warna beras itu tidak perang ia akan mengeluarkan bau tak berapa sedap.

IKLAN

Pekasam Daging Homemade Guna 4 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng

3-Tunggu sejuk baru blend beras sehingga halus. Taburkan sedikit garam dalam beras hancur ini.

Pekasam Daging Homemade Guna 4 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng

4-Setelah 3 hari, cuci daging tadi untuk buang air garam dan toskan. Dan bolehlah gaul dengan serbuk beras.

Pekasam Daging Homemade Guna 4 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng

IKLAN

5-Cara buat pun sama. Selang-seli dengan serbuk beras-garam-daging (part ini mak saya masukkan serbuk banyak bagi menyaluti daging. Renjis air sedikit bagi lembab dan bagi proses masam. Jangan banyak pulak. Kemudian peram selama 7 hari.)

Pekasam Daging Homemade Guna 4 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng

6-Boleh simpan dalam bekas. Tutup bekas dan balut dengan kain batik untuk elakkan lalat masuk.

Pekasam Daging Homemade Guna 4 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng

7-Setelah 7 hari diperam barulah boleh dikeluarkan dan digoreng.

Tip: Untuk mereka yang mahu simpan pekasam di dalam peti ais bolehlah meletakkannya di dalam bekas plastik. Kemudian bungkuskan dengan plastik pembungkus.

Pekasam Daging Homemade Guna 4 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng

Sumber/Foto: MissAishah Omar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI