Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat, Rasanya Macam Makan Lauk Kenduri!

Lagi pekat dan likat lagi sedap. Siapa suka makan daging masak hitam bolehlah cuba resipi ini. Makan dengan nasi panas pun sedap.

Boleh cuba resipi dan cara buat Daging Masak Hitam perkongsian Mala Mansor ini.

Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat

“Semalam masak daging hitam, makan dengan nasi panas-panas. Macam rasa pegi kenduri pulak haha. Masak daging hitam ni banyak version kan. Jadi ni version mala, memang senang.
“Korang boleh lah cuba di rumah. Resepi mudah dan sedap memang ramai yang suka. Jom #SHARE mana tahu dapat bantu ibu-ibu yang tengah cari resepi nak masak daging tengahari ni.”
Selamat mencuba!

Bahan diperlukan :

Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat, Rasanya Macam Makan Lauk Kenduri!

Daging 1/2 kg (dipotong nipis)
Bawang merah 3 ulas (dihiris)
Rempah 4 sekawan
Bawang putih 2 ulas (dihiris)
Kicap pekat setengah cawan
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang holand dihiris bulat

IKLAN
Bahan Kisar :

Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat, Rasanya Macam Makan Lauk Kenduri!

Bawang holand 1 biji
Halia 2 inci
Bawang putih 4 ulas
Cili kering 1 sudu
Jintan manis 1 sudu kecil
Ketumbar 1 sudu kecil – optional
Jintan putih 1 sudu kecil

Artikel berkaitan:
Kerepek Bawang Putih Rangup, Nak Senang Buat, Hiris Nipis Guna Slicer
Buat Sendiri Santan Segar, Dijamin Bersih & Tahan Lama Disejuk Beku!
Ikut Resipi Ini, Buah Melaka Tak Basi, Tahan Sampai Pagi Esok!

IKLAN

Cara memasak :

Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat, Rasanya Macam Makan Lauk Kenduri!

1. Masak / rebus daging sehinggal lembut. Ketepikan.

Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat, Rasanya Macam Makan Lauk Kenduri!
2. Tumis bawang rempah 4 sekawan dan bawang putih dan merah sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga garing atau terbit minyak.

IKLAN

Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat, Rasanya Macam Makan Lauk Kenduri!
4. Masukkan daging dan air rebusan daging. Tunggu hingga mendidih.

Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat, Rasanya Macam Makan Lauk Kenduri!
5. Masukkan kicap pekat, air asam jawa, garam, gula, dan secukup rasa. Bila kuah dah agak kering, masukkan hirisan bawang holand dan tutup api.

Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat, Rasanya Macam Makan Lauk Kenduri!
6. Siap untuk dihidang. ITS DONE!

Sumber: Mala Mansor

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI