Menarik sungguh bubur sagu ni, penuh ceria dan warna warni. Diletakkan pula dengan inti ubi keladi. Secukup rasa, manis, lembut dan kenyal bubur ini.Memang sedap dan nak buat pun mudah dan tak renyah. Malah tak gunakan banyak bahan pun. Sesuai sangat dinikmati untuk minum petang.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
“Saya share resepi Bubur Sagu bagi sahabat-sahabat cuba ya, sedap”
Bahan-Bahan:
500g Sagu
Ubi Keladi atau ubi-ubi lain ikut suka
Cara Membuat:
1. Cuci bersih biji sagu dan rendam selama 15 minit dalam air biasa dan campurkan warna ikut suka. Kemudian tapis ye.
2. Kupas kulit ubi keladi, cuci bersih, potong kiub kecil dan rebus sampai empuk.
3.Selepas itu, ambil sedikit sagu letak atas tangan dan ambil pula kiub kecil ubi yang rebus tadi letak atas sagu terebut.
4. Buat bulat-bulat dan sebiji-sebiji sampai habis sagu.
5. Kemudian masak air dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
IKLAN
6. Masukkan sagu yang kita buat bulat-bulat tadi rebus sehingga masak, angkat dan letak tepi.
Cara masak air santan
Santan
Gula pasir
Sedikit Garam
Daun Pandan (disimpul)
IKLAN
Cara Membuat:
Campur semua bahan, biar sampai mendidih dengan api perlahan.
Masakan cina terkenal dengan teknik masakan sihat seperti kukus,rebus dan panggang. Bagi mak-mak yang suka masakan cina boleh cuba resipi Ayam Asap Teh yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadanini.
Menurut perkongsian beliau, resipi ini dipelajari ketika dengan kawannya ketika zaman belajar. Agak unik nama resipi dan cara penyediaan Ayam Asap Teh ini, namun yang pastinya rasanya cukup sedap, secukup rasa masin, manis dan penuh beraroma.
Berikut perkongsian resipi Ayam Asap Teh tersebut;
“Zaman student dulu, saya ada belajar masakan cina daripada coursemate saya. Resepi yang saya paling aneh dia ajar adalah Ayam Asap Teh. Pelik sikit nama dia, tapi sedap.”
Bahan-bahan Perap:
½ ekor ayam
½ sudu teh lada hitam
1 sudu minyak bijan
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu madu
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Garam secukup rasa
Bahan Perasap:
3 uncang teh (black tea)
3 sudu beras
3 sudu gula perang
Cara Membuat:
1.Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.
2.Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
3.Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
4.Ni saya panaskan air untuk kukus ayam. Saya pakai api besar.
5.Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
6.Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
7.OK, dah 40 minit! Ini hasilnya! Angkat ayam dari pengukus. Sabar, belum siap lagi.
8.Air kukusan ni dah jadi chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk. Sedap broth ni!
9.Tadi ada separuh lagi campuran sos tu, kan? Sapukan rata pada ayam yang dah dikukus.
10.Dah cantik, kan? Belum siap, belum siap! Letak tepi dulu ayam ni.
11.Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk macam ni.
12.Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam kita.
*terlebih pula beras saya
13.Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.
14.Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.
15.Tada! Sekarang dah cantik, dan beraroma teh!
16.Sapu lagi satu lapisan sos. Rehatkan ayam dan biarkan sos ni mengering.
17.Broth ayam tadi boleh campur dengan lebihan sos campuran. Nanti waktu makan ayam boleh buat penambah rasa.
18.OK, ini hasil bahan perasap yang dah terbakar. Buang sahaja, memang bukan untuk makan. Fungsi kita guna beras ni untuk sebarkan haba dengan serata pada teh dan gula.
19.Bila ayam dah turun suhunya dan kering, baru potong ayam! Kalau potong masa panas, nanti isi jadi kering. Tengok tu! Kulit berkilat, tapi isi pun juicy lagi.
20.Menggiurkan tak? Makan dengan nasi ayam sedap ni! Kalau beri orang makan, mesti orang tertanya-tanya aroma apa yang kita bubuh pada ayam ni. Aroma dia memang membangkitkan selera.
21.Nah lagi! Lihat gambar ni, boleh bayangkan tak, masin dan manis kulitnya, serta betapa lembut isinya?
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya bagi mak-mak yang nak mencuba kelaianan, dengan masakan cina. Pastinya lebih sihat, sedap dan penuh beraroma. Selamat Mencuba!
Tak semua mak-mak mampu tanak pulut dengan baik. Boleh jadi, ada yang terlebih letak air sebab tak tahu sukatan yang betul untuk memasaknya .
Tak kurang juga yang lebiih suka tanak pulut dengan mengukus dan ada juga cara yang lebih senang dengan hanya masak di dalam perik nasi sahaja. Semua ini bergantung kepada cara masing-masing.
Satu rahsia yang boleh dikongsi bersama Khadijah Jaafar dalam menanak pulut adalah dengan menggantikan air dengan air kelapa muda semasa tanak pulut. Menariknya, pulut yang dimasak tadi lembut dan wangi.
Bagi mak-mak yang menggunakan periuk nasi, tentulah ia tidak berkerak. Boleh cuba cara ini.
“Ini rahsia untuk membuatkan pulut sedap dan wangi, caranya dengan menggunakan air kelapa muda.
“Cara nak masak pun hanya guna periuk nasi. Paling penting, tetap lembut dan sedap. Pulut pun tidak jadi berkerak. Sungguh enak dinikmati bersama ikan masin dan kelapa parut.
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut susu
2 cawan air kelapa muda
Cara Membuat:
1. Sukat 2 cawan beras pulut.
2. Basuh beras pulut hingga bersih.
3. Masukkan air kelapa. Kalau tiada stok air kelapa, boleh juga guna air biasa sahaja.
4. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalan rice cooker.
Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ dan siap. Sedap di makan dengan kelapa parut & ikan masin.
Selamat mencuba!
#resepiciktie
MW: Nanti hujung minggu bolehlah masak untuk sarapan keluarga. Memang syoklah…
Resipi Roti Sosej Cheese Makan Tak Cukup Satu, Bekal Seisi Rumah! Memang mudah dan sedap resipi Roti Sosej Cheese yang dikongsikan ini. Sesuai sangat idea untuk mak-mak bawa bekal ke tempat kerja atau untuk anak-anak pergi sekolah. Guna 4 bahan je.
Ikut resipi mudah dan cara yang dikongsikan oleh Puan Haya Yahya ini sebagai panduan;
Roti Sosej cara saya, bekal untuk seisi rumah hari ni. Tak cukup satu, kita bagi 2 setiap orang.
Bahan-Bahan:
Sosej (direbus)
Cheese
Sos Spaghetti
Roti Sosej
*Satu lagi lupa letak di gambar. Saya letak daun parsley juga.
Cara Membuat:
1. Potong roti bahagian tengah macam ni. Lepas tu tekan ke bawah bagi ada lubang. Barulah sos tak meleleh keluar.
2. Letak slice cheese. Nak letak banyak mana pun boleh, ikut selera masing-masing.
3. Letak sikit sos spaghetti.
4. Letak sosej yang telah direbus.
5. Letak sos atas sosej, jika nak tambah sos lain pun boleh. Ikut selera yang disukai.
6. Letak slice cheese dan daun parsley. Tak de daun parsley pun tak pe. Kebetulan di rumah ada, jadi saya guna.
7. Bakar dalam oven, suhu 160c api atas sahaja. Bakar dalam masa 8 – 15 minit. Ikut garing macamana yang suka.
Siap!
Saya bungkus macam ni untuk seisi rumah bawa ke sekolah dan tempat kerja.
Mingguan Wanita: Sedapnya roti sosej cheese ni, memang tak cukup kalau makan satu je. Buat sendiri memang puas hati boleh bawa bekal untuk anak sekolah nanti.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Tak Kisah Jadi ‘Ibu Segera’. Tahniah diucapkan buat penyanyi Sarah Suhairi yang kini sudah bergelar isteri kepada Aswad Mohd. Anuar, 38.Seperti mana yang dikongsikan...