Kalau mak-mak ada beli banyak buah tomato dan tak tahu nak masak apa, boleh cuba buat Sambal Penyet yang sedap ni. Masak banyak-banyak nanti boleh buat stok simpan dalam peti sejuk. Nak masak pun mudah. Malah senang, bila malas nak masak atau teringin nak makan pedas-pedas bila-bila masa boleh makan sambal ni dengan nasi panas-panas. Memang buka selera.

Cuba resipi Sambal Penyet yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini.

“Jarang-jarang saya buat Sambal Penyet. Hari ni kebetulan beli banyak tomato, jadi saya masak sambal penyet buat stok dalam peti. Esok lusa kalau teringin nak makan pedas, makan je dengan sambal penyet ni ha dengan nasi panas-panas.”

Resepinya mudah sahaja.

Bahan-Bahan:

7 tomato merah
5 cili merah besar
20 cili merah kecik
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Garam dan gula
Minyak masak

Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!

IKLAN

Cara Memasak:

1.Panaskan setengah cawan minyak masak ke atas kuali.
2.Masak bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.
3.Masukkan semua tomato dan masak sampai lembik.
4.Masukkan semua cili merah dan belacan, gaul sebati bersama tomato tadi.

Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!5.Padamkan api dapur dan rehatkan masakan seketika sehingga suhu menjadi
suam.
6.Kemudian, kisarkan masakan ke dalam blender tapi jangan kisar terlalu
kerap. Elakkan sambal penyet menjadi halus. Kita tak nak tekstur sambal
penyet macam cili boh.

IKLAN

Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!7.Sesudah kisar, masukkan semula ke dalam kuali dan masak sehingga warna
sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.
8.Akhir sekali citarasakan sambal dengan garam dan gula secukupnya.
9.Sedia dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
SAMBAL GEPREK Resipi Asal Jogjakarta,Tak Perlu Dimasak Hanya Letak Minyak Panas!
Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!

MW:Sedapnya Sambal Penyet ni,makan dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah-tambah. Boleh buat stok banyak-banyak, simpan dalam peti sejuk. Bila waktu,nak makan pedas-pedas, boleh buat sambal ni. Simple!

Sumber: Zurina Zulkefli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI