Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!

Setiap kali buat kuih ketayap mesti susah nak buat kulitnya. Kadang-kadang banyak yang melekat pada kuali. Macam mana nak buat agar kulit kuih ketayap itu menjadi dan tak melekat?

Berikut Adalah Resipi Dan Cara Buat Kuih Ketayap Oleh Roslina Shaari Ina Kie.

Kalau hendak pastikan kulit itu menjadi, pastikan ada jadi macam lubang-lubang pada kulit semasa kulit itu dimasak atas kuali.

Bolehlah cuba. Confirm selepas ini tak buang kulit yang tak menjadi itu.

Menurut Roslina, lebih kurang 25 hingga ke 30 kulit dapat dibuat dengan resipi yang diberikan ini.

Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!

BAHAN-BAHAN

3 cawan tepung gandum
3 cawan air pandan@biasa
3 sudu makan tepung ubi
3 sudu makan minyak
Sebiji telur
Secubit garam
Pewarna hijau

IKLAN
CARA BUAT BANCUHAN KULIT KUIH KETAYAP

1-Masukkan semua bahan dalam blender. Kisar hingga sebati.

CARA MASAK KULIT KUIH KETAYAP

Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!

 

1-Panaskan kuali. Bubuh minyak (untuk yang mula-mula sahaja). Ambil satu senduk tepung, dan dadarkan. Kalau ada jadi macam lubang-lubang pada kulit maknanya kulit itu menjadi.

IKLAN

Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!

Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!

2-Bila dah melengkung di tepi maknanya dah masak. Bolehlah angkat.

IKLAN
Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!
Kuih Ketayap

3-Sudah siap bolehlah isi inti dan gulung jadi kuih ketayap.

Artikel berkaitan:
Sambal Ayam Penyet ‘Ngosek’, Rasanya Tak Pedas Sangat, Senang Buat

BAHAN INTI

4 Cawan Kelapa parut
1 Cawan Gula Putih
1 Cawan Gula merah
Secubit Garam
2 Sudu Makan tepung gandum
½ Cawan Air

CARA BUAT INTI

1-Masak gula merah dengan setengah cawan air. Setelah masak, tapiskan.
2-Kemudian campur air gula merah ini dengan semua bahan-bahan lain untuk dibuat inti. Gaul semua bahan dalam kuali. Masak sampai kering dan sebati.

Sumber: Roslina Shaari Ina Kie

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI