Mudahnya Resepi Daging Ketumbar Dato’ Rizalman, Bawang Banyak Lagi Sedap

Siapa yang pernah cuba, memang akan tahu betapa sedapnya resepi daging ketumbar Dato’ Rizalman ini. Resepi asal ini daripada Raja Permaisuri Agong, tapi jadi viral bila mana pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman Ibrahim kongsikan di instagram storynya.

Nak buat pun mudah saja. Cuma perlukan 7 bahan yang mudah sangat nak jumpa. Kata Rizalman, lagi sedap, daging yang dah siap itu, diambil sedikit dan goreng dengan nasi, campur pulak ‘cabai melaka’.

Baca sini : Daging goreng style Kelantan, yang tak pandai masak pun boleh buat.

Dalam perkongsian, Rizalman tak berikan sukatan yang tepat, tapi kita masih boleh agak-agak berapa jumlah bahan yang digunakan.

Lagipun, dalam masakan Melayu inikan terkenal dengan sukatan ‘agak-agak’. Jadi, mak-mak bolehlah agak-agak sendiri ikut kesesuaian resepi yang disertakan ini. Wartawan Mingguan Wanita sendiri dah cuba, dan terbukti kesedapannya.

Sekelip mata daging goreng ketumbar ni licin dinikmati anak-anak, tak sempat pun nak simpan-simpan.

IKLAN

Bahan-bahan :

1 kilo daging (dihiris nipis, cuci bersih dan tapis)
3 biji bawang Holland (hiris kasar)
4 sudu besar ketumbar
3 sudu kicap (ikut brand kegemaran masing-masing)
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara memasak:

Daging gaul sebati dengan biji ketumbar, gula, garam, serbuk perasa dan kicap. Ejas rasanya ikut kesesuaian lidah masing-masing.

Masukkan minyak yang banyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan daging yang dah digaul sebati tadi. Nanti waktu menggoreng tu akan keluar air daging tu. Jangan panik, kacau je kerap bagi daging masak dengan rata.

Bila air daging tu dah tak ada, masukkan bawang Holland yang dah siap hiris. Goreng sampai daging dan bawang tu nampak karamel. Bolehlah tutup api.

*Jangan panik tengok minyak tu. Dah memang resepi ni guna banyak minyak. Nanti masa nak makan, tapislah minyak tu.

Waktu nak hidang tu, tapislah minyaknya. Kalau nak buat nasi goreng, ambil sedikit daging ketumbar goreng dengan minyak, dan tumislah dengan nasi. Tambahkan cili bagi rasa lebih ‘kick’.

Siap!

Kredit/Foto : Rizalman