Sedapnya makan goreng pisang berangan, apatah lagi serdaknya yang rangup halus krup krap macam ni. Selalunya kalau beli goreng pisang mesti minta lebih serdaknya yang halus-halus tu. Tapi bila beli goreng pisang sekarang harganya pun dah mahal. Lebih baik buat sendiri, jimat dan puas hati makan.
Tapi kena pandai dan tahu buat adunan bancuhannya dulu baru jadi.Nak belajar buat serdak halus, goreng pisang rangup boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Munasnainu Mustapha ini.
“Siapa pernah goreng pisang berangan.Sedap tau..Anak-anak suka serdak-serdak dia tu.. Krup krap krup krap”
Bahan-Bahan (Tepung Bancuhan):
2 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
Sedikit garam dan gula
1 biji telor
Sedikit air kapur (jangan banyak nanti minyak berbuih)
Sedikit pewarna kuning
Air secukupnya
IKLAN
Cara Membuat:
1.Campur semua bahan-bahan tadi, kacau hingga semua sebati.
2.Pastikan bancuhan tak pekat dan tak cair.
3. Celupkan pisang dalam bancuhan dan goreng seperti biasa sehingga kekuningan.
Penyakit kronik seperti kanser sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang sesuai sewaktu dalam proses rawatan juga mampu membantu merawati penyakit ini.
Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.
“Semasa saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu rasa buntu hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini. Alhamdulillah, kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.”
Bahan-Bahan:
2 batang serai yang diketuk
1 sachet Teh hijau
3 biji kurma merah
sedikit gula tebu/ jus lemon
1 liter air
Cara Membuat:
1.Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.
2.Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut citarasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.
Kata tuan punya resepi ini, Rushdi Lazim, kek pisang coklat yang dinamakan Kek Pishang Cekelat Cluster Kayangan ini sedap sangat dan moist giler. Resepi dan cara nak buat pun mudah yang amat.
Lebih menarik, resepi yang dikongsi tokey biskut raya sedap terpelanting ni dah pun dicuba oleh beberapa orang netizen dan ternyata menjadi kesedapannya. Apa lagi mak-mak.. cubalah boleh jadi kek hari raya paling ‘letoopan’ musim PKP ni.
Cara Buat Kek Pisang Coklat Moist Cluster Kayangan
Bahan-bahan
4 biji pisang yang dah terlebih masak dan lebam. Tapi abe punya tak cukup ripped.. Tapi lantakkan. Haha.
120 gram gula perang. Sukatan ni dah just nice.
115 gram butter (cairkan)
120 gram buttermilk ( caranya amik 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka) biarkan.
Vanilla essence sikit
Bahan kering
160 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp garam
80 gram belgian callebout choc
30 gram walnut (lebih pun takpe)
Sedikit Belgian choc dan walnut untuk topping.
Abe bancuh 2 resepi untuk hasil dalam gambar tu.
Mula-mula cairkan butter.. Secair kau melihat diriku. Kahkahkah.
Lepas tu kau hempuk pisang sampai lumat. Mudah je.. Abe bayangkan ex abe yang tinggalkan abe sebab abe takda kete honda. Haha.
Maka lumat la pishang tu.. Ohhh pishanggggnyaaaaaa!!
Masukkan gula perang.. Tapi macam tak perang sangat ek dalam gambar.. Macam chicken floss plak abe tengok rupa dia kan. Haha.
Lantak!
Masukkan melted butter yang kau dah cairkan awal-awal tadi.
Sebelum kau tanya, abe jawab siap-siap.
“ye guna minyak masak pun boleh.. Takda minyak masak, kau guna je minyak goreng ikan sahur tadi”
Hahaha.
Masukkan bancuhan buttermilk yang kau dah siapkan.
Masukkan bahan kering, sekering hati abe tolak ajakan kau untuk kapel balik.. Pergilah kau dekat abang honda kau tu!!
Masukkan coklat belgian callebout dan walnut.
Godakkan semua sampai sebati.
Jangan ditanya nak letak kacang almond boleh ke bang? Kacang pecan boleh ke bang? Kacang tanah boleh?
Letak la dik kacang apapun.. Duit kau..
Haha.
Jangan letak kacang panjang sudah.
Walaaaaa sikit lagi nak siap.. Masukkan dalam loyang.. Gune je loyang apapun yang ada kat rumah tu.. Takda hal.
Lapik dengan kertas baking/minyak dan jangan lupa oles loyang dengan minyak/butter/shortening.
Nak elakkan kek melekat.
Atas tu kau tabur la lagi belgian callebout choc dan walnut..
Barulah cluster kayangan kek kau…mewah!!
Bakar pada suhu 150 ke 160′ c dalam 40 ke 45 minit. Ikutlah keadaan oven masing-masing. Oven kita tak sama kan.
Tipss
Salut choc belgian dan walnut tu ngan tepung sikit supaya dia tak tenggelam ke dasar masa bakar nanti… Kang tetibe kau habis bakar, kau tengok coklat dan walnut tu hilang, mula la kau nak cakap ada orang santau kau. Hahahha.
Padahal dah ke jatuh ke dasar dah ha..
Ok guys semoga berjaya.
Ni la hasil keratan rentas kek cluster kayangan kau tu nati.
Moist, sedap giler, mewah, chocolatey.
Memang kalau makan boleh terpelanting kesedapan. Haha.
Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia. Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi sesiapa sahaja.
Malah, kudapan sihat namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Cara membuatnya pula tidaklah tidaklah sesukar mana.Sempena cuti umum Deepavali, mak-mak boleh cuba resipi istimewa, kudapan tradisi masyarakat India ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
Selamat Mencuba!
Sumber: Aneka Resipi Kuih Muih
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Angeline Tan nafi sudah hamil. Pelakon Angeline Tan menafikan dirinya kini sudah berbadan dua. Malah isteri kepada Sabri Yunus itu berasa sangat kecewa dengan...