Ads

26 Tahun Jual Minuman Murah, Mak Pah Kekal Dengan Harga 30 Sen Demi Bersedekah

Mak Pah

Ketika harga makanan dan minuman semakin meningkat, seorang wanita warga emas di Jalan Kuala Kedah masih mempertahankan harga jualan yang cukup rendah sejak lebih dua dekad lalu.

Dikenali sebagai Mak Pah, Sarifah Bahari, 74, sudah 26 tahun jual air 30 sen hingga RM1 di gerainya. Namun, baginya keuntungan bukan segala-galanya.

Sebaliknya, dia mahu pelanggan yang rata-rata terdiri daripada golongan berpendapatan rendah terus mampu membeli minuman, selain menganggap perniagaannya sebagai satu bentuk sedekah.

Harga Kekal Sejak 26 Tahun Lalu

Mak Pah
Mak Pah menunjukkan minuman Milo Ais dan Nescafe Ais yang dijual pada harga hanya RM1 di gerainya di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah. Foto: Utusan

Menurut Mak Pah, dia masih mengekalkan harga minuman seperti dahulu walaupun sudah lebih 25 tahun berniaga.

Sirap ais dijual hanya 30 sen, manakala teh O ais dan kopi O ais masing-masing 50 sen. Teh ais pula berharga 60 sen, sementara Nescafe dan Milo ais dijual pada harga RM1.

Harga tersebut sama untuk pelanggan yang minum di gerai mahupun membawa pulang.

Walaupun ada yang bertanya sama ada perniagaan sebegitu masih menguntungkan, Mak Pah mengakui keuntungan yang diperoleh tidak banyak.

Ads

“Masih untung sebenarnya, cuma sedikit sahaja,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Besarkan 10 Anak Sebagai Ibu Tunggal

Di sebalik kisah jual air 30 sen, tersimpan perjalanan hidup seorang ibu tunggal yang membesarkan 10 anak.

Suaminya meninggal dunia lebih 50 tahun lalu dan hasil perniagaan itulah yang membantunya membesarkan serta menyara kesemua anak.

Kini, anak-anaknya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga masing-masing. Walaupun mereka pernah meminta Mak Pah berhenti berniaga, wanita itu memilih untuk terus ke gerai.

Ads

Bagi Mak Pah, duduk di rumah membuatkan dia berasa sunyi. Pada masa sama, dia memikirkan pelanggan yang sudah biasa mendapatkan minuman murah daripadanya.

“Biarlah, Saya Niat Hendak Bersedekah”

Bagi Mak Pah, mengekalkan harga rendah bukan semata-mata soal perniagaan.

Dia tahu ramai pelanggannya adalah orang biasa yang mungkin memilih gerainya kerana harga yang mampu dibayar.

Ads

“Biarlah, kerana saya pun niat hendak bersedekah,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Selain minuman, Mak Pah turut menjual makanan tengah hari pada harga yang berpatutan.

Kisah warga emas ini membuktikan bahawa sebuah gerai kecil juga mampu menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat.

Selama 26 tahun jual air 30 sen, Mak Pah bukan sekadar mencari rezeki, tetapi memilih untuk terus memberi sesuatu kepada orang lain mengikut kemampuannya.

Baca juga artikel: Bersedekah Tak Perlu Kaya, Akak Nasi Lemak Anak Ramai Bersyukur Terima Sumbangan Netizen Dan Beras Era

Sumber: Utusan Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

emas 916

Tip Beli Emas 916: Jangan Tengok Harga Per Gram Saja, Kira...

Nak beli emas 916? Jangan tengok harga per gram sahaja. Ketahui cara kira kos upah dan bandingkan harga sebenar supaya tak tersalah pilih.