Tular gambar penyanyi nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh raya MEX pada hari ini selepas pulang dari majlis hari raya Red Air Asia di Sepang.
Datuk Seri Siti Nurhaliza Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya
Khabar berita itu dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial menerusi hantaran di Threads.
“Guys, kawan saya nampak Siti Nurhaliza tepi highway ni. Kereta dia remuk. Harap Siti dan orang-orang dalam kereta tu okay, risau weh,” kongsi pengguna media sosial tersebut.
Malah ada juga pengguna media sosial yang berkongsi foto pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu bersama pembantunya.
Ads
Menjengah ke ruangan komen,rata-rata netizen mendoakan agar Siti dan individu yang berada bersamanya dalam keadaan selamat.
Kakinya Lebam Dan Sedikit Bengkak
Sementara itu, Pengurus kepada Siti Nurhaliza, Rozi berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, memaklumkan keadaan terkini Siti yang mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kaki.
Ads
Namun Tokti berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Kami membawa Siti keluar dari kereta yang mengalami kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami. Siti telah ke hospital, mengalami lebam dan bengkak pada kaki. Alhamdulillah segalanya selamat. Terima kasih atas doa semua,” ujarnya.
Apa pun kita doakan yang baik-baik buat penyanyi kesayangan ramai ini, semoga dipermudahkan urusan dan kembali sihat daripada cedera ringan.
Siapa sangka, ulser kecil yang sering dianggap biasa boleh menjadi petanda penyakit serius.
Itulah yang dialami oleh seorang wanita, Isyida Syahidah apabila kanser lidah yang bermula dengan ulser akhirnya membawa kepada diagnosis kanser tahap 4.
Perkongsian ini bukan sekadar kisah penyakit, tetapi satu peringatan penting untuk kita semua agar lebih peka terhadap tanda awal kesihatan.
Menurut perkongsiannya, semuanya bermula sekitar Disember 2023 apabila beliau mengalami ulser pada lidah.
Pada awalnya, ia disangka ulser biasa. Selepas beberapa minggu, ulser tersebut masih tidak sembuh dan semakin membesar.
Inilah antara simptom awal kanser lidah yang sering diabaikan, luka kecil yang tidak sembuh lebih dua minggu.
Beliau kemudian mendapatkan rawatan dan berulang-alik ke klinik selama beberapa bulan sebelum dirujuk kepada pakar.
Keadaan menjadi lebih serius apabila ulser tersebut berubah menjadi ketumbuhan keras. Doktor akhirnya mencadangkan biopsi bagi mengenal pasti punca sebenar.
Hasilnya, beliau disahkan menghidap kanser lidah. Mendengar diagnosis tersebut bukan perkara mudah, namun beliau cuba menerima dengan reda dan kuat.
Situasi ini membuktikan bahawa simptom awal kanser lidah boleh muncul dalam bentuk yang sangat biasa.
Rawatan bermula dengan kemoterapi sebanyak enam kitaran. Setiap kitaran berlangsung secara intensif sehingga 24 jam sehari selama lima hari.
Kesan sampingan yang dialami sangat mencabar:
Pada satu tahap, beliau mengalami pendarahan serius dari lidah sehingga tidak mampu bercakap atau makan. Beliau terus kuat menjalani rawatan demi peluang untuk sembuh.
Selepas kemoterapi, beliau menjalani pembedahan besar selama 18 jam. Sebanyak 70% lidah terpaksa dibuang bagi mengelakkan kanser terus merebak.
Tisu dari paha digunakan untuk membina semula struktur lidah. Prosedur ini sangat kompleks dan memerlukan beberapa pembedahan tambahan akibat komplikasi.
Selepas pembedahan, kehidupan beliau berubah sepenuhnya. Beliau tidak boleh makan secara normal dan bergantung kepada tiub untuk nutrisi.
Bercakap juga menjadi satu cabaran besar. Selepas beberapa bulan, beliau mula belajar semula untuk menelan dan makan sedikit demi sedikit.
Perjalanan ini sangat panjang, tetapi beliau tidak pernah berputus asa.
Sepanjang tempoh rawatan, suami Isyida juga turut memberikan sokongan. Daripada penjagaan harian hingga sokongan emosi, semuanya dilakukan tanpa jemu.
Keluarga mertua juga banyak membantu, termasuk menjaga anak-anak sepanjang beliau dirawat. Beliau sendiri mengakui, tanpa sokongan ini, mungkin sukar untuk melalui semua ujian tersebut.
Selain sakit fizikal, Isyida juga berdepan ujian emosi yang berat. Beliau terpaksa berjauhan dengan anak-anak, termasuk ketika musim perayaan.
Lebih menyedihkan, kedua ibu bapanya meninggal dunia ketika beliau masih dalam rawatan. Namun, beliau tetap kuat dan percaya setiap ujian ada hikmah.
Kisah ini jelas menunjukkan bahawa kanser lidah tidak boleh dipandang ringan.
Jika anda mengalami ulser yang:
Segera dapatkan pemeriksaan.
Daripada ulser kecil kepada kanser tahap 4, perjalanan ini membuka mata ramai. Kanser lidah ini mungkin kelihatan remeh, tetapi kesannya sangat besar jika diabaikan.
Jangan tunggu sehingga terlambat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hilang kata-kata, tidak layak menasihati mak ayah kepada adik Khairil Izani untuk bersabar dalam situasi ini. Namun macam mana pahit pun sebuah kenyataan, tetap kena kuat menghadapi dugaan kehilangan anak sulungnya.
Selepas tiga hari operasi mencari, akhirnya adik Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam terungkai apabila mayatnya ditemukan di tebing sungai, Sungai Buloh pada Khamis.
Menerusi portal Sinar Harian, mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.
Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, mangsa yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemukan pada jam 1 tengah hari.
“Pasukan bomba PPDA bersama PBS Saujana Utama telah menemui mangsa di Sungai Buloh menghala ke Ijok selepas memulakan pencarian dari pusat kawalan bomba (PKB).
“Pencarian bermula dari parit berhampiran Masjid Taman Alam Jaya sebelum bergerak kira-kira lima kilometer sehingga ke sungai berkenaan,” katanya .
Beliau berkata, secara keseluruhan, jarak dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dianggarkan sekitar 10 kilometer.
“Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, masih berbaju cerah dan memakai seluar hitam,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital UiTM bagi tujuan bedah siasat.
“Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Bukan mudah untuk terima berita ini, namun sekurang-kurangnya jasad ditemui. Apa pun, semoga mak ayah adik Khairil Izani tabah hadapi ujian Allah dan arwah di tempatkan di kalangan orang beriman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!