
Sedih kalau membaca cerita ibu mengandung tanpa suami, tak tahu nak salahkan siapa. Didikan mak ayah atau pergaulan bebas si anak. Ini realiti pahit yang masyarakat kena hadap setiap kali wanita dan lelaki terlalu bergaul, sampai keluar ‘kepala budak’!
Kisah kali ini dikongsikan oleh Mak Liza, yang berdepan dengan kes wanita ikut lelaki sana sini sampai hamil dua kali. Baru kenal, cinta dah bertaut sampai tergadai maruah. Murahnya nilai cinta baginya.
Dua Kali Mengandung Tanpa Suami

Nama ibu ini Siti R. Tahun 2021 melahirkan seorang anak perempuan, Aisyah Humaira. 3 bulan umur Aisyah Humaira, meninggal dunia disebabkan tersedak susu ibu ketika sedang tidor. Sehari kami, rakan sebilik yang tidor di kiri, di kanan tilam ibu berkampung di Balai Polis bagi membantu siasatan.
Cukup tempoh 6 bulan di Baitus Solehah, keluarga jemput ibu pulang ke rumah. Keluarga tak benarkan bekerja, duduk rumah jaga adik adik.
Tahun 2025, bulan Januari sekali keluarga hantar ibu ke Baitus Solehah kerana mengandung kali kedua. Mula mula Baitus Solehah tak mahu terima, tetapi bila dipujuk rayu keluarga, meminta pertolongan, kami terima. Setahun ibu tinggal di Baitus Solehah bersama anak kedua.
Januari 2026, keluarga uruskan ibu keluar dari Baitus Solehah. Konon nak bekerja untuk menyara diri dan anak. Anak dititip dengan keluarga sementara ibu bekerja.
Perempuan Jangan Kejar Lelaki Tak Guna

Namun tak lama. April 2026, saya mendapat khabar dari majikan Siti R lari dari tempat kerja. Siti R ikut lelaki yang baru ditemui. Sekali sekala nampak status lalu lalang di media sosial, bangga buat maksiat. Bercouple dengan jantan. Naik motor dengan jantan. Tinggal dengan jantan.
Bila jantan A tinggalkan, tinggal dengan jantan B. Cepat benar dapat laki baru. Bahasa di status lakiku, bukan kawan. Seseolah macam laki bini.
Tapi tak tahu dimana. Siapa tegur kena blok. Akhirnya tak tahu sekarang tinggal di mana, dengan siapa. Keluarga dah tak larat nak cari. Dengan keluarga pun dibloknya. Seseolah memutuskan hubungan. Tak mahu keluarga ambil tahu hal diri beliau, takut kena kongkong. Inilah yang dikhuatiri sebenarnya. Sudah diberi peluang kali kedua tapi ulang lagi. Buat lagi maksiat.

Tak tahu apa nak jadi…
Wahai jantan, apa yang syok sangat mainkan perempuan? Kalau betul berhajat, nikah aja. Tak payah hantaran pun tak apa. Bukan mahal pun mas kahwin nak kena bayar. Kalau dah begini, bapa Siti R kata walaupun Seringgit pun mas kahwin, saya setuju je nikahkan asal jangan main mainkan Siti R.
Sedih sangat sebab Siti R ni ada kad OKU ,masalah lemah pembelajaran. Jadi beliau tidak mampu nak fikir mana yang baik untuk masa depan. Halal haram pun redah aja asal hidup seronok.
Anda mungkin berminat dengan
Jantan tertarik sebab rupa wajah dan jenis melayan. Harap wajah tak kemana, lambat laun berkedut juga. Agaknya jantan pun sekufu juga.
Keluarga dah tak tahu nak buat macamana dengan Siti R. Bukan keluarga tak hirau atau tak peduli, tapi Siti R yang lari ikut jantan.
Apa pandangan anda, jenis perempuan dan lelaki macam ini?
Sumber: Baitus Solehah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

