Ads

Nasib Generasi Sandwich, Tersepit Antara Jaga Anak & Ibu Ayah Yang Sudah Tua

Generasi Sandwich
Generasi Sandwich

Pernah mengenali seseorang yang hidup dalam generasi sandwich? Seseorang itu akan nampak tenang atau sebaliknya? Inilah yang perlu anda tahu, nasib anak yang jaga mak ayah sudah tua dengan anak-anak masih kecil.

Di sebalik tuntutan kehidupan yang semakin mencabar selain kos sara hidup terus meningkat, ramai rakyat Malaysia kini terhimpit sebagai ‘generasi sandwich’ apabila golongan ini terpaksa membahagikan sumber kewangan dan perhatian antara anak-anak yang masih bergantung kepada mereka serta ibu bapa yang memerlukan penjagaan.

Nasib Generasi Sandwich

Nasib Generasi Sandwich, Tersepit Antara Jaga Anak & Ibu Ayah Yang Sudah Tua

Bukan senang nak jaga orang tua, tambah kalau sudah uzur. Kos juga banyak yang diperlukan, apatah lagi jika anak-anak masih kecil yang bersekolah. Semua pakai duit!

Bagi sesetengah keluarga, tekanan kewangan itu bukan lagi sekadar cabaran jangka pendek, sebaliknya menjadi komitmen berpanjangan yang memerlukan perancangan rapi bagi mengelakkan beban kewangan diwariskan kepada generasi seterusnya.

Ads

Kajian akademik menunjukkan golongan generasi sandwich lazimnya terdiri daripada individu berusia antara 35 hingga 55 tahun yang berada di kemuncak tanggungjawab keluarga. Memang mencabar dan benarlah kemuncak ujian hidup seseorang igtu adalah fasa 35-50 tahun.

BACA ARTIKEL: Jaga Mak Ayah Nyanyuk, Anak-anak Jangan Pernah Rasa Terbeban, Sabar Banyak-banyak

Kelompok ini bukan sahaja perlu memastikan keperluan anak-anak dipenuhi, malah turut menanggung kos penjagaan ibu bapa yang semakin uzur.

Ads

Tersepit Antara Jaga Anak & Ibu Ayah Yang Sudah Tua

Nasib Generasi Sandwich, Tersepit Antara Jaga Anak & Ibu Ayah Yang Sudah Tua

Pusing ikut mana sekalipun, realiti rakyat ketika ini kita tidak boleh pisahkan dengan keadaan tersepit apabila kita wajib menyara anak-anak dan pada masa sama, ada yang terpaksa menyara ibu bapa mereka.

Biasanya ibu tunggal dikenal pasti sebagai antara kumpulan paling terkesan kerana perlu mengimbangi kerjaya, penjagaan anak serta kebajikan ibu bapa tanpa sokongan pasangan.

Ads

Nasib Generasi Sandwich, Tersepit Antara Jaga Anak & Ibu Ayah Yang Sudah Tua

Anda mungkin berminat dengan

Namun semakin hari semakin jelas, mungkin ini bukan hukuman tetapi lebih kepada sebuah pilihan. Bukan pilihan yang kita minta. Tapi pilihan yang diberikan kerana Tuhan melihat sesuatu dalam diri kita yang bahkan kita sendiri tak sedar.

Dipilih untuk memikul, menjadi peneman di antara dua generasi. Bukan kerana mereka hebat tetapi kerana Tuhan melihat mereka sanggup. Jadi, jangan mengeluh. Teruskan usaha yang terbaik untuk alirkan kasih kasih sayang pada mereka yang masih memerlukan. Baik anak-anak dan juga ibu ayah yang mungkin sudah uzur.

Moga kalian menjadi manusia hebat yang berbakti pada orang tua.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

remaja hilang

Remaja Hilang Ditemui Selamat di Machang, Keluarga Lega & Hargai Doa...

Akhirnya kes dua sepupu remaja hilang sejak malam Khamis kini ditemui selamat di Machang petang semalam, kira-kira 32 jam selepas keluarga mereka membuat dua laporan polis berasingan pada pagi Jumaat.