Jeddah banjir besar, perenang pertahanan awam selamatkan ratusan nyawa terperangkap dalam terowong. Sejak semalam, dilaporkan Jeddah mengalami hujan lebat dan ribut petir. Dalam masa kurang lapan jam hujan lebat terjadi, bandar Jeddah yang terletak 86.8 kilometer dari Tanah Suci Makkah ditenggelami banjir.

Menurut penduduk Jeddah, ini merupakan hujan paling lebat untuk tahun ni dan banyak jalan tenggelam. Dilaporkan Jabatan Perbandaran Jeddah mengerahkan sejumlah 2,564 pekerja, dilengkapi kira-kira 960 jentera, untuk mengeluarkan air dan sisa dari jalan raya bagi membolehkan pergerakan trafik disambung semula.

Lebih menarik dan efisennya pengurusan pihak berkuasa di saat menghadapi banjir besar ini, pasukan penyelamat terdiri dari perenang dari Pertahanan Awam Jeddah dikerahkan untuk berenang dan menyelamatkan warga yang terperangkap dalam terowong Jalan Raja Abdullah yang ditenggelami air. Sekaligus mengurangkan kadar kematian akibat dihanyutkan arus deras.

Dilaporkan cuma berlaku dua kematian ekoran tindakan pantas pihak berkuasa bertindak cepat mengepam air dan mengeluarkan dari laluan orang ramai.

Jeddah Banjir Besar, Perenang Pertahanan Awam  Selamatkan Ratusan Nyawa Terperangkap Dalam Terowong
Pihak berkuasa mengepam air banjir ke laluan lain bagi menyelamatkan banyak nyawa
Jeddah Banjir Besar, Perenang Pertahanan Awam  Selamatkan Ratusan Nyawa Terperangkap Dalam Terowong
Banyak kerosakan harta benda berlaku dalam banjir ini

Menurut laporan pihak berkuasa penerbangan dan kenderaan terganggu selama beberapa jam kerana laluan utama dan jalan raya ditenggelami air. Beberapa penerbangan tertunda di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) manakala Lebuhraya Haramain dan beberapa jalan utama lain ditutup selama beberapa jam.

IKLAN

Beberapa jalan di kawasan perumahan Jeddah dinaiki air akibat hujan lebat, menyebabkan banyak kenderaan rosak.

Jeddah Banjir Besar, Perenang Pertahanan Awam  Selamatkan Ratusan Nyawa Terperangkap Dalam Terowong
Kemusnahan bukan sedikit akibat banjir di Jeddah ini

Dalam pada itu, dari satu perkongsian dari syarikat PDC Travel di fb mereka, semalam adalah ujian besar buat jemaah dan petugas PDC Travels – Laman Rasmi .
Dikongsi dari fb Rosli Talib, banjir besar di Jeddah dan airport ditutup.

Ada satu group yang berlepas pagi tadi, sepatutnya terus landing di Jeddah. Walau bagaimanapun, kapal terbang di divert ke Madinah kerana tak boleh landing di airport Jeddah.

IKLAN

Alhamdulillah, telah terbang semula ke Jeddah dan jemaah dah pun keluar dari airport. Pastinya sangat penat kerana akan meneruskan perjalanan ke Madinah pula.

Ini benar-benar ujian kesabaran buat jemaah dan petugas. Semoga kalian redha dan diberikan sebaik-baik ganjaran diatas kesabaran ini.

IKLAN

Satu group lagi berada di Makkah dan sepatutnya check out hotel Ghufran dan seterusnya dijadualkan bermalam di Jeddah. Penerbangan balik esok jam 4 petang, Allahu Akbar syukurnya.

Apa pun didoakan agar semuanya dalam lindungan Allah.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI