Kuih ‘Vaday’ Cantik, Elok Rangup Tak Pecah, ‘Blend’ Kering Kacang Dhal. Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia. Ramai yang suka kuih ni.

Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi keluarga. Ia sesuai dinikmati sebagai hidangan minuman petang bersama keluarga tersayang.

Nak buat kuih vadey yang cantik kejadiannya, elok tak pecah malah puas hati bila buat makan sendiri ada caranya. Doh kering tak terlalu basah, serta menggunakan minyak betul-betul panas membantu mendapatkan vaday yang rangup dan cantik.

Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Zatul Akmal ini sebagai panduan.

Vadey.. kuih favorite tapi susah nak dapat kalau dekat Kelantan. nah sekilo kita buat makan la puas-puas sebelum berpantang.

Bahan-Bahan:

1kg kacang Dhal
Daun kari
Bawang Merah
Lada kering
Cili merah
Garam
serbuk perasa
jintan putih

Cara Membuat:

1.Rendam kacang dhal semalaman.

IKLAN

Kuih ‘Vaday’ Cantik, Elok Rangup Tak Pecah, ‘Blend’ Kering Kacang Dhal2.Toskan bagi kering nanti blend kering. Jangan tambah air.

Kuih ‘Vaday’ Cantik, Elok Rangup Tak Pecah, ‘Blend’ Kering Kacang Dhal3.Masukkan daun kari, bawang, lada kering, cili merah kalau nak pedas, garam, dan serbuk perasa serta jintan putih.

Kuih ‘Vaday’ Cantik, Elok Rangup Tak Pecah, ‘Blend’ Kering Kacang Dhal4.Nanti nak goreng buat bentuk, letak dalam kuali minyak yang panas.Goreng dengan api yang sederhana hingga keperangan.

IKLAN

Kuih ‘Vaday’ Cantik, Elok Rangup Tak Pecah, ‘Blend’ Kering Kacang Dhal

Siap!

IKLAN

Info Ekstra!

  • Jika adunan hancur dalam kuali apabila blend terlalu kasar dan doh kering.
  • Bila goreng minyak kena betul-betul panas dah masuk dah keras baru pusingkan/terbalikkan kalau minyak tak panas, kuih pecah.

Mesti Baca:Berkali-Kali Lakukan RnD, Akhirnya Dapat Resipi Murukku Rangup Krapp.. Krupp..
Artikel Menarik:Memang Layan Makan PANI PURI, Sedap Sangat Rasa Pedas, Masam, Manis!

Mingguan Wanita: Sedapnya makan vaday rangup panas-panas, puas hati makan bila buat sendiri.

Sumber:Zatul Akmal

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI