Guna ‘Teknik Autolyse’, Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Jadi DONUT Gebu Ada Ring! Nak buat donut memang ada pelbagai resipi dan tekniknya.’Teknik Autolyse’ ini antara yang boleh dicuba, donut kekal gebu dan lembut walaupun dah 2 hari.

Berbanding menggunakan tepung berprotien tinggi (High protien) untuk mendapatkan hasil donut yang gebu dan lembut, sebenarnya mak-mak boleh cuba teknik yang dikongsikan ini juga.

Buat sendiri donut memang puas hati, lebih jimat memandangkan anak-anak pun suka kuih ni.

Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Rahmah Rosmin ini sebagai panduan;

Guna 100 peratus tepung gandum biasa pun boleh jadi donut gebu ada ring. Yang penting uli doh sampai elastik. Nak mudah dapat doh elastik guna teknik autolyse.

Mula-mula uli semua bahan tanpa yis. Selepas ulian pertama masukkan doh dalam peti ais kejap dalam 15-30 min (lebih masa pun takpe).Kemudian masukkan yis dan uli lagi.

Hari ini guna tepung gandum bakers choice, guna cap rose pun ok. 2 hari pun masih lembut, yang penting simpan daalm bekas kedap udara.

Resepi dan cara lebih kurang sama je macam donut lain..bagi sis lebih suka guna tepung gandum dari tepung High Protien sebab rasanya lebih kurang macam donut kampung tak rasa macam roti. Ikut selera masing-masing la kan.

IKLAN

Guna ‘Teknik Autolyse’, Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Jadi DONUT Gebu Ada ‘Ring’!

Bahan-Bahan:

2 cawan ( 250g ) tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh pelembut roti ( jika takde boleh gantikan dengan baking powder )
1 sudu besar (30g ) marjerin
Secubit garam
Air secukupnya

Cara Membuat:

1. Masukkan dahulu bahan cecair diikuti bahan-bahan kering kecuali yis.
2. Uli hingga habis masa (20 min).
3. Habis ulian pertama masukkan adunan ke dalam bekas bertutup dan rehatkan doh dalam freezer selama lebih kurang 15 min.
4. Cukup 15 min keluarkan doh,masukkan yis kering dan uli sekali lagi hingga habis masa (20 min).
6. Selepas habis ulian kedua timbang doh dan rounding.
7. Siap rounding rehatkan doh 15 -20 min. Kemudian leperkan sedikit doh dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol pun boleh.
8. Perap selama 30-40 min sehingga donut ringan ( bergantung pada keadaan).
9. Goreng guna api perlahan sahaja, balikkan sekali sahaja setiap bahagian supaya tak serap minyak.

IKLAN

Guna ‘Teknik Autolyse’, Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Jadi DONUT Gebu Ada ‘Ring’!

Info Ekstra!

  • Saya uli guna breadmaker.
  • Untuk dapatkan doh yang elastik buat 2x uli..tapi kalau guna mixer heavy duty memadai sekali uli sahaja.
  • Yis terus letak tak perlu buihkan terlebih dahulu.

Guna ‘Teknik Autolyse’, Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Jadi DONUT Gebu Ada ‘Ring’!

Resepi donut mana-mana pun lebih kurang sama je..cuma kita kena rajin practice untuk dapatkan hasil yang diinginkan..jangan cepat putus asa..itu yang penting.

IKLAN

Selamat mencuba, Semoga bermanfaat!

Baca Lagi Di Sini:Wanita Kudung Gigih Berniaga, 8 Bulan Belajar Buat Donut Gebu Lembut Di YouTube
Artikel Menarik:DONUT SUSU Lembut Gebu, Bukan Setakat Anak Suka, Mak Ayah Berketul-Ketul Makan!
Lagi Di Sini:Resipi DONUT Tanpa Telur & Marjerin, Elok Lembut, Gebu Tak Rasa Muak!

Mingguan Wanita: Menarik juga buat donut guna ‘Teknik Autolyse’ ni, tepung gandum biasa pun boleh hadi Donut gebu ada ‘ring, boleh buat untuk minum petang nanti.

Sumber: Rahmah Rosmin

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.