colek-buah-kantan

Colek buah kantan ini hidangan unik. Ramai yang tak kenal buah kantan berbanding bunga kantan yang lebih laku keras dan glamor di kalangan penggemar laksa.

Rupanya pada pokok kantan ini, ada buah kantan yang sedap dinikmati jika tahu caranya. Mana hendak mencari buah kantan ini.

Pada bunga kantan yang tidak petik atau diambil, bunga kantan yang dibiarkan tadi akan menghasilkan buah. Dan buah kantan ini boleh dimakan mentah, tetapi perlu dikupas kulitnya untuk mendapatkan isi.

Rasanya sedikit masam, sebab itulah bila dibuat colek kesedapannya terserlah. Siti Khadijah Binti Mohammad berkongsi resepi colek buah kantan yang mudah untuk dibuat.

Baca sini : Resepi Sedap Sambal Bunga Kantan, Tumis Dengan Ikan Bilis Bagi Kering

Mudahnya Resepi Colek Buah Kantan, Makan Gitu Je Rasa Manis Masam

IKLAN

Bahan-bahan Colek Buah Kantan

  • Gula
  • Garam
  • Cili padi
  • Belacan
  • Kicap

*Sukatannya ikut pada citarasa anda. Kata Siti Khadijah, sukatannya agak-agak saja. Kalau mak mentua saya, dia suka makan dengan budu.

Caranya

  1. Satukan kesemua bahan di atas dan tumbuk dalam lesung batu sampai lumat.
  2. Gaulkan dalam buah kantan yang telah siap dikupas.

Mengupas buah kantan ini pun mengambil masa satu jam. Kulit buah kantan ini agak keras. Jadi memang akan ambil masa untuk mengopeknya.

Mudahnya Resepi Colek Buah Kantan, Makan Gitu Je Rasa Manis Masam

Buah Kantan Lebih Terkenal Di Sabah Dan Sarawak

Ketika Siti Khadijah berkongsikan gambar colek buah kantan ini, ramai juga yang tidak mengetahui kewujudannya. Malah, ada yang baru pertama kali melihatnya.

IKLAN

Bagaimana pun, hasil pencarian di internet mendapati buah kantan ini terkenal di pasar-pasar tamu Sabah dan Sarawak.

Malah, harga nya juga murah.

Penggemarnya menjadikan buah kantan ini sebagai ulam yang kemudian dimakan dengan nasi panas. Selain, dijadikan colek ada juga yang menjadikannya sambal.

IKLAN

Jika anda penggemar bunga kantan dalam laksa, insyaAllah buah kantan ini antara hidangan unik yang boleh dicuba.

Sesiapa yang mahu mencuba itu, boleh saja membeli secara online. Lainlah kalau ada pokok kantan yang berbunga. Bolehlah biarkan dan jadikan buah kantan di pokok.

Beli BUAH KANTAN di sini : https://invol.co/claqpp0

Sumber/Foto : Siti Khadijah Binti Mohammad

https://www.youtube.com/watch?v=Q0RNWZTTJTA&t=14s

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI