Jika inginkan kelaianan dalam masakan udang boleh cuba resipi mudah Udang Masak Merah Madu yang sangat sedap ini. Tak rugi pun mencuba resipi menarik yang dikongsikan ini, mesti puas hati dengan hasilnya.

Bukan apa jika selalu udang kita buat sambal sahaja, jemu juga. Sesekali tukar resipi dan menu baru buat keluarga, anak-anak dan suami pasti lebih berselera dan makan bertambah-tambah nanti.Bahan-bahan yang digunakan pun, kebiasaannya yang sedia ada di dapur rumah.

Baca Lagi Di Sini:Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Gula VIRAL, Resipi Arwah Tok Nek!

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah ini sebagai panduan;

Bahan-Bahan:

500gram udang(saiz sederhana)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
1 sudu besar kismis
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula putih
2 sudu besar SOS tomato
2 sudu besar SOS cili
1 sudu besar SOS tiram
Serbuk perasa@garam (jika perlu)

Bahan Kisar:

10-15 batang cili kering(direbus atau Direndam air panas Dan toskan)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai

Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak , masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak. (Angkat dan ketepikan).

Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!2. Gunakan minyak yang sama, tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak .

Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kismis ,madu dan gula. Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.

IKLAN

Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!

Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!

Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!

Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!

4. Masukkan bawang dan udang yang digoreng tadi, gaulkan sehingga rata dan sebati .

IKLAN

Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!

Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!

5. Angkat dan siap untuk dihidang .

Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!

Mesti Baca:Petua Udang Kekal Segar, Tahan Lama, TABUR GULA Sebelum Simpan Dalam Peti Ais

IKLAN

Artikel Menarik:Siang Udang Jangan Buang Kepala & Kulitnya, Boleh Buat Baja “POWER” Untuk Tanaman!

Mingguan Wanita:Nak kelainan bolehlah cuba resipi udang masak merah madu yang sedap ni.

Sumber: Nurul Ateekah

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Macam ni rupanya nak siang udang galah.