Tentunya mak-mak teruja bila ke pasar untuk membeli lauk basah. Semuanya segar-segar. Tapi bila pulang ke rumah mesti ada lauk yang tak tahan lama terutamanya udang, sotong dan ikan, mulalah nampak tidak elok.

Bagi mak yang bekerjaya atau mungkin jauh dari pasar, tentu akan membuat stok lauk basah, sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu atau dua minggu. Dalam tempoh inilah, tak semua lauk basah masih segar dan rasanya ‘kurang’ sedikit sebab sudah beberapa hari di dalam peti ais.

Masalah yuang nampak ketara tentulah udang, kepala pun layu, warna dah berubah sedikit dan belum lagi isinya yang kurang kenyal. Jadi, bagaimana nak pastikan lauk basah ini kekal lama walaupun berminggu di dalam peti ais.

Perkongsian daripada Aniza Mustafa boleh membantu mak-mak untuk menyimpan lauk basah agak kekal segar, terutamanya udang, sotong dan ikan. Boleh lakukan petua yang dia berikan ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Halau Lipas Dalam Kabinet, Guna Rempah 4 Sekawan Buat Uncang, Sangat Berkesan!

Petua Buat Inti Guna Kelapa PARUT KERING Segera, Jimat Masa, Rasa TETAP SAMA

Info Lebih Menarik DI SINI

Lauk Basah Tahan Lama & Segar

“Jika sebelum ini, selalu beli udang dan simpan dalam peti ais. Bila nak masak, mulalah kepala udang jadi merah dan lembik.

“Tapi sejak tahu cara untuk bagi udang kekal segar, tabur dulu gula di atas udang sebelum dimasukkan ke dalam peti. Hasilnya, udang kekal segar dan tahan lama. Boleh la cuba nanti.

Petua Udang Kekal Segar, Tahan Lama, TABUR GULA Sebelum Simpan Dalam Peti Ais

IKLAN

Mingguan Wanita : Boleh tabur gula juga pada lauk lain. Bila nak mask tetap rasa segarnya. Selamat mencuba.

Sumber: Aniza Mustafa

Tip Pilih Udang Di Pasar

Selalunya, kalau lambat ke pasar, banyak udang yang dah tak berapa segar, ada kepala yang hampir tercabut dan belum lagi dengan isinya yang agak lembik. Jadi, ada cara yang boleh bantu mak-mak pilih udang di pasar.

Hidu Bau Udang

Kita perlu hidu bau udang terlebih dahulu sebelum membelinya. Hidu bukannya kita ambil udang itu kemudian hidu macam kita hidu bunga. Cara mudah nak hidu kalau kita berdiri dari jauh pun kita akan bau kesegaran udang.

Biasa udang segar akan berbau laut dan tidak hanyir. Manakala, udang tidak segar akan berbau hanyir dan busuk. Bukan sahaja baunya kuat menusuk lubang hidung. Malah nak membeli pun rasa dah tiada mood .

IKLAN

Periksa Lendir Pada Udang

Udang yang masih segar biasa tidak akan berlendir banyak bila kita pegang. Berbeza pula dengan udang tidak segar. Ia akan mengeluarkan lendir yang banyak.
Maka itu tandanya udang tersebut sedang mengalami proses pembusukan. Jadi sebaiknya elakkan daripada membeli udang tak segar yer.

Perhatikan Warna Udang

Bila kita perhatikan udang yang masih segar. Kita akan dapat lihat warnanya akan jernih, cerah dan putih coklat. Berbeza dengan udang tidak segar ia biasa berwarna kekuningan, kemerahan atau biru. Jadi, dengan mudah kita tahu udang segar atau tidak. Lepas ni tiada la pening kepala nak memilih udang kan. Semudah ABC jer.

Periksa Tekstur Udang

Sebelum nak membeli udang di pasar. Sebaiknya periksa terlebih dahulu tekstur udang untuk tahu udang segar atau tidak. Kalau udang segar biasa bila pegang, teksturnya lebih tegap dan pejal.

IKLAN

Berbeza dengan udang tidak segar teksturnya lebih lembik dan kulitnya pun tidak keras. Pastikan sebelum membeli udang. Kita periksa dahulu bahagian kaki, kulit dan kepala udang supaya tidak terkoyak atau tercabut.

Elakkan daripada membeli udang yang kaki, kulit atau kepalanya sudah tercabut atau terkoyak. Biasa udang tidak segar akan mudah terkoyak atau tercabut bahagian kepala, kaki atau kulitnya.

Perhatikan Lalat

Memang sifat lalat sukakan benda yang busuk, buruk dan berbau hanyir. Jadi cara mudah nak tahu udang segar atau tidak. Kita perhatikan sahaja kehadiran lalat pada udang.

Sumber: Kipramenulis.com

 

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI