“Aman Graseka bukan dipaksa, dia sendiri mahu temankan saya berniaga.” Itulah yang dijelaskan oleh isteri kepada pelakon veteran iaitu Reena Arina yang tampil menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya dia memaksa suaminya yang sedang uzur untuk bekerja dan berniaga.
Reena berkata, segala tuduhan itu tidak berasas kerana suaminya sendiri memilih untuk menemaninya berniaga atas dasar tanggungjawab dan kebimbangan terhadap keselamatannya.
“Kerja memasak dan semua urusan lain saya buat bersama mak dan keluarga. Abang Aman hanya risau saya keluar berniaga seorang diri, jadi dia temankan.
“Saya tak boleh buka payung, dia tolong buka payung. Dia susun makanan sedikit sebanyak sahaja, bukannya angkat kayu balak pun,” katanya menerusi video penjelasan di TikTok.
Reena Arina Cerita Hal Sebenar
Menurut Reena, dia terkilan apabila wujud dakwaan kononnya suaminya tidak mendapat rehat secukupnya sehingga terpaksa bekerja dalam keadaan tidak sihat.
Sebaliknya, kata Reena, Aman yang menghidap diabetes sendiri mahu berada di sisi bagi memberi sokongan moral serta mengelakkan persepsi negatif masyarakat.
“Dia sendiri risau kalau orang kata dia ada isteri tetapi biar isteri berniaga seorang diri. Dia tak mahu orang tuduh dia makan hasil titik peluh saya.
“Jadi dia pilih untuk temankan saya, bukan sebab dipaksa,” jelasnya.
Reena turut menafikan dakwaan kononnya dia mengerah suaminya sehingga tidak mendapat rehat mencukupi, termasuk membangunkan Aman pada waktu pagi untuk ke pasar.
Kalau Tak Kerja, Siapa Nak Bagi Makan
Sebaliknya, jelasnya, rutin itu dilakukan secara berasingan bagi menjaga keadaan kesihatan aktor berkenaan.
“Dia bukan tak cukup tidur. Kalau saya ke pasar, saya pergi seorang diri. Saya tak kejut dia, saya bagi dia rehat cukup sebab dia perlu memandu.
“Waktu malam pula saya yang memandu. Dia pun tak larat nak buat kerja berat, jadi saya yang uruskan,” katanya.
“Kalau tak bekerja, siapa nak cari makan?”
Mengulas isu usia dan keadaan kesihatan suaminya, Reena berkata, seseorang tidak seharusnya berhenti berusaha selagi masih mampu mencari rezeki.
“Tak kira umur berapa pun, kalau Allah nak uji dengan sakit, Dia akan uji juga. Hidup mesti diteruskan.
“Di kampung saya pun ramai yang masih bekerja walaupun sudah berusia. Kita tak boleh bergantung sepenuhnya kepada anak-anak,” katanya.
Terdahulu, Reena membuat penjelasan itu selepas menerima pelbagai komen netizen yang mendakwa Aman sepatutnya berehat kerana faktor usia dan kesihatan.
Sebelum ini, Reena turut berkongsi keadaan Aman yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani selepas mengalami batuk, demam dan sakit kepala, selain disyaki mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Isu itu turut menjadi perhatian selepas anak Aman, Nurul Dayini Ashiqah, meluahkan rasa tidak puas hati di Threads mendakwa bapanya dipaksa bekerja meskipun sedang sakit teruk.
Nurul Dayini ialah hasil perkahwinan Aman bersama bekas isterinya, penyanyi Mas Idayu.
Tanpa diduga, seorang rakyat Malaysia cedera terkena letup*n b0m di Kampung Sapom, Takbai tengah hari tadi. Kalau ikutkan ramai rakyat malaysia yang masuk ke Thailand walaupun pihak berkuasa malaysia selalu menasihati supaya rakyat malaysia berhati hati melalui kawasan yang berisiko.
Menurut portal berita, lelaki berusia 38 tahun itu cedera di badan selain kenderaannya turut mengalami kerosakan. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Narathiwat.
Ahli Parlimen Sungai Golok dan Takbai, Amin Mat Yusof berkata, ketika kejadian berlaku letupan bom di laluan di mana mangsa yang menaiki Proton X50 secara kebetulan melalui lokasi berkenaan.
“Mangsa mengalami kecederaan dan kini dihantar ke Hospital Narathiwat untuk rawatan lanjut.
“Kenderaan mangsa juga turut mengalami kerosakan akibat letupan b0m berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima maklumat seorang rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan Malaysia cedera terkena letupan b0m.
“Saya tidak tahu maklumat lanjut sama ada b0m berkenaan dipasang di kenderaan atau berada di tepi jalan.
Terkejut dengan kes pelajar perempuan meninggal jatuh bangunan sekolah semalam, ramai zahir rasa simpati dan ingin tahu punca kejadian yang berlaku. Nak-nak pula apabila tahu kes berlaku waktu pagi.
Suasana tenang di sekolah menengah di Sendayan bertukar pilu apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Insiden tragis berkenaan menggemparkan seluruh warga sekolah serta penduduk sekitar apabila orang ramai dilihat mula berkumpul di kawasan sekolah sejurus selepas kejadian berlaku.
Seorang penduduk yang tinggal berhampiran sekolah berkata, dia hanya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila melihat ramai orang berkerumun di kawasan berkenaan.
“Rumah saya bersebelahan sahaja dengan sekolah ini. Saya nampak ramai orang berkumpul. Tak sangka pula ada kes pelajar terjatuh,” katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa telah berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.
Tragedi yang berlaku ketika perjumpaan tiga penjuru sedang berlangsung ini benar-benar meninggalkan kesan mendalam. Keutamaan KPM saat ini adalah memastikan kebajikan dan sokongan emosi (psikososial) terbaik diberikan kepada keluarga serta warga sekolah yang trauma.
Kes kini dalam siasatan penuh pihak polis dan JPNS turut menjalankan siasatan dalaman. Mohon ruang dan privasi diberikan kepada keluarga arwah.
Kejadian itu turut mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen yang menzahirkan ucapan takziah serta berharap keluarga mangsa diberikan kekuatan menghadapi ujian berat ini.
Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya mereka yang kerap menggunakan mesin teler automatik (ATM) untuk urusan harian. Bermula 1 Julai 2026, pengeluaran wang ATM antara bank akan diberikan secara percuma tanpa sebarang caj RM1 seperti yang dikenakan sebelum ini.
Inisiatif baharu ini diumumkan menerusi kenyataan bersama tiga persatuan utama industri perkhidmatan kewangan negara yang menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha untuk memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kewangan yang lebih inklusif dan mampu milik.
Pengumuman ini pastinya disambut baik oleh ramai pengguna kerana pengeluaran wang ATM merupakan antara transaksi paling kerap dilakukan oleh rakyat Malaysia, sama ada untuk urusan membeli-belah, pembayaran harian, perbelanjaan keluarga mahupun kecemasan.
Sebelum ini, pelanggan yang mengeluarkan wang di ATM bank lain lazimnya dikenakan caj RM1 bagi setiap transaksi.
Walaupun jumlah tersebut kelihatan kecil, ramai pengguna berpendapat caj tersebut menjadi beban tambahan terutama bagi mereka yang kerap melakukan pengeluaran wang ATM setiap minggu atau setiap hari.
Dengan pelaksanaan inisiatif baharu ini, pemegang kad debit Malaysia kini boleh menggunakan mana-mana ATM atau Mesin Kitar Semula Pintar (SRM) bank yang mengambil bahagian tanpa perlu membayar sebarang yuran tambahan.
Ini bermakna pengguna bebas membuat pengeluaran wang ATM di mana-mana lokasi yang paling dekat dan mudah tanpa perlu mencari mesin ATM milik bank sendiri.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, inisiatif ini membolehkan pelanggan mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara.
Perkara ini memberi manfaat besar kepada pengguna yang tinggal di kawasan luar bandar, bandar kecil atau lokasi yang mempunyai pilihan ATM yang terhad.
Dengan kemudahan pengeluaran wang ATM percuma ini, pelanggan tidak lagi perlu memikirkan caj tambahan apabila menggunakan mesin bank lain.
Langkah ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kemudahan kewangan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi.
Bagaimanapun, pengecualian caj tersebut hanya melibatkan ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia.
Inisiatif pengeluaran wang ATM percuma ini dilaksanakan hasil kerjasama antara Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) serta Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).
Menurut pihak terlibat, langkah tersebut mencerminkan komitmen berterusan industri kewangan dalam menyediakan akses perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan berpatutan kepada pengguna.
Malah, keputusan untuk menghapuskan caj pengeluaran wang ATM turut mengambil kira realiti bahawa wang tunai masih memainkan peranan penting dalam kehidupan harian rakyat Malaysia.
Walaupun penggunaan pembayaran digital semakin meningkat, masih ramai yang bergantung kepada wang tunai untuk pelbagai urusan harian.
Dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar, setiap bentuk penjimatan memberi makna kepada rakyat.
Walaupun caj RM1 mungkin kelihatan kecil, jumlah tersebut boleh menjadi besar apabila dikumpulkan dalam tempoh setahun terutama bagi pengguna yang sering melakukan pengeluaran wang ATM.
Oleh itu, penghapusan caj ini dilihat sebagai satu langkah positif yang mampu membantu mengurangkan perbelanjaan harian rakyat.
Selain itu, ia juga memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk menggunakan mana-mana ATM yang tersedia tanpa perlu memikirkan kos tambahan.
Bagi golongan warga emas, pelajar, pekerja harian dan keluarga berpendapatan sederhana, inisiatif ini dijangka memberikan manfaat yang lebih ketara.
Walaupun Malaysia sedang bergerak ke arah masyarakat tanpa tunai, hakikatnya wang tunai masih diperlukan dalam banyak situasi.
Terdapat peniaga kecil, pasar tradisional, kedai komuniti dan perkhidmatan tertentu yang masih menerima pembayaran secara tunai.
Atas sebab itu, akses kepada pengeluaran wang ATM yang mudah dan percuma terus menjadi keperluan penting.
Pihak industri perbankan turut mengakui bahawa wang tunai kekal sebagai satu komponen penting dalam ekosistem kewangan negara.
Justeru, memastikan rakyat dapat mengakses wang tunai dengan lebih mudah dan tanpa beban caj tambahan merupakan langkah yang tepat pada masanya.
Tester minyak wangi yang pecah secara tidak sengaja menyebabkan sepasang suami isteri terpaksa membayar lebih RM1,000 dalam satu kejadian di sebuah butik minyak wangi...