Rupanya dengan bekukan macam buat aiskrim, Bunga Kantan elok tak lebam kekal segar malah tahan sehingga 6 bulan!
Bunga Kantan antara bahan yang diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya. Jimat banyak kalau ada tanam pokok bunga kantan sendiri ni di rumah. Sebab harga sebatang bunga kantan di kedai mahupun pasar boleh tahan mahal juga harganya.
Namun jika ada banyak stok bunga kantan di rumah tu, boleh simpan ikut cara yang dikongsikan oleh Pn Qiha Fareesya ini.Menurut wanita ini, simpan cara begini bunga kantan boleh tahan lama sehingga 6 bulan malah bau dan rasanya juga kekal sama dan segar. Jadi bolehlah digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.
“Ini cara saya untuk bagi bunga kantan tahan lama.Buat macam aiskrim ye sahabat.”
“Kalau simpan tanpa isi air lama-lama akan jadi hitam di dalam.Tapi buat cara macam ni Inshaa Allah tahan lama. Saya pernah simpan sampai 6 bulan.Bau dan rasanya tetap fresh”
Ads
Caranya:
1.Bunga kantan tengok saiz ye.. Besar belah 4, kecik belah 2. Kira muat masuk dalam plastik aiskrim tu dalam keadaan bersilang untuk jimatkan plastik.
2.Isi air masak dalam plastik yang dah diisi bunga kantan tadi. Air mesti tertutup seluruh bunga kantan tu.
3.Simpul kemas-kemas.
4.Bekukan macam kita buat aiskrim tu.
5. Pesan dan bagitau anak-anak, ini bukan aiskrim ye. Takut terjadi macam saya aritu anak-anak ingat aiskrim.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak mesti cuba tip dapur yang dikongsikan ini, agar bunga kantan yang disimpan tak busuk, tahan lama dan boleh digunakan bila diperlukan.
Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak menanggalkan kesan gam atau pelekat pada bekas dengan menggunakan minyak masak. Bukan apa, kadang kala bekas yang kita beli ada ‘sticker’, bila dibuang ia meninggalkan kesan gam pada bekas tersebut. Malah jadi tak cantik dan melekit pula.
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
Tips:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Gelang emas bila selalu pakai, lama-kelamaan ia nampak kusam dan berdaki. Maklumlah, pakai untuk ‘basahan’ dan hari-hari biasa.
Bilaberdaki, dah tentu tak lagi berkilat macam mula-mula baru beli kan. Ada mak-mak sanggup ke kedai emas untuk upah bersihkan. Mahunya ambil masa dua tiga hari untuk siapkan. Nak kena tunggu pula.
Rupanya, mak-mak boleh saja cuci gelang emas mahupun rantai berdaki dan kusam ini di rumah. Ambil masa 15-20 minit saja. Bahan pun hanya guna pencuci saja. Inilah yang dikongsikan oleh Rahaida Harun.
Masukkan pencuci glo dalam air panas. Rendam mana-mana barang kemas yang dah kusam selama 15-20 minit.
Boleh saja sental dengan menggunakan berus gigi. Jangan risau, sental guna berus gigi tidak akan lunturkan dan kopekkan barang kemas. Sebaliknya, elakkan dari rendam dengan mengguanakan alkohol atau bahan kimia.
Bila dah siap, bilas dengan air biasa dan keringkan. Hasilnya berkilat dan cantik.
Memang ada benarnya, jika berhasrat untuk membina rumah di tanah kosong, perlu ambil kira dan mempertimbangkan asas orientasi rumah tersebut. Jangan tergesa-gesa untuk mereka bentuk rumah mengikut citarasa sendiri tapi terlepas pandang beberapa aspek penting ini.
Perkongsian daripada Tuan Azari Mat Yasir, Pensyarah Kanan Program Senibina, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia ini boleh dijadikan panduan.
Antara soalan popular di grup Tukang Apa Hari Ini ialah “Macamana nak mula design rumah sendiri di atas tanah kosong?”. Respon tipikal biasanya terdiri dari “Berapa bajet?” dan “Area mana?”, termasuklah “Ini contact saya, bila-bila ready, ONZ”.
Aku tahu kemusykilan yang timbul di kalangan bakal pemilik rumah biasanya berkisar pada “adakah aku membuat keputusan yang betul?”.
Jadi kat sini aku nak kongsikan antara benda-benda asas yang seorang arkitek akan bantu ketika mereka bentuk rumah idaman anda – menentukan orientasi (arah/hala) rumah anda.
Kalau kat negara-negara di hemisfera utara/selatan, mereka memang gemar mengadap matahari. Ini kerana iklim mereka yang sejuk dan mendapat matahari terik pada musim panas sahaja. Tapi kita di khatulistiwa, kalau boleh nak lari dari matahari ni.
Rumah yang mengadap matahari terbenam akan terlajak panas. Walaupun kita hadang dengan dinding, nanti dinding tu sendiri menyerap haba dan menjadi radiator pada waktu malam. Tu pasal kekadang rumah kita bahang sampai ke tengah malam (walaupun semua orang solat tak pernah tinggal ).
Ini dah jadi kebiasaan orang Malaysia, rumah mesti nak mengadap jalan masuk. Padahal ini bukan amalan tradisi kita. Banyak rumah-rumah kampung sebenarnya tak mengadap jalan masuk pun. Habis, dari mana datang pesen ni?
Dari kebiasaan melihat rumah teres. Semua rumah teres memang mengadap jalan. Ini untuk membolehkan developer memaksimumkan ruang yang ada untuk menjual seberapa banyak unit rumah pada tanah yang ada. Jadi susunan yang efisien bermakna rumah kita mengadap jalan, dengan pintu pagar dan porch tercatuk di depan rumah.
Soalan saya: Seronok ke duduk rumah mengadap kereta? Kenapa tak mengadap laman atau pemandangan yang cantik?
Jadi bila kita design rumah sendiri di atas tanah kosong dan lapang, fikirkan aspek ini. Kita tak perlu mengadap jalan raya!
Bila buat rumah, jangan tengok pelan sahaja. Arkitek memang dah fasih dan faham tentang ‘respon kepada konteks’. Tapi ia jarang dibincangkan dengan klien, hinggakan ia kerap dianggap sebagai ‘specialised, elitist knowledge’. Benda ni simple aje sebenarnya.
Cuba fikir, bila bangun pagi dan bukak tingkap, kita nak mengadap apa sebenarnya? Pemandangan bukit bukau berbalam-balam, atau bas sekolah kepunyaan jiran yang tengah panaskan enjin dengan asap berkepul-kepul?
Bila kita ada tanah, lihat sekelilingnya. Kalau boleh duduk (berkhemah) di tanah tu seminggu, perhatikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Pastikan tak ada silau dari bangunan jiran dan elakkan design yang membolehkan jiran menjenguk ke dalam rumah kita dari balkoni dia (kecuali kalau korang memang suka, yang tu aku tak nak campur hahah).
4. AGAMA / SPIRITUALITI
Ini pun penting juga. Ada orang bermatian-matian nak rumah dia mengadap kiblat. Sebenarnya tak wajib mengadap kiblat, cuma ia memudahkan nak berjemaah kalau ruang tu selari dengan kiblat. Bukan seluruh rumah kena hadap kiblat, cukuplah satu dinding/ruang yang selari atau serenjang dengan kiblat. Islam itu mudah.
Begitu juga dengan aspek-aspek lain. Ada orang percaya dengan Feng Shui. Aku tak percaya, tapi aku tahu macamana nak design dengan Feng Shui. Kenapa aku belajar Feng Shui? Pasal kalau rumah tu ikut/mesra Feng Shui, boleh jual lagi mahal maaa.
Ini tak payah cerita banyak. Kalau tanah kau mengadap tasik, maka itulah orientasi rumah kau. Tak kiralah ia membelakangkan jalan ke, rumah jiran ke, balai polis dan sebagainya, pemandangan yang indah tak dapat dinikmati oleh semua orang. Sekurang-kurangnyanya, di masa akan datang boleh dijadikan homestay dengan ciri-ciri yang menarik!
Tapi tolong bincang dengan arkitek untuk memanfaatkan pemandangan yang cantik. Membuat balkoni supaya boleh jenguk awek rumah sebelah TAK KIRA!
Ini soalan yang anda kena tanya pada diri sendiri. Bukan semua ini sama penting, dan bukan semua orang mempunyai kehendak yang sama. Malah, tanah-tanah yang ada ni pun berbeza-beza kehendaknya.
Di sini, perbincangan dengan arkitek amat penting untuk memanfaatkan tanah yang ada. Beritahu dia apa yang penting untuk anda, apa yang tak perlu ditekankan. Nanti pandailah dia design beberapa cadangan untuk kita pilih.
Rumah yang kita bina bukan untuk duduk 2-3 tahun.Rancanglah 20-30 tahun akan datang. Arkitek boleh design semua tu, itu memang kepakaran arkitek. Semua dah termasuk dalam fi haha! Sebenarnya ada banyak tugas arkitek ni, tapi ini secebis sahaja.
Banyak lagi aspek design yang perlu dititik-beratkan. Contohnya, rekaletak bangunan, susunatur ruang, kemudahan sirkulasi, pencahayaan, pengudaraan, keselesaan termal, jangkahayat penggunaan bangunan, keselamatan dan macam-macam lagi.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh pemilik-pemilik tanah yang bakal membina rumah satu hari nanti.
Mesti Baca:Habis Bayar Ansuran, Jangan Ingat Rumah Terus Jadi Milik Kita!
Artikel Menarik:Akibat ‘Renovation’ Rumah Secara HARAM, Siap Sedia RISIKO Kena Tanggung Nanti!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada tanah kosong dan merancang nak bina rumah, jangan tergesa-gesa. Fahamkan dulu asas orientasi rumah yang ingin dibina dahulu.
Bertukar nyawa, niat murni seorang abang selamatkan adik daripada dihanyutkan arus deras berakhir dengan tragedi memilukan apabila dia ditemukan lemas dalam kejadian di Taman Ayer Keroh Heights.