Ada caranya untuk simpan petai supaya tahan lama, kekal segar dan rangup macam baru dikupas.Bukan apa bagi mak-mak yang suka petai, waktu musim petai ni lah kena buat stok jadi bila teringin nak makan tu dah ada. Tapi kena tahu cara simpan yang betul barulah petai kekal segar dan rangup.
Boleh cuba cara simpan petai seperti yang dikongsikan oleh Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih dikenali Cikgu Kebun ini.
Hari ni Cikgu Kebun nak kongsi kat hangpa yang ‘hantu petai’ macam kami suami istri suka makan petai, dikatakan setiap bulan 2-3 kali akan ada menu berasaskan petai.
Nasib baik lagi CK dan bidadari CK, kami kedua-dua suka makan petai, kalau tandas bau petai okey ja..hehe
Sapa-sapa yang suka makan petai boleh ikut cara CK macam mana nak simpan petai supaya segar dan boleh terus masak bila-bila masa sahaja.
Syukur rezeki jugak ayah mertua CK ada tanam petai banyak, lebih 100 pokok petai ada di dusun tu, jadi stok petai sentiasa ada. Kalau nk beli boleh tahan harga dia kan.
Cara-cara hangpa nak simpan petai bagi kekal segar dan tahan lama.
Tips simpan petai supaya tahan lama dan masih segar seperti baru dikupas.
1. Letak Tempat Sejuk
Setiap kali petai di ambil dan turun dari pokok, selalunya CK akan letak dalam surat khabar dan plastik hitam. Letak dalam bilik air, kira tempat sejuk la..
2. Kupas Satu Persatu
Kami akan ambil masa untuk kupas petai satu demi satu. caranya potong mata petai tersebut 2 bahagian (rujuk gambar di bawah). supaya jika ada ulat atau rosak boleh di buang terus.
IKLAN
3. Buang Selaput Putih
Kupas setiap biji petai dan buang kulit dan selaput putih yang ada pada biji petai tersebut, jangan tak buang nanti petai cepat rosak kalau ada selaput tu.
4. Simpan Dalam Plastik
Masukkan dalam plastik kecik, bahagikan setiap plastik sekali masak. Nanti senang nak masak terus ambil sahaja.
5. Ikat Dengan Getah
Ikat dengan getah plastik tersebut dan letak dalam peti sejuk bahagian beku & frozen tu.
Petai akan membeku, kalau hangpa tengok gambar di bawah dah lebih sebulan petai masih nampak segarkan.
IKLAN
Rendamkan dahulu biji petai yang beku dalam mangkuk sekejab sebelum masak.
Basuh-basuh dan terus boleh masak bersama daging korban. pehhhh sedap. “sambal petai daging”
hangpa jangan tengok gambar last sekali kalau tak kuat. nanti auto lapar..hehe
Elak pulut kuning cepat basi. Kalau tak kena cara masak, bukan setakat lembik tapi boleh buat ia cepat basi. Kadang-kadang, dah biasa masak pun boleh jadi basi.
Ada cara untuk elak pulut kuning cepat basi. Mungkin setiap orang ada cara yang berbeza memasaknya. Boleh jadi 2-3 hari pun masih elok. Makan dengan rendang atau serunding, sedap sangat ni.
Kali ni boleh kongsi cara yang diajar oleh arwah mak Zailah ismail ini. Katanya kena panaskan santan dulu, tak perlu tunggu santan tu mendidih pun.
Elak Pulut Kuning Cepat Basi, Panaskan Santan Dulu
Sedap juga makan pgi dengan pulut kuning. Ada cara nak bagi pulut kuning lambat basi.
Caranya:
Cuci bersih beras pulut dan rendam bersama serbuk kunyit. Kalau rajin, tumbuklah kunyit hidup tapi kalau nak cepat, guna serbuk kunyit pun boleh.
Rendam beras pulut itu bersama asam keping dan sekurang-kurangnya rendam selama 3 jam. Boleh saja rendam semalaman.
Kemudian, panaskan santan, letak garam dan gula sedikit. Panaskan saja di atas api. Tak perlu sampai mendidih pun. Ini untuk elakkan pulut cepat basi.
Sebelum kukus pulut, keluarkan asam keing. Kukus selama 20-30 minit bergantung kepada kuantiti pulut. Kalau banyak, kukus lama sedikit. Keluarkan dan gaul dengan santan.
Gaul sedikit demi sedikit dan biarkan selama 5-10 minit. Lepas itu kukus semula sehingga betul-betul masak. Biasanya paling lama dalam masa 30 minit dah siap masak.
Pp/s: Mungkin lain orang lain caranya. Tapi inilah yang biasa saya buat seperti yang diajar oleh arwah mak.
Mingguan Wanita : Ada juga yang nak cepat tak kukus pun cuma masak dalam periuk nasi. Boleh saja. Cara masing-masing.
Nak kulit wajah cerah tak perlulah nak ambil rawatan yang boleh membahayakan diri. Daripada nak cantik, kulit wajah jadi teruk. Sebab kita tak tahu campuran bahan yang digunakan itu.
Bukan bermaksud tak boleh langsung untuk dapatkan rawatan kulit wajah cerah dan canti. Tapi bimbang ia tidak bersesuaian dengan kulit wajah kita.
Tak perlu nak membazir duit ratusan atau ribuan ringgit semata-mata nak kulit wajah cerah, bersih dan bebas jerawat, boleh saja guna bahan semulajadi yang sudah tentu mempunyai banyak manfaatnya.
Inilah yang dikongsikan dalam video tiktok teamonmalaysia dengan hanya menggunakan nasi masak dan pegaga untuk disapukan pada kulit wajah. Katanya, petua ini dalah berkesan 100% dan boleh cuba di rumah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Kebiasaannya, selesai urusan masak memasak mahupun waktu makan seisi keluarga, bab yang paling ‘renyah’ nak lalukan ialah kena cuci pinggan mangkuk yang banyak. Dengan kemudahan yang ada, sebenarnya kita boleh guna ‘dishwaher’ atau mesin pencuci pinggan je. Memudahkan kerja mencuci pinggan mangkuk, malah lebih jimat air, masa dan tenaga. Hasilnya pula memang puas hati, pinggan mangkuk jadi lebih bersih, hygiene dan bersinar.Memang sesuai bagi family yang besar, mak-mak yang selalu masak di dapur.
Mak-mak yang nak mencari-cari ‘Dishwasher’ yang sesuai dan bagaimana ia berfungsi, boleh baca perkongsian pengalaman daripada Puan Liyana Nazli.
Menunaikan janji nak review dishwasher. Huhu! Maafkanlah diriku agak sibuk dengan kuliah dan exam. Alhamdulillah dah selesai semalam. So macam mana pengalaman dah beberapa minggu guna dishwasher ni?
Lesssgoo!
Sebenarnya dah lama dah seriously nak beli dishwasher. Sebab rumah ni memang dapurnya berasap 2-3 kali sehari, jadi memang banyak spend masa di dapur. Dah masak kena kemaskan dan basuh pinggan pulak. Alangkah best kalau ada yang tolong basuhkan (tanpa disuruh!) Hahaha! Terpengaruh dengan Anis Latif yang kata dishwasher ni among her best buy lah!
Dishwasher Table Top
Dah survey dari tahun lepas, tapi masa tu tak banyak pilihan sangat dalam pasaran Malaysia. Kami aim yang table top sebab senang nak manage. Tak perlu terbongkok-bongkok nak isi dan ambil pinggan. Pilihan yang ada masa tu Panasonic NP-TR8HQMY harga RM2.5k++ tapi saiz kecil. Next yang besar sikit ialah Bosch tapi mahal sangat pulak sampai RM3k++. Terpaksalah lupakan sekejap. Tapi tahun ni macam perlu juga sebab PKP ni memang tak larat nak urus rumah, PDPR anak-anak, kerja, belajar arghhh!
Terbaca review brand Toshiba ni. Tahun lepas model ni tak ada lagi dalam pasaran Malaysia. Cakap jelah semula kat husband isi hati kita ni kan, manalah tahu ada rezeki. Dia buat muka tak layan je. Rupanya diam-diam dia pergi ukur bagai dimension dia. Suatu hari kita balik rumah tetiba ada kotak besor tengah-tengah dapur. Dishwasher yeay!
Dia kata dia beli tanpa modal. Side income tepi-tepi dialah agaknya. Harga jauhhh lagi murah daripada jenama yang lain RM1.1k sajaaa. Jadi dishwasher ni bukanlah luxury items untuk yang memerlukan. Nak bawak masuk bibik saja dah RM12k weih bayar muka, gaji bulanan RM1.2k. Belum masuk kena layan perangai dia macam-macam. Baik cari bibik robot yang patuh ini.
Saluran Air Keluar Masuk
Tapi tak terus pasang sebab nak kena manage piping dia. Yang ni kami memang panggil tukang untuk buatkan sebab nak kemas. Kalau buat sendiri susah juga sebenarnya. Dia kena ada saluran untuk air masuk dan keluar. Sama macam mesin basuh ya. Air keluar tu kami alur kat lubang sinki saja.
Saiz dia alhamdulillah puas hati memang sis sumbat saja segala apa yang muat. Pinggan, cawan, periuk, pans, sudu, semualah. Kat rumah ni mesin ni berjalan 2 kali sehari. Batch sarapan dan makan tengahari satu cycle, batch minum petang dan makan malam satu cycle.
9 Mode Cucian
Dia ada 9 mode bergantung kepada jenis kotoran yang kita nak bersihkan tu.
Heavily soiled dishes guna mode Hygiene. Dia akan panaskan air kepada 70C selama 160 minit. Yang ni hasil memang tip toplah!
Tapi sis selalu guna option Eco je. Yang tu pun insyaAllah bersih dah pinggan. Tapi 185 mins gaklah dia nak menyental.Dan beberapa options lain yang lebih cepat siap basuh. Bergantung kepada kadar kekotoran dan seberapa urgent kita nak guna pinggan hihi!
Sabun Khas
Sabun guna sabun khas. Beli online je pun. Kami guna jenama Finish 1 kg tu. Sekali guna tak banyak pun. Tu ada sis tepek gambor. InsyaAllah jimat. Beli sekali dengan Rinse Aid dia untuk hasil pinggan yang berkilau. Tapi tak guna pun takpe Rinse Aid ni.
Penting Susun Pingan Elok-Elok
Tapi bila guna dishwasher ni yang penting kena susun pinggan tu elok-elok bagi bahagian yang kita nak cuci tu tak tercover dengan pinggan lain dan tak menadah air. Kalau salah susun memang tak bersih juga. Susun pun berseni hahah kasi muat semua.
Jimat Air, Masa & Tenaga
Kelebihan guna dishwasher ni ialah penjimatan air berbanding kita basuh secara manual. Sekali pusing kos elektrik dia dalam 15 – 30 sen hasil pengiraan Jurutera Elektrik kat rumah ni. Haha! Dan of course, jimat masa dan tenaga. Masa yang lebih tu boleh buat benda lain yang lebih productive lagi insyaAllah.
Panjang bethol kita review. Disertakan gambar-gambar bukti sebelum dan selepas untuk membantu para suri rumahtangga menghasut suami masing-masing. Kita dah reviewkan siap-siap mana murah nak beli dan sampai terus depan pintu rumah.
Selamat berkempen!
Baca Lagi Di Sini :
Cuci Bekas Plastik Berminyak Mudah Tanggal, Guna Tips Ni Memang Menjadi!
12 Item Cuci Cuci RM2 Wajib Beli, Bahagiakan Kerja Mak Mak Dalam Rumah
Mingguan Wanita : Menarik juga jika ada dishwasher atau mesin pencuci pinggan ini di rumah. Jika berkemampuan tiada salahnya beli untuk memudahkan kerja mencuci pinggan ni, malah jimat air, masa dan tenaga.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...