Tiada siapa menyangka apa akan berlaku dalam hidupnya, kali ini seorang penuntut wanita IPTS di Kuala Lumpur juga menjadi mangsa keenam terkorban dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), dekat Bukit Besi selepas pulang dari perhimpunan RXZ Members 8.0.
Penuntut Wanita IPTS Mangsa Keenam RXZ Members 8.0
Ads
Ads
Ads
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Arissa Shazzira Zainudin, 21, yang beralamat di Taman Bukit Goh Perdana, Kuantan, Pahang.
Pihak polis menerima makluman daripada orang awam berhubung insiden kemalangan jalan raya berkenaan jam 5.10 petang.
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggangi mangsa.
Kedua-dua kenderaan berkenaan datang dari arah yang sama iaitu dari Kuala Terengganu selepas menghadiri Program RXZ Members 8.0.
Kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dimana pemandu pacuan empat roda menuju ke Ampang, Selangor manakala penunggang motosikal berkenaan menghala ke Kuantan, Pahang.
Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton itu berhenti di lorong kecemasan untuk berehat.
Bagaimanapun, motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggangi mangsa tiba-tiba datang dari arah belakang lalu melanggar bahagian belakang kenderaan berkenaan.
Akibat rempuhan kuat itu, mangsa telah tercampak ke tengah-tengah jalan raya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Salam takziah buah ahli keluarga mangsa, berat ujian yang Allah kirimkan. Namun sudah tertulis ajalnya begitu, semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada Allahyarhamah, melapangkan kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Jarang nak tengok wanita pilih jadi kapten bas kerana kenderaan itu agak besar dan kerjanya mencabar, memerlukan ketahanan fizikal dan fokus tinggi untuk kendalikan kenderaan besar.
Namun sekarang semakin ramai wanita berani memecahkan stereotaip dengan menceburi bidang yang selama ini didominasi golongan lelaki.
Begitulah yang dipilih oleh kapten bas Rapid KL, Norfatiha Toilah, 38, dia memang sudah menyimpan hasrat untuk menjadi pemandu kenderaan berat sejak sekian lama.
Katanya, dia pernah mencuba membawa lori kerana suaminya, Irwan Nganro, 45, adalah pemandu lori barang sejak lebih 20 tahun lalu.
“Tetapi selepas memandu lori, saya berasakan ia tidak sesuai untuk wanita kerana tuntutan fizikal, selain ada tugas yang perlu mengendalikan muatan yang pelbagai serta berat.
“Namun, impian saya tidak berkubur di situ sahaja. Kira-kira empat tahun lalu, ketika sedang bekerja sebagai jurutol, saya terkejut melihat pemandu bas Rapid KL wanita.
“Saya terus bertanyakan kepadanya bagaimana menjadi kapten bas dan tanpa membuang masa terus memohon dan kini sudah lebih tiga tahun menjadi kapten bas,” katanya.
Ibu kepada dua anak berusia lima dan satu tahun itu berkata, selepas mendapat latihan dan kursus seperti pemanduan, kecemasan dan komunikasi, dia kini yakin memandu bas tanpa sebarang masalah.
“Tetapi selepas memandu lori, saya berasakan ia tidak sesuai untuk wanita kerana tuntutan fizikal, selain ada tugas yang perlu mengendalikan muatan yang pelbagai serta berat.
“Namun, impian saya tidak berkubur di situ sahaja. Kira-kira empat tahun lalu, ketika sedang bekerja sebagai jurutol, saya terkejut melihat pemandu bas Rapid KL wanita.
“Saya terus bertanyakan kepadanya bagaimana menjadi kapten bas dan tanpa membuang masa terus memohon dan kini sudah lebih tiga tahun menjadi kapten bas,” katanya lagi.
Ibu kepada dua anak berusia lima dan satu tahun itu berkata, selepas mendapat latihan dan kursus seperti pemanduan, kecemasan dan komunikasi, dia kini yakin memandu bas tanpa sebarang masalah.
Beliau menegaskan, aspek keselamatan turut diberi perhatian apabila semua bas dilengkapi CCTV yang dipantau secara berterusan dari pusat kawalan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Semakin cantik dan tampal manis, pelakon Salina Saibi kini tampil berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada bulan Syawal lalu tanpa niat awal untuk berhijab.
Salina mengakui berdepan ujian dalaman dan komen netizen, namun dia berusaha untuk istiqamah dalam penghijrahan demi diri, suami, dan Allah.
Perubahan ini membuatkan Salina rasa lebih tenang dan bahagia dalam kehidupan seharian walaupun ada rindu pada rambutnya sebelum ini.
Kini tampil dengan imej berhijab, pelakon Salina Saibi berharap semua orang dapat mendoakannya untuk terus istiqamah dengan penghijrahan yang dilakukannya.
Menurut Salina, penghijrahannya bermula selepas pulang menunaikan umrah pada bulan Syawal lalu. Katanya, dia sendiri tidak pernah merancang atau berniat untuk berhijab ketika berangkat ke Tanah Suci.
“Bermula selepas saya pulang dari umrah. Doakan saya sebab iman saya lemah. Setiap kali pakai tudung, ada sahaja setan nak menghasut. Iman berbolak-balik. Setiap kali keluar, cari tudung dulu. Alhamdulillah suatu perkara yang positif untuk diri saya. Saya buat kerana Allah, diri sendiri dan suami.
“Waktu pergi Umrah sebenarnya saya tak minta dan tiada niat pun. Mungkin ada orang lain termakbul. Dia umpama magik. Keluarga saya pun tak sangka dapat pergi ke Umrah. Kami sampai menangis-nangis. Saya berniat nak pergi Umrah setiap tahun dan nak sponsor seorang selepas mendahulukan keluarga saya.
“Saya dua minggu di sana. Saya rasa berdosa dengan Allah. Saya cuba kuatkan iman. Lagipun, saya ada jati diri tinggi. Susah berbolak balik melainkan kalau ada pengalaman traumatik yang lain. Kadang-kadang, ada orang yang pakai tudung kemudian freehair balik. Janganlah judge mereka,” katanya lagi.
Salina turut mengakui dia berdepan pelbagai ujian, termasuk pergolakan dalam diri sendiri serta komen daripada netizen. Namun, dia menegaskan dirinya sedang berusaha untuk berubah sedikit demi sedikit.
“Suami saya pun tak pernah paksa. Dia pun tersenyum tengok perubahan saya. Sejujurnya, saya rindu sahaja rambut saya. Tetapi itulah dugaan saya. Lagipun saya pun dah hidup separuh abad, tak akan nak tunggu seratus tahun baru nak berubah. Kalau boleh berubah, berubah sahaja. Jangan fikir lain.
“Ujian dari manusia pun banyak. Saya ada menerima komen-komen seperti saya masih muda lagi untuk nak pakai tudung. Namun, sebenarnya dugaan itu bukanlah dia tetapi syaitan yang telah menjentik hati. Ada yang kata baju ketat. Saya tahu perkara itu. Saya sedang cuba,” ujarnya.
Dalam masa sama, Salina bersyukur kerana perubahan yang dilakukannya kini membuatkan dirinya berasa lebih tenang dan bahagia menjalani kehidupan seharian.
Teruja melihat pengantin perempuan mengundi hari ini, tetap meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dengan hadir ke pusat mengundi dengan persalinan pengantin berwarna merah jambu.
Bagi wanita ini, mengundi bukan sekadar memenuhi kewajipan sebagai rakyat Negeri Sembilan, malah menjadi simbol setiap detik penting dalam kehidupan boleh diraikan tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai rakyat.
Pegawai Pemasaran Noor Farzana Masnoor, 26, hadir ke Pusat Pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kubang, Labu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu dengan ditemani suaminya Luqman Adam Sudirman, 27.
“Sebagai pasangan muda generasi Z, kami yakin tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia perlu diutamakan kerana bukan selalu kita mengundi. Mengundi juga amanah untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk masyarakat,” luahnya.
Bukan sekadar moment bahagia dengan pasangan tetapi wanita ini raikan hari mengundi dan mahu tunaikan tanggungjawab.
“Kami percaya kisah ini bukan sekadar tentang sebuah perkahwinan, tetapi tentang generasi muda yang menghargai hak dan tanggungjawab sebagai warganegara,” katanya.
Beliau berkata pengalaman hadir mengundi dengan pakaian pengantin akan menjadi kenangan terindah yang tidak akan mereka lupakan.
Jadi buat anda yang bakal mengundi di negeri masing-masing akan datang, jangan jadikan sibuk sebagai alasan kerana hari mengundi adalah satu moment yang tidak patut anda lepaskan demi tanggungjawab kepada negera.
Semakin cantik dan tampal manis, pelakon Salina Saibi kini tampil berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada bulan Syawal lalu tanpa niat awal untuk berhijab.