Colek buah, kalau kena cara buatnya memang meletup. Sedap sangat. Tapi, ada yang tak kena dengan citarasa, terlebih belacan, terlalu pedas dan mungkin juga tak pekat.
Kali ini, Afy AL Habibi berkongsi resipi colek buah Adik Ben Homemade yang terlebih sedap. Siap jual kat shopee lagi. Paling best, bila makan tak adalah rasa belacan dan sangat pekat, padu.
Colek buah ini tak ada belacan dan resipi yang diberikan ini untuk satu periuk. Nak bagi saudara mara, jiran dan buat stok kat rumah pun boleh.
Bahan:
1 liter air
500 gm gula putih
40 gm udang kering Thailand – dibakar/disangai
5 sudu makan petis udang halal Istiqamah Halim
1 keping besar nise Kelantan ( gula melaka )
150gm bawang putih- cincang dan digoreng
40gm serbuk lada kering halus
250gm kacang tanah goreng – kisar halus
250gm kacang tanah goreng – kisar separa kasar
200gm serbuk asam boi putih
30gm asam jawa
10 sudu makan kicap pekat Jalen
2 sudu teh garam halus ( pink kristal Halalgel )
Cara Membuat:
1. Persiapkan bahan. Sangai/bakar udang kering, cincang dan goreng bawang putih, sangai kacang tanah dan bahagi dua. 1 kisar halus 1 kisar separa kasar, sediakan air asam jawa. Air ambil dari total 1 liter tadi.
2. Mula-mula didihkan 1 liter air. Kemudian, masukkan gula putih dan sekeping besar nise. Dah larut semua, kecilkan api.
3. Dalam pengisar masukkan serbuk asam boi putih, 1 bahagian kacang kisar halus, serbuk lada kering halus, bawang putih goreng, garam, air asam jawa bersama isi (biji buang), petis udang dan ambil air gula tu sikit masukkan.
4. Kisar halus semua bahan sebelum masukkan semula dalam periuk. Buka api sederhana kecil dan kacau sebati.
5. Tambah masuk kicap pekat dan masak antara 20 minit dengan api sederhana kecil; Kacau sesekali.
Ads
6. Tutup api dan biarkan sejuk seketika barulah masukkan 1 bahagian kacang kisaran separa kasar tu. Bagi rangup.
Colek ni akan pekat dengan bahan dan TANPA GUNA SEBARANG TEPUNG atau agen pemekat lain.
Cara simpan: Letak dalam bekas kecil-kecil dan simpan dalam peti.
Ads
Selamat mencuba. Yang ini pun dah cukup sedap dengan penggunaan bahan yang dikongsikan.
Boleh bayangkan sendiri adanya tambahan pelbagai ramuan rahsia lain yang adik
Mingguan Wanita : Fuh! Boleh kecur air liur makan colek ni.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Asyik beli yang dah siap, apa kata kali ini mak-mak yang gemar sangat makan tom yam buat sendiri pes tom yam.
Oang kata kalau buat lagi puas hati dan selamat, sebab kita nampak apa bahan-bahannya. Dan kelebihan buat sendiri ni, nanti boleh buat duit. Untung ke tidak?
Haaa.. resepi dan cara yang Puan Shamliah Ibrahim buat ini, mak-mak boleh rujuk pada gambar yang dikongsi.
Cara Buat Pes Tom Yam
Buat siap nanti senang nak masak. Ok pes tom yam ini juga sesuai untuk:
Tom yam seafood dan ayam Nasi goreng tom yam Macaroni tom yam Dan semua jenis masakkan yang menggunakan pes tom yam.
Bahan banyak ni boleh dapat 3 botol kecil. Tetapi kalau nak buat sikit ÷ 3 setiap bahan
Buat lebih boleh simpan. Boleh juga ganti belacan dengan udang kering.
Tumis cili kisar dulu.
Sos ikan dan asam jawa, rasa tertanya kenapa tak guna limau nipis?? Boleh juga ganti dengan jus limau nipis.
Gaul sebati semua bahan.
Masak lebih kurang 45 minit ke 1 jam sehingga pecah minyak.
Api perlahan kalau tidak jenuh sental dapur terpercik minyak serata alam.
3 botol stok puasa. Kot sampai puasa lah.
Nak masak hanya perlu tambah seafood atau ayam dan sayuran tapi bahan asas tomyam jangan dilupakan serai, lengkuas, ketumbar dan daun limau purut wajib ada.
Selamat mencuba mak-mak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudah rupanya nak buat sendiri ‘Portugese Toast’ di rumah. Hanya guna 5 bahan je. Rasanya sedap dan lemak manis cheese. Sesuai sangat mak-mak nak buat untuk sarapan pagi atau minum petang.
Ikut resipi ‘Portugese Toast’ yang dikongsikan oleh Ju Zueini;
Menu breakfast, Minum petang pun boleh. Portugese toast. Selalu kalau nampak ‘Harolds Bakery’ suka sangat beli.Sebab sedap.Kali ni kita buat sendiri.Rasa creamy yummy camtu.
Lepas ni buat sendiri je la senang boleh adjust rasa manis apa semua sendiri.
Bahan-Bahan:
2 keping Roti gardenia putih@roti benggali (boleh potong ikut tebal kita nak).
*kalau Gardenia nipis sikit. Ni saya guna roti Benggali jual kedai runcit jer*
2 keping Cheesedale
Susu segar (sukatan saya main agak-agak je . Beli kotak kecik pun dah cukup)
Gula (saya guna gula perang)
*letak ikut manis kita suka. Saya letak dalam satu sudu besar paras-paras je*
Sedikit butter dalam satu sudu
*Bahan-bahan boleh adjust ikut kesukaan. Nak manis ke cheese lebih ke.
Cara Membuat:
1.Masukkan butter, susu, kemudian cheese, gula. Kacau-kacau dan masak atas api yang kecil hingga cair dan pekat. (Jangan terlalu pekat).
2.Tutup api. Sapu atas roti tadi.
3.Masukkan ke dalam oven. Bakar sampai atas dia macam brown sikit.
4.Anggaran dalam 7-10 minit. Api atas bawah 160. Adjust Ikut oven masing-masing.
Siap! Selamat Mencuba.
Info Ekstra!
Rasa dia lebih kurang ‘Egg Tart’ tapi ni rasa lemak-lemak cheese.
Mingguan Wanita:Jadi jika nak buat sarapan pagi atau minum petang yang mudah, boleh cuba buat sendiri resipi mudah ‘Portugese Toast’ ini. Memang senang dan sedap!
Sedapnya telur masin bila dinikmati dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Mudah je sebenarnya mak-mak nak buat sendiri telur masin di rumah. Sedia maklum, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.
Berikut perkongsian daripada Raja Amanina sebagai panduan;
“Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk.. Alhamdullilah cantik kejadiannya..Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih (Orang kelantan panggil hingga naik bunga garam)”.
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup
Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...