Jeruk Bawang Putih Sedap, Biarkan 5 Hari Sampai Keluar Warna Hijau Dah Boleh Makan! Bawang putih mengandungi banyak khasiat yang tersendiri.Antara khasiatnya ia mampu menjadi antibiotik semulajadi bagi meningkatkan imunisasi dan sistem ketahanan dalam tubuh serta menurunkan paras kolestrol.

Seeloknya bawang putih dimakan mentah. Namun jika ‘tak tertelan’ rasanya boleh juga cuba buat jeruk bawang putih, rasanya lebih sedap. Malah sedap juga dimakan dengan Bihun Sup, Maggie dan sebagainya.

Ikut cara buat bawang putih seperti yang dikongsikan oleh Puan Zura Khalid ini.

Saya cedok resepi dari puan AJ Idris.

Derhaka sikit resepi sebab ada bahan yang tak de di rumah.So kita guna je apa yg ada. Ni akibat terpengaruh tengok mukbang la ni… hehe

Resepi jeruk bawang putih.

Bahan-Bahan:

Bawang putih yang ada ungu-ungu tu.
1 sudu teh Gula perang
1/2 sudu teh Garam pink
Cuka makan (cukup sampai bawang putih tu tenggelam)

Cara Membuat:

1. Bawang putih mesti yang macam ni ye.

IKLAN

JERUK BAWANG PUTIH Sedap, Biarkan 5 Hari Sampai Keluar Warna Hijau Dah Boleh Makan!2. Dah kupas bersih dan basuh, keringkan sekejap.

JERUK BAWANG PUTIH Sedap, Biarkan 5 Hari Sampai Keluar Warna Hijau Dah Boleh Makan!3. Kemudian boleh lah diisi dalam balang. Campurkan bahan-bahan seperti cuka, garam dan gula. Gaul-gaul gitu je.

JERUK BAWANG PUTIH Sedap, Biarkan 5 Hari Sampai Keluar Warna Hijau Dah Boleh Makan!4. Ni kejadian hari pertama.

JERUK BAWANG PUTIH Sedap, Biarkan 5 Hari Sampai Keluar Warna Hijau Dah Boleh Makan!5. Ni kejadian hari ke-4… sepatutnya tunggu hari ke-5 tapi saya dah tak sabo… terus buka dan ngap…

IKLAN

JERUK BAWANG PUTIH Sedap, Biarkan 5 Hari Sampai Keluar Warna Hijau Dah Boleh Makan!

Biarkan selama 5 hari. Sampai keluar warna hijau tu. Selepas tu boleh lah di makan. Saya tadi test makan gitu je. Kalo makan ngan bihun sup ke maggie ke mesti lagi sedap gamaknya ye…

Yangg ni sedap la, rangup dan rasa bawang putih tak le sekuat macam kita makan mentah.

IKLAN

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Khasiat Campuran Madu Dan Bawang Putih Untuk Cegah Serangan Jantung
Baca Lagi Di Sini:Makan BAWANG PUTIH Berdas-Das Angin Keluar, Legakan Perut Badan Rasa Ringan!
Artikel Menarik:Antibiotik Semulajadi, Amalkan Masak Nasi Letak BAWANG PUTIH Cukup 2-3 Ulas Sehari

Mingguan Wanita: Menariknya, boleh cuba buat jeruk bawang putih ini nanti. Hari kelima dah boleh makan.

Sumber: Zura Khalid

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI