roti canai

Seronok bila mak-mak dapat buat sendiri roti canai sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya dan puas hati bila buat sendiri. Buat mak-mak yang tak reti nak tebar doh roti canai tu, boleh cuba kaedah tebar atas dulang kemudian gulung seperti yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Ali ini. Ia lebih mudah dan senang ikut kaedah ini.

Berikut perkongsian tersebut;

“Pagi ni sarapan dengan Roti Canai, buat sendiri je. Alhamdulillah.Cicah Gulai Sardin.Sis tak lah pandai, amatur je untuk makan sendiri boleh lah.”

Bahan-Bahan (12 Keping):

4 cawan Tepung
1 sudu besar Gula pasir
1/2 sudu kecil Garam
1 biji Telur
2 sudu besar Marjerin
Air suam satu cawan ( sebab uli pakai tangan)
# kalau guna mesin guna air sejuk

Cara Membuat:

1.Sediakan bekas besar, masukkan tepung,gula,garam dan marjerin.
2.Gaul rata dan pecahkan telur.
3.Masukkan air dan uli sampai licin sekata.Lebih kurang 30 minit.
4.Kemudian bahagikan doh, bulat-bulatkan dan masukkan dalam bekas.
5.Letak minyak hingga doh terendam dan biarkan lebih kurang 2 hingga 3 jam.Kemudian barulah ditebar atas dulang.

Roti Canai Tebar Guna Kaedah Dulang, Sebelum Itu Kena Rendam Tepung Dalam Minyak Masak Dulu

Info Ekstra!

*Biasa kalau nak makan pagi, buat doh malam.
*Masa nak buat roti canai, saya guna dulang untuk tebar rotinya.
*Tarik perlahan-lahan, agak-agak nipis, penuh permukaan dulang.Kemudian gulungkan kemas.

IKLAN

Roti Canai Tebar Guna Kaedah Dulang, Sebelum Itu Kena Rendam Tepung Dalam Minyak Masak Dulu*Nak masak atas kuali, ambil doh tadi leperkan sedikit dan masak seperti biasa.
*Renjis-renjiskan sedikit minyak, sehingga roti masak dan garing.
*Angkat roti seperti biasa, kepuk-kepukkan roti guna tangan..ala-ala penebar roti canai.

Roti Canai Tebar Guna Kaedah Dulang, Sebelum Itu Kena Rendam Tepung Dalam Minyak Masak Dulu

Siap dah..
Kuah terpulang, nak kuah apa.
Resepi ni, bole dapat 12 keping doh.

IKLAN

Roti Canai Tebar Guna Kaedah Dulang, Sebelum Itu Kena Rendam Tepung Dalam Minyak Masak Dulu

Bahan-Bahan (Gulai Sardin)

2 Tin Kecil Sardin adabi
3 biji Kentang (potong dadu)

Bahan Kisar:

12 tangkai Cili kering
5 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia sikit

IKLAN

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
Masuk kan asam keping..kentang
2.Masuk air sikit, masak agak-agak kentang separuh empuk..masukkan sardin..
3.Garam,perasa,gula sedikit je.
4.Kemudian didihkan masak api perlahan sampai kuah pekat. Siap!

Roti Canai Tebar Guna Kaedah Dulang, Sebelum Itu Kena Rendam Tepung Dalam Minyak Masak Dulu

Selamat Mencuba!

Mak-mak boleh buat sendiri roti canai di rumah, sesuai disediakan untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.

Sumber: Fatimah Ali

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI