Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!

Resepi roti puri atau nama lainnya roti arab atau roti kembung ini dikongsikan peniaga yang dah 9 tahun berniaga di pasar. Katanya, waktu berniaga dulu boleh terjual sampai 300 ke 400 biji sehari.

Memang laku keras. Sampai tak menang tangan,” kongsi pemilik resepi, Ustaz Farid Rashidi.

Boleh cicah dengan Kari Ayam, Daging, Kambing, Kuah Dhal atau Sardin. Part kuah, isteri saya yang buat. Jadi, khas untuk rakan-rakan FB semua saya share. Nak makan sendiri boleh, niaga pun boleh.”

Mana tahu, nanti ada yang terdesak boleh buat duit, menyara keluarga.”

Resepi Roti Arab/Puri Kembung

Baiklah, sebab ramai nak resepi Roti Arab/Puri/Kembung tu, jadi mehlah saya share resepinya.

Bahan-bahan:

1. Tepung 1kg.
2. Yis setengah paket. Rendam dalam air suam.
3. Mentega 1 senduk nasi tu.
4. Susu pekat 2 sudu, bukan 2 tin. (Tak nak letak pun tak apa)
5. Gula 2 ½ sudu.
6. Garam 1 ½ sudu.
7. Air. Yang ni sukatan suka hati. Ikut sedap time uli.

 

Cara membuat :

 

IKLAN
Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
Campur dan gaulkan semua ok.

Baca Bismillah. Campur semua bahan kecuali air. Gaul santai, rileks je. Jangan stress muka tu. Senyum sikit.

 

Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
Uli lagi sampai gebu dan licin macam pipi baby.

Tuang air pelan-pelan. Tak payah kalut sangat. Kalut nak pi mana. Uli sampai tak melekat. Tak larat uli, suruh Encik Suami urutkan. Eh, ulikan.

 

Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
Asal nampak bulat walaupun sedikit menggerutu.

Biar doh nampak licin, gebu kira ok. Tutup dan biarkan sejam dua.

IKLAN

 

Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
Papan tak ada, pakai hentam guna tudung periuk.

Ok, dah cukup sejam. Tumbuk doh tu macam bertinju. Bulatkan. Leper dan gelekkan macam buat capati tu. Tabur tepung elak melekat.

 

Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
Gemuk kan?

Panaskan minyak bagi padu. Bila nak goreng, siramkan sikit roti tu sampai kembung. Agak kuning, angkatlah. Kang hangit pula ye.

 

IKLAN
Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
Versi bakar, 10 minit licin.

Nak bakar pun boleh. Jimat minyak.

 

Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
Rangup di luar, lemah lembut di dalam. Confirm Mak Mertua puji.

Ok dah siap! Boleh cicah dengan apa saja termasuk kari semalam tak habis, boleh perangat balik.

Ha, janji share tau. Kongsi sama dengan orang lain.

MW : Bolehlah dicuba waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Dengarnya roti Gardenia pun dah stop bekalan di pasaran. Bolehlah masing-masing tunjuk skill. Buat roti sendiri.

Sumber/Foto : Farid Rashidi

Cari resepi waktu PKP di sini :

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI