Bagi orang Johor, sambal kicap bagaikan satu kemestian dan stok wajib ada dalam peti sejuk untuk dijadikan pencicah. Tak kiralah pencicah pisang goreng, tempe, tahu, keledek atau dicampur dalam kuah soto.

Ada caranya nak buat sambal kicap yang sedap dan boleh tahan berbulan bila disimpan dalam peti ais ni.

Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Norhayati Bt Ismail Tang ini sebagai panduan.

Saya ni orang Johor wajib ada sambal kicap dalam peti ais. Sambal kicap ni boleh dimakan dengan soto, dicicah dengan goreng pisang, keledek, tempe, tauhu dan macam lagi lah. Ni saya nak share cara saya lah buat sambal kicap ni, boleh tahan berbulan simpan di peti ais.

Bahan-Bahan:

30 biji Cili padi
2 labu Bawang putih (digoreng hingga perang)
½ botol Kicap masin atau ikot paras cili dalam jug blender
3 sudu besar Cuka/air limau
5 sudu besar Gula

Cara Buat SAMBAL KICAP Orang Johor, Boleh Tahan Berbulan Simpan Peti Ais!

Cara Membuat:

1. Goreng bawang putih sehingga perang.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam jug blender.

IKLAN

Cara Buat SAMBAL KICAP Orang Johor, Boleh Tahan Berbulan Simpan Peti Ais!

3. Kisar hingga halus dan masukkan dalam botol kaca.

Cara Buat SAMBAL KICAP Orang Johor, Boleh Tahan Berbulan Simpan Peti Ais!

IKLAN

Siap!

Cara Buat SAMBAL KICAP Orang Johor, Boleh Tahan Berbulan Simpan Peti Ais!

Selamat Mencuba!

IKLAN

Mesti Baca:RESIPI Pisang Goreng ‘Crunchy’ Tak Berminyak Dibuat Niaga, Tak Putus Orang Beli!
Baca Lagi Di Sini:Goreng Dengan Marjerin, KEREPEK PISANG Rangup, Sedap Berlemak Tak Perlu Letak Garam!
Artikel Menarik:Wanita Ini Kongsi Resipi Sambal Totok Jawa Sedap, Gerenti Makan Bertambah 3 Pinggan!

Mingguan Wanita: Mudah je nak buat sendiri sambal kicap cara orang Johor ni. Elok tahan berbulan simpan dalam peti ais. Boleh cuba nanti, senang nak buat pencicah makan dengan pisang goreng, soto, keledek, tempe dan sebagainya.

Sumber: Norhayati Bt Ismail Tang

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI