Singgang ikan biasanya terkenal di negeri Kelantan. Mungkin ada negeri lain yang masakan seperti ini cuma dipanggil nama lain. Kelebihannya, kalau yang tak suka bersantan tapi mahukan yang berkuah. Bolehlah masak cara ini.
Resipi singgang ikan, inilah antara resipi mak-mak kita dulu. Tak perlu lauk lain pun, cukup dengan ulaman pun dah bertambah makan. Nak masak pun senang sangat, masukkan semua bahan dan tunggu mendidih. Siap.
Inilah perkongsian Nana Sabrina Sarsan cara masak singgang ikan sytle maknya. Mudah sangat.
Sedap hirup kuahnya panas-panas. Lawan pula dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Bertambah nasi sampai berpeluh.
Ads
Bahan:
2 ekor ikan selar – belah dua
Garam secukupnya
Perahan air asam jawa
Air
1 biji bawang merah saiz besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
Serai – ketuk
1 inci halia
1/2 inci kunyit
Serbuk kunyit secukupnya
1 sudu teh minyak
Tomato (optional)
Cili merah dan cili padi (optional)
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan.
Ads
.
2. Biarkan ia mendidih dengan api perlahan selama 20 minit. Siap.
.
Ads
.
Mingguan Wanita : Cara mudah dan cepat untuk makan. Selamat mencuba.
Kek cawan (cupcakes) memang antara kegemaran anak-anak kita. Tiap kali buat, mesti anak-anak berulang memakannya. Tentu sebagai mak, rasa seronok tengok anak kita suka makan apa yang kita buat. Tapi, kadangkala nak buat malas juga bila memikirkan bahan-bahan yang diperlukan.
Jangan bimbang! Kali ini, tentu mak-mak teruja nak mencuba resipi kek cawan yang hanya guna dua bahan saja. Biar betul! Dua bahan je? Wow!
Ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Nadia ini.
WAJIK Pulut Merelip Sukatan Cawan, Sedap Pekat Likat Manis Berlemak!Wajik antara makanan tradisional yang sering dibuat oleh orang dulu-dulu. Selalu dijumpai waktu jemputan kahwin dan majlis kenduri kendara. Cantik merelip dan memang sedap rasanya pekat likat dan manis berlemak.
Rupanya mudah je nak buat wajik ni. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Zailah Ismail ini sebagai panduan;
Tok laki suka sangat makan ni. Aritu pergi jemputan ada wajik ni. Amik sepotong, sedap. Nak amik lagi, segan. Arini gigih sis buat, harap-harap menjadi. Tok laki suka, kata sedap. Beranilah dia cakap tak sedap.
Resepi Wajik guna cawan
Bahan-Bahan:
4 cawan pulut
5 cawan santan..*saya guna santan kotak je. Malas ni gi kedai beli kelapa biji.
4 cawan gula merah (masak dengan 1 cawan air dan tapiskan)
1 cawan gula pasir (Ikut masing-masing yea..nak manis ke idok)
Cara Membuat:
1. Rendam pulut selama 3 hingga 4 jam. Kemudian kukus 25 hingga 30 minit dan ketepikn dulu.
2. Masak gula merah, tapiskan dan sediakan kuali besar sedikit, supaya senang nak mengacau.
3. Selepas itu, letak gula merah tadi, masukkann gula pasir, santan dan sedikit garam.Saya suka lebihkan santan sikit biar lemak-lemak sikit. Kacau sampai mendidih dan likat.
4. Kemudian masukkan pulut tadi, kacau sampai sampai pulut serata dan pekat.
Mingguan Wanita:Mudah je nak buat wajik rupanya, resipi guna sukatan cawan. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Puas hati makan, sedap manis berlemak.
Bagi peminat char kuey teow tentu boleh agak hidangan yang macam mana boleh membangkitkan selera. Kadang-kadang, kita rasa seperti ada yang tak kena dengan makanan ini. Sebab itu, antara rahsia char kuey teow sedap adalah terletak pada kuahnya yang pekat dan padu.
Kadang, terfikir juga bagaimana untuk sediakan char kuew teow sedap di rumah. Susah tentu rasa agak susah untuk sediakan. Jadi, lebih mudah dan senang, beli sahaja di kedai. Masalahnya, ada yang tidak kena dengan selera kita.
Perkongsian daripada Liza Idris yang berkongsi resipi dan cara membuat char kuey teow sedap di rumah. Menariknya, resipi kuahnya itu boleh di simpan dalam peti ais, bila teringin guna sahaja kuahnya umtuk memasak.
Anggaran kuah boleh dimasak lebih 10 pinggan. Ada lebihan boleh simpan dalam peti sejuk. Bila teringin, terus masak je char kuey teow
Dekat kedai jarang dapat kuah pekat, sedap memikat.
Antara bahannya, saya terlupa nak letak botol sos ikan dan kicap.
Sebelum itu, kisar bawang besar dan bawang putih. Simpan dulu jangan guna lagi ye.
Saki baki bawang dalam blender boleh guna. Campurkan air, kocak dan tuang dalam periuk. Didihkan bersama 5 cawan air.
Rebus udang dalam 5 ke 10 minit.
Angkat udang yang dah direbus.
Air rebusan udang itu ketepikan dulu.
Udang yang sudah direbus, asingkan bahagian kepala. Ambil 10 ekor kepala udang, kisar bersama sedikit air rebusan tadi.Kemudian tapis untuk dapat pati udang sejati. Campur pati udang ke dalam air rebusan itu semula. Ketepikan dulu.
Masa untuk memasak kuahnya pula. Panaskan minyak masak dan tumis bawang kisar tadi.
Apabila naik bau, masuk cili kering kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.
Masuk pula kicap biasa dengan anggaran 10 sudu besar ye. Kacau lagi.
Letak pula 2 sudu besar sos tiram.
Masukkan lagi 2 sudu besar sos tomato. Kacau lagi.
Apabila pecah minyak, tuang air rebusan udang. Dah tuang wajib kena kacau.
Letak 1 1/2 cuba pati ikan bilis.
2 sudu besar sos ikan jangan dil upa. Kemudian masuk pula 2 sudu besar gula dan sedikit garam jika perlu.
Akhir sekali masuk 1 1/2 susu besar petis udang. Benda ni bagi rasa lagi umphhhh.
Apabila sudah siap tunggu kuah sejuk dan letak dalam bekas simpanan. Sepatutnya dapat penuh satu bekas ni, macam biasala lupa ambil gambar. Maka bagi gambar yang dah tinggal separuh.
Bahan untuk goreng char kuey teow dah ready. Ingat ya, goreng ni dalam masa 3 minit je. Kena laju.
Panaskan minyak masak dalam 4 sudu. Masuk 2 ekor udang dah rebus tadi. Laraskan api paling kuat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mayat tiga beranak ditemui mereput di dalam rumah, anak lelaki autistik. Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.